Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,


….sambungan…..


 


Kita masih lagi berada dalam perkara 13 (I) dibawah tajuk ‘Perlaksanaan Hukum Hudud/Qisas.Sekarang kita sampai pada ‘Misalan-misalan yang disebut dalam kitab’ bagi ceraian (I).Iaitu :-


a) Seseorang yang dituduh mencuri dan telah dihadapkan ke mahkamah, maka dalam kes ini apabila hakim telah berpuashati dan tidak timbul sesuatu keraguan bahwa orang yang dituduh mencuri itu telah sabit kesalahannya dengan adanya salah satu dari bukti-bukti yang dikehendaki dan yang diperlukan oleh syara`, maka hakim tidak ada pilihan lain, yakni dengan hanya menjatuhkan hukuman potong tangan keatas pencuri itu. ( Suratul Mai`dah:38; Riwayat Bukhari: Bab Hudud; Riwayat Imam Malik: al-Muwattho`; Kitab al-Um karangan Imam Syafii dalam jilid 6 m.s.138; Kitab Mughunil Muhtaj jilid 4 m.s.178 )



[ Ini menunjukkan kepada tuan-tuan, apa yang kita bincang tadi, bukanlah suatu sembang kosong.Tapi semuanya mempunyai hujjah yang jelas.


Lalu kata ustaz, dalam kes mencuri ini, ada satu pendapat ulama yang mengatakan bahwa bila hukuman potong tangan keatas pencuri itu telah dilaksanakan, maka hendaklah digantung tangan yang dipotong itu di tengkok si pencuri dan dipamirkan kepada masyarakat, supaya memberi kesan kepada siapa yang melihatnya.Yakni untuk menimbulkan rasa kegerunan kepada manusia supaya jangan mencuri.


Muslimin/muslimat sekelian; kalaulah ditakdirkan ALLAH SWT, satu masa nanti Islam mentadbir kita, maka kita akan dapati bahwa kes mencuri ni mungkin akan hampir tidak berlaku.Ini adalah kerana kita nak cari saksi 2 orang yang betul-betul tengok seseorang itu melakukan perbuatan mencuri, adalah memang payah.Lebih-lebih lagi seseorang itu tidak akan mencuri kalau dia tau ada orang dok tengok dia.Sebab itu, undang-undang Islam potong tangan ni bukannya mudah untuk dilakukan.2 orang saksi tu pulak mestilah yang adil, bukan sebarangan orang boleh jadi saksi.Dalam Islam, orang yang bergelumang dengan dosa besar atau yang berterusan melakukan dosa kecil, tidak layak untuk menjadi saksi dalam mahkamah syar`iyah yang betul-betul mengikut perundangan Islam.Tapi kalau betul-betul didapati seseorang itu bersalah mencuri dengan dapat disaksikan oleh 2 orang saksi yang adil dan cukup nisab pula, maka wajib dijatuhkan hukuman hudud potong tangan ke! atas pencuri berkenaan, dan dia hendaklah dipamirkan kepada masyarakat dengan digantung tangannya yang dipotong tadi kat tengkoknya supaya orang ramai pakat tengok apa yang berlaku akibat orang yang melanggar hukum ALLAH SWT.Bila kita tengok, barulah kita faham pasai apa ALLAH kata hukuman potong tangan ni adalah hukuman pencegah daripada ALLAH TA`ALA. ]


 


b) Seseorang yang dituduh membunuh orang lain dengan sengaja dan telah dihadapkan ke mahkamah, apabila hakim telah berpuashati dan tidak ada sebarang keraguan yang timbul di pihak hakim bahwa orang yang dituduh itu telah sabit kesalahannya membunuh orang lain dengan sengaja dengan ikrar ( yakni pengakuan si pembunuh) atau dengan adanya 2 orang saksi lelaki yang adil; maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman bunuh yakni hukuman mati keatas si pembunuh itu sebagai hukuman qisas, iaitu nyawa dibalas dengan nyawa. (Suratul Baqarah:179 dan Suratul Mai`dah:45)


c) Seseorang yang dituduh dan didakwa melakukan perzinaan, dan telah dihadapkan ke mahkamah, maka dalam kes ini apabila hakim telah berpuashati dan tidak timbul sesuatu keraguan bahwa orang yang dituduh dan yang didakwa itu telah sabit kesalahannya berzina dengan disaksikan oleh 4 orang saksi lelaki yang adil atau dengan ikrar (yakni pengakuan dari orang yang melakukan perzinaan itu sendiri) ataupun didapati qarinah yang menunjukkan berlakunya perzinaan itu, maka hendaklah menjatuhkan hukuman sebat sebanyak 100X dan buang negeri selama setahun, atau disebat dengan 100X dan direjam. (Surah An-Nur:2; Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim dari riwayat `Ubadah bin Sommit; Kitab al-Hudud jilid 3 m.s.1312)



[ Jadi misalan © memperuntukkan tentang masalah orang yang berzina.Untuk membuktikan kesalahan berzina, dia ada 2 cara :-




  1. Kes zina, saksi mesti ada 4 orang lelaki yang adil.Maknanya, saksi yang diperlukan ialah 2 kali ganda daripada jinayah hudud yang lain, kerana kes bunuh/mencuri hanya memerlukan 2 orang sahaja lelaki yang adil.



  2. Pengakuan bersalah oleh tertuduh.Kalau yang dituduh itu mengaku bersalah, maka wajib bagi pemerintah untuk menjatuhkan hukuman keatas si penzina yang mengaku bersalah tadi sebagaimana hukuman yang ditetapkan oleh syara`. ]


 


13 (II) Hukuman Hudud dan Qisas; terdapat sedikit perbezaan diantara kedua-dua hukuman tersebut.


Yang pertamanya hukuman qisas; hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman itu keatas si penjinayah jika mangsanya atau waris mangsa itu memaafkan penjinayah tadi.



[ Sapa yang kata hukuman bunuh balas yang diamal dalam negara kita hari ini adalah undang-undang qisas, dia silap banyak.Kita telah pun bagi contohnya pada perkara (12) yang lalu, tapi untuk bagi lagi clear, kita ulang sekali lagi.Contohnya itu ialah yang berkenaan dengan kes pembunuhan Datuk Taha.Yang mana kita tahu bahwa Datuk Mokhtar Hashim telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh Datuk Taha.Di peringkat awalnya apabila mahkamah mendapati Datuk Mokhtar Hashim bersalah, maka mahkamah menjatuhkan hukuman mati kepada Datuk Mokhtar Hashim.Kemudian peguambela Datuk Mokhtar Hashim pun buat rayuan kepada mahkamah, tapi ditolak pada mulanya.Kemudian apabila peguambela Datuk Mokhtar Hashim membuat rayuan demi rayuan, akhirnya kita dapati bahwa bagaimana hukuman mati pada awalnya itu telah ditukarkan kepada hukuman penjara seumur hidup.Untuk pengetahuan muslimin/muslimat sekelian; amalan undang-undang dalam negara kita hari ini, hukuman penjara seumur hi! dup bukanlah membawa maksud kita penjarakan dia sampai mati.Inilah yang berlaku kepada Datuk Mokhtar Hashim yang kita nak bagitau tu.Yakni setelah hanya beberapa tahun menjalani hukuman penjara, kemudian apabila dibuat rayuan kepada lembaga pengampunan; maka dia kemudiannya dibebaskan.Sebelum pembebasan Datuk Mokhtar Hashim itu; adakah kerajaan tanya dulu kepada keluarga Datuk Taha tentang perkara ini?…Dalam undang-undang qisas, kalau dalam kes begini, sepatutnya kerajaan hendaklah bertanya dulu kepada keluarga Datuk Taha, "Apakah kamu semua memaafkan Datuk Mokhtar Hashim yang didapati bersalah membunuh ayah kamu?"…Sepatutnya lebih kurang macam tu lah yang kerajaan kena buat, sebab Islam yang ajar kita lagu tu.Tetapi dalam undang-undang sekular, keluarga mangsa tidak ada hak untuk memberi pengampunan, sebaliknya hak tersebut telah diberi kepada pemerintah.Ini adalah satu kezoliman yang dibuat oleh undang-undang sekular terhadap perasaan isteri & ana! k-anak Allahyarham Datuk Taha.Perasaan isteri & anak-anak Allahyarham pasti tersinggung bilamana mereka tahu tentang pembebasan orang yang membunuh ayah mereka itu, sedangkan mereka tidak memaafkan si pembunuh itu lagi.


Jadi bila undang-undang sekular berlaku zolim, maka ia menunjukkan tidak sesuainya ia dan lemahnya ia untuk mencabar undang-undang Islam.Sebab itu, kita sebagai orang Islam, sepatutnya merasa bangga dengan undang-undang yang diturunkan oleh ALLAH SWT itu kepada kita.Untuk membuktikan kata bahwa kita cukup bangga dengan undang-undang Islam ialah kita perlu melaksanakan undang-undang tersebut.Dan bukti yang kata kita mau melaksanakan hukum ALLAH itu ialah dengan kita mengangkat orang yang memang mahu melaksanakan undang-undang tersebut.Kalau setakat mulut saja kata nak, tapi hati kita masih lagi cenderung kepada ‘puak-puak munafik’ yang tak mau kepada Islam, itu bermakna kita juga masih belum mahu kepada Islam.


( Yang ni orang Penang kata ‘sembang saja lebih’.Bila ada peluang kutuk orang, dia akan kutuk habis-habisan; padahal dia sendiri pun jahil.Bila kata nak buat negara Islam, dia nanti dengan bersemangat bangun, "Pong! Pang! Pong! Pang!"…Tapi bila kita ajak pi mengaji, dia nanti kata, "Sheikh jalan dulu,nanti kami ikut belakang."…Lagu tu la, dengan ayaq tu depa nanti belah.Lebih-lebih lagi kalau ajak pi mengaji tajwid.Tafsir atau mengaji sirah, kira kadang-kadang depa boleh la gagah juga pi kuliyyah.Tapi kalau tang tajwid, lepas-lepas Imam bagi salam sembahyang Maghrib tu…Zup! Zap!…hilang al-ghaib wal-ghuyub.Tengok-tengok, baguih punya dok bergebang kat kedai kopi.) ]


 


III) Hukuman Hudud


Hakim wajib menjatuhkan hukuman itu keatas penjinayah walaupun dia dimaafkan oleh mangsanya atau waris mangsanya kerana hukuman hudud itu wajib dikenakan di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak ALLAH atau hak orang ramai.



[ Contohnya, di zaman Rasulullah s.a.w., ada seorang sahabat r.a. melaporkan kepada Nabi tentang seorang pencuri telah mencuri hartanya.Apabila dibuat perbicaraan, Nabi s.a.w. mendapati bahwa si pencuri itu memang bersalah.Tapi apabila hendak menjatuhkan hukuman potong tangan keatas si pencuri itu, tiba-tiba sahabat yang buat pengaduan tadi minta supaya Nabi jangan laksanakan hukuman pula, sebab dia dah maafkan si pencuri itu.Maka kata Nabi kepada si pengadu itu, "Kenapa kamu tak maafkan dia terlebih dahulu sebelum buat lapuran kepada ku?…Bila kamu buat lapuran kepada aku, maka wajib dijatuhkan hukuman hudud keatas si pencuri."…Pengajaran yang kita dapat daripada kisah ini ialah dalam hukuman hudud, khususnya dalam masalah mencuri; kalau ada barang kita yang dicuri dan kemudiannya pula kita nak maafkan si pencuri itu, maka mestilah kita maafkan si pencuri itu di peringkat awal yakni sebelum membuat apa-apa lapuran, lebih-lebih lagi kepa! da pihak yang berkuasa.Dalam perundangan Islam, kalau kita buat report kepada pihak yang berkuasa, maka wajib kepada pihak berkuasa menghukum si pencuri. ]


 


IV) Hukuman Qisas adalah wajib dikenakan keatas kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak orang perseorangan.Dimana orang-orang yang mempunyai hak itu boleh menuntut dan meminta kepada hakim supaya penjinayah tadi dijatuhkan hukuman qisas atau memaafkannya.



[ Sebagaimana yang kita sebut hari itu; dalam masalah membunuh/ mencederakan/ melukakan, maka hakim kena tanya kepada mangsa atau waris mangsa dulu.Kalau mangsa atau waris mangsa memaafkan kesalahan si penjinayah berkenaan, maka wajib bagi pihak berkuasa untuk membebaskan penjinayah berkenaan. ]


 


V) Hukum Hudud/Qisas wajib dilaksanakan dan dijatuhkan hukumannya keatas penjinayah yang melakukan kesalahan-kesalahan yang didakwa dibawah kes hudud/qisas dan telah disabitkan kesalahannya di dalam mahkamah dengan bukti-bukti dan keterangan-keterangan yang dikehendaki oleh syara`, yang tidak menimbulkan sesuatu keraguan di pihak hakim.


 


VI) Hakim tidak mempunyai kuasa untuk mengampunkan atau meringankan atau menggugurkan hukuman hudud/qisas.Kecuali dalam hukuman qisas, dimana orang yang mempunyai hak boleh memaafkan penjinayah itu atau membuat bayaran diyat.



[ Dalam qisas, sebagaimana yang kita sebut tadi, mangsa atau keluarga mangsa sahaja yang mempunyai hak untuk mengampunkan dan membebaskan penjinayah.Jadi, hakim tidak ada kuasa melainkan melaksanakan hukuman diyat sebagai ganti kepada hukum qisas. ]


 


VII) Hakim apabila hendak mensabitkan kesalahan-kesalahan dalam hukuman hudud/qisas keatas penjinayah, mestilah dengan keterangan-keterangan saksi-saksi atau ikrar yakni pengakuan penjinayah itu sendiri dengan syarat-syarat yang tertakluk dibawah syarat-syarat ikrar.


 


VIII) Hukuman diyat (pampasan) boleh dikenakan keatas penjinayah yang tidak membolehkannya dijatuhkan hukuman qisas.Iaitu :-




  1. apabila hukuman qisas itu dimaafkan oleh mangsa atau waris mangsa.



  2. Apabila terhalang melaksanakan hukuman qisas kerana sebab-sebab syarii, seperti hilang anggota yang akan diqisas atau anggota tersebut sakit dan sebagainya.



    [ Misalnya; seorang penjinayah pi kerat tangan kanan mangsa.Kemudian apabila dibicarakan, tengok-tengok si penjinayah itu sendiri pun memang tak dak tangan sebelah kanan.Dalam hukum syara`, qisas mestilah dibalas dengan benda yang sama.Jadi bila penjinayah itu tak dak tangan kanan, kita tak boleh la pi kerat tangan kiri dia pulak sebagai ganti.Oleh sebab tidak boleh diganti dengan anggota badan yang lain, maka dia hendaklah membayar pampasan kepada mangsa iaitu lebih dikenali sebagai ‘diyat’. ]


     



  3. pembunuhan yang serupa dengan sengaja (separuh sengaja).Yakni perbuatan bunuh itu sengaja tapi tidak ada niat untuk membunuh.



    [ Misalnya; kita pi rotan anak murid dengan niat untuk bagi pengajaran, tapi tiba-tiba budak itu mati.Jadi, inilah yang dikatakan perbuatan kita tadi sengaja tapi tak dak niat nak bunuh budak tu. ]


     



  4. pembunuhan yang tersalah yakni tidak sengaja.



    [ Contohnya; masa kita bawa kereta, tiba-tiba ada budak lintas.Dan tanpa sempat tekan brek, kita terus langgar budak tu, lalu budak tu mati.Inilah yang dikatakan membunuh dengan tidak sengaja, maka wajib dikenakan diyat diatas nyawa orang kita bunuh dalam keadaan tidak sengaja. ]


     



  5. mencederakan atau menghilangkan anggota orang lain kerana tersalah.



[ Contohnya; masa kita bawa kereta, tiba-tiba kita tak perasan yang kita gelek kaki orang.Kaki orang tu hancur dan terpaksa dipotong untuk menyelamatkan nyawanya.Maka kita wajib bayar diyat diatas kaki orang tu yang hilang.


Secara ringkasnya, 1 diyat ini membawa maksud 100 ekor unta.Maknanya, bila kita bunuh orang dengan sengaja dan kita pula dimaafkan oleh waris mangsa, maka kita wajib bayar dengan kadar 100 ekor unta.Jadi bagi negeri yang tidak ada unta, hendaklah dibayar dengan nilai semasa unta tersebut.Kalau 100 ekor unta berharga RM200K/-, maka kita wajib bayar RM200K/- kepada waris mangsa.


Kalau dalam kes mencederakan tanpa sengaja.Contohnya, kalaulah kita membutakan kedua-dua belah mata mangsa dengan tidak sengaja, maka kita dikenakan bayar 1 diyat.Ini bermakna 100 ekor unta juga.Tapi kalau sebelah saja mata yang dibutakan, maka ia adalah separuh diyat iaitu lebih kurang 50 ekor unta.Ini secara ringkas dan kita akan membahaskan persoalan tentang diyat dengan panjang lebar bila kita masuk bab ‘Diyat’. ]



…….bersambung…….




 



 



 



 



 

 



 






Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos - 35mm Quality Prints, Now Get 15 Free!

Kirim email ke