"Penghantar Syria" membuka pintu sukarelawan ke Iraq
"البعث السوري" يفتح باب التطوع للعراق


IslamOnline - Lebanon - 01-04-2003

[Sukarelawan Lebanon ke Iraq]

Cawangan Parti pemerintah Parti Baath di Syria mengumumkan telah membuka pejabatnya kepada sukarelawan yang ingin untuk pergi ke Baghdad untuk berjuang disamping rakyat Iraq menentang British Amerika yang menjadi musuh mereka semenjak 13 hari lalu.

Berkata 'Aasim Qansu, Setiausaha Agung kepada "Penghantar Lebanon" mengumumkan kepada AFP (Agensi Berita Peranchis) pada malan Isnin 31-03-2003 bahawa :

حزب البعث قرر فتح أبواب مكاتبه في لبنان للراغبين في أن يكونوا متطوعين للقتال في العراق، ومساعدة الشعب في مأساته

"Parti Baath telah mengambil keputusan membuka pintu di Lebanon kepada sesiapa yang berminat sebagai sukarelawan untuk berjuang di Iraq dan memberi bantuan kepada rakyatnya yang menghadapi tragedi".

Qansu menambah bahawa :"Pemergian jumlah yang ramai pada tempoh yang akhir ke Iraq adalah bagi tujuan ini".

Pada masa itu yang telah pergi terdiri dari 36 sukarelawan, dan mereka adalah : 27 rakyat Lebanon, 6 Palestine, 2 Mesir dan satu Syria... Beirut 2 orang, berangkat ke Iraq melalui Damsyik bagi tujuan "syahid dijalan Allah dan Iraq", sebagaimana yang mereka umumkan.

AFP telah mengumumkan bahawa di sempadan Syria-Lebanon sebanyak 2 konvoi dengan tambahan 60 pemuda melintasi sempadan berikut dikali terakhir.

Menteri Luar Amerika Syarikat, Colin Powell telah menghantar amaran kepada Syria dan Iran, menyeru negera-negara segera menghentikan apa-apa bantuan dan sokongan atas apa yang dinamakan kumpulan "penganas", disamping mengarahkan Damsyik menghentikan sokongan kepada Regim Sadam Hussein.

Walaubagaimana pun jurucakap atas nama Menteri Luar Negara Syria didalam menjawab amaran ini berkata :

إن بلاده اختارت أن تكون إلى جانب شعب العراق ضد العدوان الأمريكي البريطاني

"Negaranya memilih berada disamping rakyat Iraq menentang musuh iaitu Amerika dan British".

Dipihak Menteri Luar Iraq Naji Sabri mengesahkan pada hari Isnin 31-03-2003 bahawa 3 hari yang lepas jumlah sukarelawan Arab mencapai jumlah 4,000 orang dan sehingga sekarang jumlahnya 5,000 bagi mempertahankan "Maruah Arab dan Islam", menunjukkan bahawa mereka datang seluruh negara Arab.

Jenderal Hazem Raawi, jurucakap tentera Iraq mengumumkan pada hari Ahad bahawa lebih kurang 4,000 sukarelawan Iraq dan Arab akan melaksanakan operasi jihad (operasi berani mati) terhadap Pasukan Amerika dan British.

Setiausaha Agung Pergerakan Jiahd islami, Ramadan Abdullah Syalah mengumumkan pada hari Ahad bahawa kumpulan pertama pejuang Istishadiyah dari Brigade Syria Al-Quds - Parti Militan Pergerakan - telah sampi ke baghdad menyertai perjuangan menentang pencerobohan Amerika.

Syalah menyeru mereka yang mampu dari kanak-kanak dan penyokong Jihad yang menyusupi ke Iraq, khususnya Baghdad dan Najaf, dan beliau sendiri menyifatkan Tentera Musuh iaitu Amerika yang dianggap sebagai "Pasukan baru Tatar".

sumber : http://www.islamonline.net/Arabic/news/2003-04/01/article02.shtml

=========

Berita ANN : Sila klik : http://ann.al-ahkam.com.my/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=42&mode=thread&order=0&thold=0

-wassalam-

- terjemahan oleh - [EMAIL PROTECTED]

جميع حقوق النشر محفوظة © شبكة أخبار الأحكام،2003



Do you Yahoo!?
Yahoo! Tax Center - File online, calculators, forms, and more

Kirim email ke