www.harakahdaily.com

Date: Wed, 18 Oct 2000 11:04:21 +0800
Perbicaraan saman RM60 juta Harakah terhadap TV3 bermula

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Hrkh) - Bekas Setiausaha Agung PAS, Ustaz Halim Arshat memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dengan menyatakan TV3 telah memfitnah beliau dan Harakah dalam laporannya 18 Ogos 1997. Berita Penuh.

 


 





Malay Section
 





 


Perbicaraan saman RM60 juta Harakah terhadap TV3 bermula


KUALA LUMPUR, 17 Okt (Hrkh) - Bekas Setiausaha Agung PAS, Ustaz Halim Arshat memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dengan menyatakan TV3 telah memfitnah beliau dan Harakah dalam laporannya 18 Ogos 1997.


Dalam keterangan yang melibatkan tuntutan RM60 juta itu, Ustaz Halim yang masih lemah akibat serangan angin ahmar dua tahun lalu berkata, TV3 melalui rancangan Buletin Utama pada tarikh tersebut jelas membuat fitnah apabila mendakwa `Harakah yang mendakwa Perdana Menteri murtad..." Ustaz Halim pada ketika itu adalah Setiausaha Agung PAS serta pemegang permit akhbar Harakah.


Ustaz Halim yang diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin menamakan tiga defendan iaitu Syarikat Telivisyen Malaysia Berhad (TV3), Pengarah Operasinya ketika itu, Yunus Said dan Penerbit Buletin Utama itu, Rozaireen Ibrahim.


Dato' R K Nathan bertindak sebagai hakim manakala peguam P H Looi bertindak mewakili ketiga-tiga defendan.


Sementara itu, saksi pertama kes itu, Dato' Hishamudin Yahya iaitu Pengarah Urusan Harakah, dalam keterangannya berkata, TV3 dalam laporannya mengenai PAS selalunya berat sebelah.


"Dalam banyak keadaan, ianya mengelirukan terutamanya bagi orang yang belum mengenali perjuangan PAS," kata Hishamudin.


Beliau juga memberitahu mahkamah, adalah tidak benar sama sekali Harakah pernah menyiarkan rencana mendakwa Perdana Menteri murtad.


Hishamudin juga berkata, penyataan yang dibuat di dalam berita berkenaan secara enuendonya jelas ditujukan kepada plaintif (Halim Arshat) kerana beliau adalah Setiausaha Agung PAS dan juga pemegang permit Harakah pada ketika itu.


Ini kerana, dinyatakan dalam laporan tersebut, Pusat Islam akan mencadangkan kepada KDN untuk mengkaji permit akhbar itu (Harakah), katanya.


Ketika ditanya oleh peguam defendan, Hishamudin berkata, beliau telah 10 tahun tidak membaca akhbar-akhbar Berita Harian dan New Straits Times."Kalau baca pun The Sun sahaja," katanya.


Sementara itu, saksi kedua, Ismail Hashim seorang wartawan Harakah dalam keterangannya pula berkata, beliau pernah membuat laporan dalam Harakah tentang ucapan yang diberikan oleh bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom.


Ia berdasarkan ucapannya disebuah masjid di Derga, Alor Setar dan disiarkan oleh Harakah pada 11 Ogos 1997.


Ketika ditanya, adakah dalam ucapan itu, bekas Mufti itu ada menyebut bahawa Perdana Menteri telah murtad, Ismail telah menjawab tidak ada.


Ketika ditanya, apakah dalam berita yang dia buat ada melaporkan berita yang mendakwa Perdana Menteri telah murtad, Ismail juga menjawab tidak ada.


Perbicaraan akan bersambung petang ini.


Comments ? E-mail Us


 



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf! It's FREE.

Kirim email ke