*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Isu penutupan Pusat Asasi Sains, UM sebenarnya hanya merupakan
suatu helah terbaru UMNO untuk mengalihkan pandangan orang-orang
Melayu supaya kembali bersatu di bawah payung UMNO.  Bagi mereka,
yang kurang maklumat, mungkin mereka akan mengutuk Naib Canselor,
UM atas penutupan tersebut.

Aziz Shamsuddin dan GPMS (budak suruhan Pak Lah, menurut Pak Din),
begitu bijak memainkan peranan meracun pemikiran orang-orang
Melayu. Cakap berbelit-belit dan merapu.

Sebagai Timbalan Menteri yang bertanggung-jawab terhadap
IPTA/IPTS, adalah mustahil jika Aziz   tidak tahu siapa
sebenarnya yang mengarahkan Pusat Asasi ini ditutup.  Sebelum
Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan, sudah pasti
restu daripada pihak menteri akan dipohon terlebih dahulu.

Apa yang ingin dibangkitkan di sini, bukanlah bermaksud untuk
membincangkan patut atau tidak, Pusat Asasi Sains itu ditutup.

Yang diperlukan, demi mengelakkkan kekeliruan, orang-orang Melayu
terus ditipu atas kepentingan politik UMNO serta Anuar Zaini
terus dikecam, pihak kementerian harus mengaku dan bertangung-jawab
bahawa penutupan tersebut adalah ATAS ARAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN.

Dr. Shukor harus berani mengeluarkan kenyataan penuh tanpa takut
kepada tekanan politik UMNO.

Mengapa masalah ini diletakkan di bahu VC UM itu sedangkan, arahan
datangnya drp Kementerian?  Bolehkah Anuar Zaini melanggar arahan
yang dikeluarkan oleh KP?

Mokhtar Bidin, bekas Pengarah Pusat Matrikulasi, UKM yang turut
telah ditutup dan kini telah dipinjamkan untuk mengetuai Bahagian
Matrikulasi Kementerian Pendidikan masih membisu.  Mokhtar Bidin
juga seharusnya berani, memperbetulkan laporan akhbar bahawa,
UKM masih mempunyai Pusat Matrikulasi di Kuala Pilah.

Kepada orang-orang Melayu, usah terlalu percaya dengan mainan
politik yang dijalankan oleh UMNO ini.  Isu penutupan Pusat
Asasi Sains, UM ini hanya satu propaganda terbaru UMNO setelah
isu Siqqiu senyap.

Pusat Matrikulasi sebenarnya masih wujud. Cuma ianya dipantau
dan  diambil-alih oleh Kementerian Pendidikan sendiri (contohnya,
di Kuala Pilah).  Anak-anak kita masih berpeluang  untuk
belajar di beberapa buah Pusat Matrikulasi Kementerian
Pendidikan yang masih wujud, cuma bezanya kini, tidak lagi
DIKENALI SEBAGAI PUSAT MATRIKULASI UKM, UM, UUM DSBNYA.


MAWAR BERDURI


_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke