*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya kira sdr tidak memahami mesej yang saya cuba sampaikan...

Bukan kami tidak tahu bahawa LKY menghina Pas...
ianya tidak menghairankan yang LKY sudah pastinya tidak redhakan kebangkitan
Islam secara syumul iaitu sealiran dengan kefahaman Umno, mereka hanya dapat
menerima Islam sebagaimana yang diredhai dan ditinggalkan oleh puak-puak
penjajah dan orientalist ...
Terbukti LKY begitu secucuk dan sealiran dengan umno dalam memusuhi parti
pergerakan Islam...

Dan apabila sdr mengatakan Pas umat sesama Islam dikutuknya,
takkan sdr cepat lupa, apa kurangnya Mahathir pemimpin negara Islam
contoh...
merata-rata tempat Mahathir mengutuk Ust Harun Din pasal berbomoh
berjampi...
termasuk yang saya dengar sendiri di radio semasa Mahathir membuat lawatan
rasmi ke N9 dan Melaka semasa dekat nak pilihanraya...

(Utusan 3-Ogos-1999, petikan ucapan Mahathir:
Beliau seterusnya berkata: ''Harun Din ni bomoh. Kalau dia jampi air jirus
atas negeri Perlis, Perlis dapat duit. Pakai air jampi ini, dia tahu dia
karut.

''Bila dia sakit, dia tidak jampi tetapi senyap-senyap pergi bedah di
Australia. Inilah orang yang hendak jadi Presiden Perlis.'')

(Utusan 21-Nov-1999:
Di Kubang Pasu, Dr. Mahathir memberitahu para pemberita di sini pagi ini
bahawa beliau sebenarnya menunggu-nunggu Haron Din. ''Depa kata Haron Din
nak lawan saya. Saya dok tunggulah. Dia ni doktor (Ph.D) juga tetapi dia
jual air jampi,'' katanya.)

(Utusan 22-Nov-1999:
 Harun jelas tidak gemar dikaitkan dengan label ''jampi'' iaitu panggilan
yang turut digunakan oleh Dr. Mahathir dalam kritikan-kritikan terhadapnya.

Beliau mendakwa tidak pernah meminta wang daripada sesiapa kerana ''menjual
air jampi''. )

Yang peliknya Mahathir sendiri pergi berbomoh (I'm not sure if I had
mentioned this to you,  iaitu ipar saya adalah menantu kepada bomoh Mahathir
yang ketika ini berada di Pendang, iaitu Tn Haji Abdul Razak). Sungguh
ironik???


(Utusan 31-Jan-2000:
Beliau berkata semangat benci yang disemaikan oleh pihak-pihak tertentu ke
dalam jiwa anak-anak di Tadika hingga ke peringkat universiti, menyebabkan
anggota masyakat kita tidak boleh berfikir sendiri. 

"Kita janganlah mempunyai minda tertutup dan mestilah mendengar kepada
kedua-dua pihak, barulah kita boleh membuat keputusan. Jika tidak, ini boleh
menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat dan kita menjadi lemah,
katanya. )

Tambah ironik lagi, terbukti sudah Mahathir sendiri menyemaikan semangat
membenci dikalangan rakyat dengan memfitnah dan mengutuk Dr. Harun Din.

Since Mahathir sendiri yang sarankan supaya mesti dengar dari kedua-dua
pihak, dibawah adalah petikan ucapan Dr. Harun Din menjawab FITNAH Mahathir
keatas beliau:

((Penjelasan oleh Prof. Dato' Dr. Harun Din al-Hafiz pada 6 September, 1998:
Kadang-kadang teringat juga saya bahawa rupanya saya telah dibandingkan
(sebagai seorang Perdana Menteri boleh bandingkan) diri dia dengan saya. Not
bad! Apalah nak bezakan seorang pesakit bernama Harun Din dengan seorang
Perdana Menteri yang dia sakit pergi ke hospital. Memang ditunggu oleh semua
orang. Tapi Harun Din sakit, pada saat sakit dulu tahun 87, saya pergi ke
General Hospital. Dua jam saya di wad kecemasan tanpa seorang doktor atau
nurse yang datang tengok saya, sedangkan waktu itu saya tengah sakit
jantung. Lillahi Ta'ala. Saya masuk General Hospital. Saya sebut ini nak
clarify. Saya tahu semua ucapan saya orang akan dengar. Bagus tu. Tapelah,
hantarlah. Saya masuk hospital GH kerana sakit jantung tahun 87, minta
dibuat rawatan, masuk dalam wad kecemasan 2 jam lebih kurang, tidak ada
orang yang layan saya. Pasal apa? Sebab saya Harun Din! Apakah jika PM masuk
hospital kerana sakit jantung, boleh masuk ke emergency? Tunggu 2 jam? 

Tetapi, saya dibandingkan begitu. Menuduh saya, takut orang tahu saya sakit.
Saya ke hospital, tak berjaya merawat di General Hospital, saya pergi ke
Pantai. Pantai tolak saya pergi ke Subang. Pergi ke Subang, Subang tolak
saya ke Australia, saya pergi ke Australia. Tetapi akhirnya saya pergi ke
Mekah, Mekah tolak saya balik ke Malaysia. Tak apa. Tapi nak menyatakan
perbandingan begitu satu pembohongan pula. 

Tak ada yang lain yang saya sebut dalam tape itu, dalam tape itu mengatakan
bahawasanya, saudara hukum sendirilah, ini fitnah ke tidak fitnah. Dia suruh
orang bawa botol letak di depan pintunya pada awal-awal pagi. Dia keluar
hembus dalam botol itu, lalu kutip duit daripada orang ramai, maka kaya
rayalah dia. Saya tak mahu komen. Betulkah itu? Kata dia lagi bila ada orang
sakit datang, sakit sawan, dia letak tengah-tengah pintu dia basuh kepala
dengan air yang tidak pernah saya buat seumur saya. Banyaklah lain cerita
yang saya nak sebut, panjang sangat, tapi saya nak mengatakan bahawasanya
ini kesemuanya senario yang termasuk dalam istilah yang saya sebut tadi,
memang saya telah kenal lama dah iaitu fitnah. )


Buat pengetahuan sdr, saya sudah pun mendengar sendiri kedua-dua rakaman
tersebut (ucapan Mahathir dan Dr. Harun Din), dan juga sahabat-sahabat yang
pernah pergi berubat dengan Harun Din,  ternyata Mahathir telah pun
melakukan FITNAH secara terang-terang!!!


Sdr juga kata "..orang cina macam LKY puji sikit dah mengampu macam kera
dapat cincin...",
I wonder mimpi mana dan ilham mana yang sdr dapat sampai mengatakan mengampu
macam kera dapat cincin???
Nampak sdr juga boleh jadi CONTOH orang umno yang cepat jump into the WRONG
conclusion!!!

Kalau sdr baca balik BETUL-BETUL apa yang saya utarakan, ianya adalah
berbentuk PERSOALAN diatas kenyataan LKY, yang pada saya LKY merupakan
seorang tokoh politik veteran asing yang secara langsung melahirkan ramalan
masa depan politik di Malaysia.

Runding dengan Umno?
Itulah sdr terlampau mempercayai sangat kenyataan pemimpin umno melalui
media-media perdana yang banyak putar belitnya!!!
Olehkerana terlalu banyak nak cover-up, putar-belit, kekadang tersasul dan
terbongkar bukti putar-belit media-media ini spt kes Al-Maunah dimana
terdapat media yang memberi fakta yang bercanggah, percanggahan antara BH &
Utusan dalam artikel mengenai layanan DS Anwar didalam penjara, dan beberapa
lagi....

Hai takkan sdr lupa, umno apa kurangnya juga dengan pra-syarat mereka (nak
berdebat kat luar negara, kenapa takut untuk berdebat dalam tv tempatan
secara live), dan orang umno juga sengaja mencari alasan untuk back-off last
minute...
oh ya!! Mungkin sdr tak ketahuan akan beberapa debat yang pernah antara umno
& pas di utara semenanjung tapi sudah tentu tidak mendapat media coverage!

(The Star 9-Jan-2001:
KLUANG: Umno Youth chief Datuk Hishammuddin Tun Hussein has decided to
cancel the proposed debate with his PAS counterpart Mahfuz Omar, citing
respect for his party elders and not fear of the opposition party as the
reason. 
However, Mahfuz has urged Hishammuddin to reconsider his decision, saying it
would appear as if the Umno Youth chief was fickle if he did not go ahead
with the debate. )

Itulah sdr terlalu bergantung harap kpd media kongkongan kerajaan.

Sebagai contoh, suami sepupu saya ada berkhidmat di TV3. Kalau sdr masih
ingat, semasa mula kumpulan reformasi memulakan demonstrasi di KL...
ingat tak semasa kisah kereta rasmi TV3 diserang oleh para pendemo.

Tidak pernahkah sdr terfikir kenapa pihak TV3 tidak menemuduga 2 kakitangan
TV3 yang berada didalam kenderaan TV3 tersebut sedangkan kedua-dua
kakitangan tersebut adalah saksi yang sahih akan kejadian sebenar!!!
Mengapa pembaca berita yang berada didalam kenderaan tersebut di gam
sehingga kini???
Adakah kerana menyokong gerakan reformasi dimana beliau yang juga mengetahui
bahawa SB-lah pihak yang instigate-kan serangan keatas kenderaan TV3
tersebut???

Kalau sdr ada kenalan di TV3, cuba tanyakan mengapa seorang sub-editor
dikenakan domestic inquiry  dan akhirnya ditukar department? Adakah kerana
keengganan beliau menyiarkan berita palsu mengenai parti pas???

Bukankah pemimpin umno juga berpelukan dengan mca dan mic yang terang-terang
menolak negara Islam sedangkan Pas & Dap hanya bersatu dalam usaha untuk
menjatuhkan kezaliman BN tetapi pas masih tetap usaha menegakkan Islam
sedangkan umno (Mahathir) sudah pun memberi kata muktamad bahawa Malaysia
tidak mungkin menjadi negara Islam!!!

(Bernama 3-Ogos-2001; Kenyataan Setiausaha agung MCA Datuk Dr Ting Chew Peh:
Katanya masyarakat Cina mesti sedar mengenai kerosakan yang boleh timbul
akibat penubuhan negara Islam kepada masyarakat pelbagai kaum, supaya mereka
tidak dikelirukan oleh PAS.

Nyatanya hasrat PAS mahu mendirikan negeri Islam bukan lagi satu rahsia,"
katanya pada perasmian mesyuarat agung tahunan Wanita MCA ke-26 di sini
Jumaat.

Katanya dalam usaha untuk mendapatkan sokongan pengundi Cina, PAS tidak akan
teragak-agak menawarkan "gula" kepada masyarakat Cina dan mereka yang tidak
gembira dengan kerajaan, yang mungkin tertarik dengan cubaan pembangkang
itu.

"Mereka gagal memahami bahawa sebaik sahaja PAS berkuasa, akan wujud
halangan dan penindasan kepada cara hidup, budaya, tradisi dan kepercayaan
agama kita," katanya.)


Begitulah berjaya-nya pemimpin umno meracuni pemikiran rakyat sehingga
masyarakat Cina menerima fahaman bahawa dengan tertegaknya negara Islam akan
berlaku penindasan!!!


(The Straits Times:
Malaysia can never be Islamic state, says Mahathir 
Speaking in Parliament, the Prime Minister has reiterated that an Islamic
state will not work because of the country's multi-racial make-up 
By Leslie Lau
IN KUALA LUMPUR 
THE Malaysian Prime Minister, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, has reiterated
his government's stand that an Islamic state cannot be formed because of the
multi-racial make-up of the country.)


Malangnya pemimpin umno sudah terbukti menggadaikan nasib melayu secara
sistematik dan beransur-ansur (see one of my previous mail bertajuk: Umno
Menggali Liang Lahad Sendiri Secara Sistematik. Samy Velu dengan bangganya
mengatakan akan datang akan tidak ada lagi "United Malay National
Organization", tapi yang akan tinggal ialah "United Malaysian National
Organization" didalam konvensyen BN baru-baru ini!!!), dan lebih malang
penyokong-penyokong umno masih leka dan lalai, masih leka menyorak "hidup
melayu" disamping dengan dondangan nyanyian dan tarian artis-artis tanpa
menyedari pemimpin mereka sedikit demi sedikit melelong melayu mereka!!!


-----Original Message-----
From: Cr. Mohd Azam [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Friday, September 07, 2001 10:00 PM
To: Hassan, Haslim
Cc: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; Saodi
Subject: Re: S'pura Setuju Selesai Isu Utk Elak Berurusan Dengan K'jaan
Bukan Umno


Pada perenggan pertama surat saudara,saudara memetik Lee Kuan Yew  ada
berkata sepetri tertera di bawah ini.Tetapi apa yang menghairankan saya
kenapa saudara tidak memetik secara penuh apa yang LKY kata(sila rujuk
kepada keratan akhbar Berita Harian di bawah Yaitu yang berbunyi"Itu adalah
masaalah kepada kami." "Itu " bermaksud kerajaan yang akan diketuai oleh
PAS.Dan untuk berlaku adil dan professional beliau ,LKY telah menghina parti
serta pentadbiran PAS yaitu  kerajaan baru nanti adalah kerajaan yang tidak
boleh deliver.Bukankah ini telah menjatuhkan maruah orang-orang PAS \seperti
saudara dan secara langsung memalukan orang Islam.Ini yang saya kurang faham
dengan orang ISLAM Didalam PAS.Umno sesama ISLAM di KUTUKNYA tetapi orang
cina macam LKY puji sikit dah mengampu macam kera dapat cincin.sedarlah
wahai umat Islam,mita umat Islam dah ditindas di seluruh Dunia.Bantulah
orang-orang Islam di Malaysia, Kalau UMNO buat salah rundinglah. Tapi bila
di ajak berunding macam-macam alasan dan syarat orang PAS bagi.kan Bodoh
punya bangsa melayu tu. Kalau nak berunding tu duduklah semeja saya rasa
macam-macam kita sesama Islam bolih runding.INI yang lagi memalukan saekali
dan menunjukkan kebodohan pemimpin PAS ialah apabilalim kit siang yang
memang telah dengan terang-terang menolak Negara Islam,mereka pemimpin PAS
boleh berpeluk dan cium mulut.Bukankah rakyat memerhatikan ini semua? Ini
akan menjatuhkan kredibeliti Pemimpin PAS/?Sebenarnya secara diam-diam
"UMNOISME" telah mula menyerapi PAS. Saya tidak bolih menulis dengan lebih
lanjut lagi. Wassalam.Yang penting orang Melayu Islam berjaya.Tak kira UMNO
atau PAS. Tapi PAS belum terbukti membela orang Melayu. Maaf jika ada yang
tersinggung.Selamat Membaca BYE.
----- Original Message -----
From: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: "'"Zahri Yunos"'" <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>; "'Ahmad Albakree Mohd Razalli'"
<[EMAIL PROTECTED]>; "'Ahmad Shariman Mohamed Garip'"
<[EMAIL PROTECTED]>; "'Aminuddin Alias'" <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>; "'Azlee Hj Mizan'"
<[EMAIL PROTECTED]>; "'Dr. AzamHR'" <[EMAIL PROTECTED]>;
"'Fid'" <[EMAIL PROTECTED]>; "'Hasni Abu'" <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>; "'Md. Syahrin Hassan'" <[EMAIL PROTECTED]>; "'mior
badri'" <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; "'Suhaimi Taha'"
<[EMAIL PROTECTED]>; "'Suhardy'" <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Thursday, September 06, 2001 2:08 PM
Subject: S'pura Setuju Selesai Isu Utk Elak Berurusan Dengan K'jaan Bukan
Umno


> >>>>>>
> Lee Kuan Yew berkata:
> "Andaikan kami tidak membuat sebarang perjanjian dan berlaku perkembangan
> yang tidak disangkakan di Malaysia, umpamanya pada tahun 2004, semoga ia
> tidak berlaku, anda tidak mempunyai gabungan yang diketuai Umno, dengan
itu
> kami mempunyai rakan baru untuk berunding.macam
> >>>>>
>
> PERSOALAN:
> Adakah Lee Kuan Yew tidak berkeyakinan bahawa Umno/BN mampu mengekalkan
> kuasa pada 2004 nanti???
>
> >>>>>
> Bagaimanapun, Lee berkata beliau dimaklumkan oleh wartawan Malaysia bahawa
> tidak mungkin PAS berkuasa pada pilihan raya akan datang walaupun ada
> kemungkinan UMNO akan hilang sokongan akar umbi.
> >>>>>>
>
> PERSOALAN:
> Pihak wartawan Malaysia memaklumkan bahawa tidak mungkin Pas akan berkuasa
> pada pilihanraya akan datang, tetapi adakah wartawan Malaysia boleh
> dipercayai dan diterima-pakai sedangkan sudah banyak kali terbukti lapuran
> yang dikeluarkan oleh setengah media ada konflik dan percanggahan???
>
> Apakah yang dimaksudkan dengan kemungkinan Umno akan hilang sokongan akar
> umbi???
> Adakah sokongan akar umbi ini dimaksudkan dengan penyokong-penyokong umno
> sudah semakin luntur dan berkurangan???
>
>
> September 05 , 2001 22:32PM
> S'pura Setuju Selesai Isu Utk Elak Berurusan Dengan K'jaan Bukan Umno
>
>   KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Menteri Kanan Singapura Lee Kuan Yew
> pada Rabu berkata Singapura mencapai perjanjian dengan Malaysia untuk
> menyelesaikan isu-isu dua hala yang tertangguh bagi mengelak kemungkinan
> berurusan dengan rakan lain yang bukan dari gabungan kerajaan pimpinan
Umno
> yang boleh menimbulkan masalah.
>
> Sambil berkata bahawa Singapura tidak beralah dalam mencari penyelesaian
> itu, katanya perjanjian itu mungkin lebih baik bagi republik pulau
> berkenaan.
>
> "Andaikan kami tidak membuat sebarang perjanjian dan berlaku perkembangan
> yang tidak disangkakan di Malaysia, umpamanya pada tahun 2004, semoga ia
> tidak berlaku, anda tidak mempunyai gabungan yang diketuai Umno, dengan
itu
> kami mempunyai rakan baru untuk berunding.
>
> Itu lebih bermasalah," katanya pada sidang media pada akhir lawatan empat
> hari beliau ke Malaysia.
>
> Bagaimanapun, Lee berkata daripada mesyuarat dan pertemuannya dengan
rakyat
> Malaysia termasuk anggota media di sini, keadaan sedemikian tidak mungkin
> berlaku.
>
> Lee menjawab pertanyaan yang berkisar kepada perjanjian yang dicapai
semalam
> dalam perbincangan dua hala antara beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri
Dr
> Mahathir Mohamad, dengan kedua-dua negara pada dasarnya bersetuju untuk
> menyelesaikan semua isu tertangguh.
>
> Isu-isu berkenaan termasuk penjualan air kepada Singapura, perjanjian bagi
> membangunkan tanah kereta api milik KTM Bhd, dan status kemudahan Kastam,
> Imigresen dan Kuarantina Malaysia di stesen KTMB di Tanjung Pagar.
>
> Isu-isu lain ialah penggunaan ruang udara Malaysia oleh Tentera Udara
> Republik Sngapura dan pengeluaran wang caruman dari Kumpulan Wang Simpanan
> Pusat Singapura oleh pekerja dari Semenanjung Malaysia.
>
> Antara soalan yang ditanya kepada Lee ialah rakyat Singapura mungkin
> bertanya mengapa negara itu perlu membuat penyelesaian bagi jumlah air
yang
> kurang dengan nilai bayaran lebih tinggi dan perasaan umum bahawa
Singapura
> terpaksa banyak membuat pertimbangan untuk menyelesaikan masalah berhubung
> bekalan air dan tanah milik KTMB, dalam perjanjian itu.
>
> Menteri kanan Singapura itu berkata isu-isu itu telah berlanjutan beberapa
> tahun malah sebelum krisis ekonomi serantau lagi dan apa juga yang telah
> dipersetujui adalah hasil daripada sikap bertolak ansur.
>
> "Kami boleh terus bertegas dan menunggu berlakunya perkembangan tetapi
kami
> mungkin akan berunding dengan kerajaan yang tidak boleh menunaikan janji,"
> katanya.
>
> Mengenai bekalan air, Lee berkata Singapura telah meminta 750 juta gelen
> (satu gelen bersamaan 4.5 liter) air sehari dari Malaysia selepas 2061
> tetapi ia dikurangkan kepada 350 juta gelen.
>
> Menjawab soalan lain, Lee berkata beliau tidak percaya Malaysia akan
> "menutup paip" dengan mudah.
>
> "Saya tidak pasti apa yang akan dilakukan oleh kerajaan yang tidak waras
> tetapi tidak ada kerajaan yang rasional yang mahu mengambil langkah yang
> akan membawa kepada campur tangan Majlis Keselamatan PBB (Pertubuhan
> Bangsa-bangsa Bersatu) dan tindakan oleh kami.
>
> "Maksud saya ia bukanlah sesuatu yang anda lakukan tanpa memberi kesan.
> Perjanjian adalah perjanjian," katanya.
>
> Lee berkata perjanjian adalah perjanjian dan menggesa kedua-dua pihak
untuk
> terus bergerak dan melaksanakan apa yang telah dipersetujui.
>
> Ditanya tentang ramalan beliau mengenai situasi politik pasca Mahathir di
> Malaysia, Lee berkata satu daripada tujuan lawatan beliau ke sini ialah
> untuk mendapatkan pemahaman berhubung perkara itu.
>
> "Saya rasa saya mempunyai satu gambaran menyeluruh yang akan dilaporkan
> kepada kabinet yang saya tidak harus bincangkan secara terbuka di sini,"
> katanya.
>
> Bagaimanapun, Lee berkata beliau dimaklumkan oleh wartawan Malaysia bahawa
> tidak mungkin PAS berkuasa pada pilihan raya akan datang walaupun ada
> kemungkinan UMNO akan hilang sokongan akar umbi.
>
> Mengenai mengapa beliau dan bukannya Perdana Menteri Singapura Goh Chok
Tong
> yang datang ke Malaysia dalam usaha menyelesaikan isu-isu dua hala, Lee
> berkata Goh dan Dr Mahathir telah beberapa tahun mencuba untuk
menyelesaikan
> masalah itu tetapi mereka gagal mencapai keseimbangan.
>
> "Oleh itu, dengan mengingati cara saya mencapai persetujuan menerusi
(bekas
> Menteri Kewangan) Tun Daim (Zainuddin) dengan Dr Mahathir, saya bertanya
> perdana menteri saya sama ada beliau mahu saya mencuba.
> Beliau berkata ya, teruskan," katanya.
>
> Lee melawat Malaysia pada Ogos tahun lepas yang perbincangan beliau dengan
> Dr Mahathir juga bertumpu kepada usaha menyelesaikan isu-isu tertangguh
itu.
>
> Mengenai militan Islam, beliau berkata sesetengahnya telah melancarkan
> serangan terhadap sasaran seperti Pusat Dagangan Dunia di New York dan
kapal
> laut Amerika di Aden, Yemen.
>
> "Saya rasa keadaan itu akan berterusan dan kami perlu mengawasinya dengan
> berhati-hati kerana jika ia mula bertapak di Indonesia...Malaysia dan
> kemudian ke Johor, kami akan terdedah kepadanya.
>
> Jadi, ia bukanlah sesuatu yang kami lihat tanpa sebarang kepentingan,"
> katanya.
> -- BERNAMA
>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke