*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Punca pelajar Melayu lemah ada dihuraikan dalam artikel
dibawah.  Antaranya ialah; fikiran bercapah dan matlamat
hidup tak jelas. Dulu ada sorang tu cakap kerana banyak
sangat tumpu pada pelajaran agama - tak betullah nampaknya.

Punca dah tau (mungkin dah lama pun tau), tapi ubatnya saja
yg masih belum di temui.  Entah2 ubat penyakit Aids 
ditemui dulu sebelum ubat melayu lemah ditemui. 

Rasa saya, ubatnya terletak ditangan Ibu-bapa. Nak harapkan
Kementerian Pelajaran, rasanya sampai bila pun tak jumpa.
Sebab, kalau mereka mau, mereka sudah dapat ambil pelajaran
dari teknik pendidikan bangsa lain terutama Cina. Nampaknya
bukan saja pelajar melayu yang fikiran bercapah, pihak 
Kementerian pun bercapah juga, contoh, sekarang ni lebih
minat nak berniaga pulak selain tugas utamanya mendidik.

Ibu-bapa kena cari jalan macam mana nak jadikan otak anak2
kita yg bercapah itu bercambah kearah yang baguih2 belaka,
then able to converge like sunlight thru magnifying glass.

Sekian
--------------

Pelajar Melayu -- Fikiran bercapah
Oleh WAHID HASHIM

KAJIAN menunjukkan pelajar Melayu berfikir secara
bercapah (divergent thinkers) dan penyerap (assimilator)
yang lebih banyak menggunakan cara belajar pemerhatian dan
renungan. Sementara pelajar Cina pula mempunyai fikiran 
tertumpu (converger) dan lebih banyak menggunakan strategi 
belajar pengeksperimanan aktif dan pengalaman konkrit.

Kata Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik) Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Abdul Samad Hadi,
banyak yang telah dikaji mengenai punca kelemahan yang 
menyumbang kepada pencapaian yang tidak memberangsangkan 
pelajar Melayu.

Beliau yang memetik kajian seorang penyelidik, Amiruddin 
Mohd Yusof yang membuat kajian itu pada 1997, mendapati, 
pelajar Melayu mempunyai falsafah jangan menyusahkan orang 
tua (autoriti).

``Dalam kes di universiti, `orang tua' merujuk kepada
pensyarah,'' katanya ketika membentangkan kertas kerja
semasa Kolokium Pemajuan Akademik Pelajar Melayu Di 
Institusi Pengajian Tinggi di Genting Highlands, Pahang 
baru-baru ini.

Kertas kerja beliau bertajuk Senario Semasa Pelajar Melayu 
Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Menyentuh mengenai pencapaian pelajar Melayu, Dr.Abdul 
Samad mengakui ia adalah isu duri dalam daging hampir di 
setiap universiti.

Katanya, kelemahan yang sering diperkatakan ialah sikap 
yang tidak mengutamakan kecemerlangan, sekadar lulus cukup 
makan, malas berfikir, teknik pembelajaran lemah, kurang 
daya inisiatif, kurang pengetahuan am dan isu-isu, serta 
mengamalkan budaya last-minute.

Selain itu, katanya, pelajar Melayu dilihat mudah jatuh
cinta sejak di peringkat awal lagi.

``Mereka lebih suka bergaul dengan kelompok sendiri,
kelompok Melayu, dan di kalangan anak negeri sendiri,''
katanya.

Senario masa kini menunjukkan wujudnya persaingan yang 
sengit di antara IPTA dengan institusi pengajian tinggi 
swasta (IPTS) dalam mendapatkan calon atau pelajar. Secara
umumnya, kata beliau, kebanyakan pelajar Melayu telah 
diterima masuk ke IPTA sementara pelajar bukan Melayu 
memasuki IPTS.

Sejak tiga tahun yang lalu, kerajaan menetapkan pengambilan
prasiswazah mengikut nisbah sains dan bukan sains ialah 
60:40. Bagaimanapun sehingga kini, nisbah berkenaan belum 
dicapai sepenuhnya.

Didapati IPTA dan IPTS masih menghadapi kekangan
memandangkan kedua-dua IPTA dan IPTS itu masih bergantung 
kepada penawaran yang terhad.

``Selain itu, terdapat juga pelajar yang cemerlang di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah dihantar
ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran,'' ujarnya.

Mengikut statistik, pengambilan pelajar perempuan mengatasi
pelajar lelaki.

``Mungkinkah trend ini akan berpanjangan?,'' ujarnya.

Sebagai contoh, di UKM, kira-kira 63 peratus pelajar
perempuan telah diterima masuk semasa pengambilan sesi 
2001/2002 berbanding 37 peratus pelajar lelaki. 

Namun kertas kerja beliau lebih berfokus kepada senario 
semasa pelajar Melayu.

Beliau mengupas isu pelajar Melayu itu kepada aspek politik
(politik pelajar), kebudayaan, keagamaan, hubungan antara 
etnik, gaya berfikir, pencapaian akademik, sosial,
kecergasan atau kesihatan, sosio ekonomi (latar belakang 
keluarga), keupayaan bahasa Inggeris dan kemampuan atau
penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Menurut beliau, secara keseluruhannya, ramai mahasiswa 
belum mempunyai ideologi yang mantap. Golongan ini, kata 
beliau, mewakili 60 peratus pelajar di kampus. Sebaliknya,
wujud segelintir pelajar yang mempunyai idealisme 
perjuangan dan terheret ke kancah politik, dan golongan 
ini tidak melebihi 30 peratus, kata Dr. Abdul Samad.

``Selebihnya tidak memikirkan apa-apa dan kebanyakannya 
adalah bukan bumiputera,'' katanya.

Dalam kelompok 60 peratus ini, beliau berpendapat mereka 
boleh dikatakan berkecuali.

``Mereka ini memihak kepada parti-parti dan calon-calon
erdasarkan penilaian peribadi,'' ujarnya.

Faktor perkauman, persahabatan, kenegerian dan kempen juga
diambil kira di samping rekod kepimpinan kedua-dua pihak.

Kata beliau, para pelajar juga berkecenderungan untuk
memihak berdasarkan kepada isu.

``Dalam isu tertentu, mereka seperti menyokong pihak A,
dan dalam isu yang lain pula, mereka seolah-olah
menyokong pihak B,'' katanya.

Menyentuh mengenai hubungan etnik, beliau berkata,
pandangan umum mengenai hubungan antara kaum di kampus 
ialah kebanyakan mereka - atau 80 peratus - mengaku 
menyimpan perasaan perkauman yang menebal.

Perasaan ini ditunjukkan dengan adanya polarisasi kaum, 
perasaan curiga-mencurigai, pandangan pelajar yang sempit 
dan persatuan-persatuan pelajar yang berteraskan etnik.

Mereka menyatakan perasaan kaum ini berlaku kerana pengaruh
masyarakat luar, pemimpin-pemimpin parti politik, ibu bapa 
dan pemimpin-pemimpin persatuan pelajar.

Kata Dr. Abdul Samad, walaupun secara zahirnya hubungan
pelajar-pelajar Melayu dengan bukan Melayu adalah baik, 
tetapi mereka masih belum menerima untuk tinggal bersama 
dalam satu bilik di kolej kediaman, belajar secara 
berkumpulan, makan di kantin secara bersama-sama.

Mereka juga masih belum menerima persatuan yang dipelopori 
oleh pelajar bukan bumiputera dan sukan yang dikuasai oleh 
bukan bumiputera. Gaya berfikir pelajar Melayu dan bukan 
Melayu juga berbeza, kata Dr. Abdul Samad.

``Jelas nampak perbezaan antara pelajar bumiputera dan 
bukan bumiputera,'' ujarnya. Antaranya, kata beliau ialah 
pelajar Melayu tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas
sekiranya ibu bapa atau orang lain tidak melakukannya untuk
mereka.


----------------------------------------------------------------------
Get your FREE ShyMail account!
http://www.shymail.com/


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke