*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum
> 
> Saya ingin meminta bantuan sesiapa yg menonton Bincang 
> Petang TV3 mengenai cara perubatan Kanser yg boleh 
> diperolehi di Malaysia. Utk pengetahuan semua, ayah saya
> menghidap kanser mulut/gusi dan memandangkan usianya yg
> telah lanjut (60 th), kami adik beradik tidak bercadang 
> utk menjalankan kimografi (ejaan?). Sekiranya sesiapa 
> mengikuti rancangan tersebut atau tahu di mana Pusat 
> Perubatan Kanser, diharap dpt maklum saya di
> [EMAIL PROTECTED]

Assalamualaikum,

Mungkin Dr Syazana ada contact pusat kanser mana2 hospital.
Atau sdri suraya boleh contact aje TV3 ke 103 ke.

Mengikut artikel dibawah (tapi bab kanser tulang), pesakit 
tu berada di Hospital USM Kubang Krian. Tak tahulah 
samaada masalah sdri suraya boleh ditangani disana.
Semoga memberi harapan pada yg bertanya.

--------

Berita gembira untuk penghidap kanser tulang
Oleh: NAJIBAH HASSAN

``SAYA merasakan umpama mati hidup semula dan bersyukur 
kepada Allah kerana masih memiliki anggota tubuh meskipun 
sebelum ini tangan saya perlu dibuang kerana menghidap 
kanser tulang,'' demikian luahan Saloma Abu ketika ditemui 
di wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang
Kerian, baru-baru ini.

Meskipun masih lemah kerana baru menjalani pembedahan tiga
minggu lalu, namun riak wajahnya jelas menggambarkan 
semangatnya yang cukup kental.

Kini Saloma bukan sekadar mampu mengukir senyuman, malah 
menaruh harapan yang cukup tinggi untuk meneruskan 
kehidupan normal seperti yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Saloma, 36, merupakan salah seorang pesakit kanser tulang 
yang menjalani satu kaedah pembedahan yang dikenali sebagai
limb salvage surgery iaitu pembedahan membuang ketumbuhan 
pada tulang lengan kirinya.

Tulang yang dibuang kemudian digantikan dengan prostesis 
iaitu tulang gantian yang diperbuat daripada besi bagi
membolehkan tangannya berfungsi seperti biasa.

Menceritakan pengalamannya, dia mula mengesyaki sesuatu 
apabila berlaku perubahan pada fungsi tangannya dua tahun 
lalu.

``Selain rasa kebas pada jari, tangan saya tidak dapat
memegang sesuatu benda dalam jangka masa yang lama kerana 
barang yang saya pegang akan jatuh dengan sendiri tanpa 
saya sedari,'' katanya.

Hasil pemeriksaan dan ujian yang dijalankan mendapati
bahawa dia disahkan menghidap kanser tulang(osteosarcoma).

Lebih memeranjatkannya apabila tangannya tidak boleh
diselamatkan dan ia perlu dibuang. 

``Allah saja yang tahu perasaan saya pada masa itu. Saya 
merasakan kehidupan saya tidak bermakna hinggakan 
tanggungjawab terhadap keluarga  terabai kerana terlalu 
asyik memikirkan masalah diri,''  ujarnya yang mendapat 
banyak sokongan daripada suami dan keluarga tercinta.

Menurut anak kelahiran Hutan Melintang, Perak ini,
kesakitan yang dialaminya bukan saja menyukarkannya untuk
melakukan pergerakan malah rutin hariannya turut terganggu.

``Keadaan ini menyukarkan saya untuk melakukan kerja-kerja 
di rumah termasuk memasak, mengemas dan membasuh,'' ujarnya.

Tambah Saloma, rasa sakit seperti berdenyut-denyut akan 
menyerang terutama pada awal pagi.

Enggan mengalah pada keadaan, ibu kepada empat anak ini 
berusaha untuk mendapatkan rawatan alternatif tanpa perlu
membuang keseluruhan tangannya.

Saloma kemudian dirujuk ke Hospital Universiti Sains
Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan selanjutnya.

Meskipun dimaklumkan bahawa kos rawatan agak tinggi, namun 
Saloma percaya masih ada harapan untuknya meneruskan 
kehidupan.

Isteri kepada seorang pegawai tentera ini cukup bertuah
kerana hasil bantuan Badan Kebajikan Angkatan Tentera dia
menerima sejumlah RM49,000 untuk menjalani pembedahan 
tersebut.

Seorang lagi pesakit, Sisprif Timbasal yang merupakan
anggota tentera dari Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur 
pula memberitahu meskipun masih belum boleh bergerak 
seperti biasa, namun pembedahan yang dijalaninya umpama 
memberi `peluang kedua' kepadanya untuk meneruskan 
kehidupan.

Sisprif, 25, ketika ditemui masih menggunakan bantuan 
kerusi roda dan tongkat untuk bergerak kerana baru 
menjalani pembedahan merawat penyakit kanser tulang yang
dihadapinya.

``Saya belum yakin untuk bergerak tanpa bantuan 
kedua-duanya,'' katanya yang baru menjalani pembedahan
menggantikan tulang kakinya dengan prostesis tiga minggu 
lalu.

Sisprif yang menghidap kanser tulang pada kaki kirinya
melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana masih 
dapat mengekalkan anggota tubuhnya.

Sebelum ini, katanya, doktor menasihatkan supaya kaki
kirinya yang disahkan mempunyai kanser dibuang.

``Terkejut juga saya apabila doktor menasihatkan supaya 
kaki saya dipotong.

``Saya diberi masa selama dua minggu untuk memilih sama 
ada memotong kaki atau sebaliknya,'' katanya.

Bagaimanapun, selain tidak bersedia untuk kehilangan kaki, 
ahli keluarganya juga menolak cadangan tersebut.

``Saya yakin masih banyak cara lain yang boleh 
dilakukan bagi menyelamatkan kaki saya,'' ujarnya yang
begitu aktif bersukan sebelum ini.

Menurut anak kelahiran Sandakan, Sabah ini, dia tidak
mengesyaki sebarang perubahan pada kakinya selepas terlibat
dalam satu kemalangan hinggalah keadaan lutut hingga ke 
pahanya semakin susut.

Sebarang pergerakan yang dilakukan menyebabkan rasa sakit
termasuklah waktu melompat atau ketika menaiki tangga.

Keadaan Sisprif bertambah serius apabila dia tergelincir
dan terus dimasukkan ke hospital.

Setelah menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan bahawa 
terdapat ketumbuhan dalam tulangnya.

Anak keempat daripada 11 beradik ini nekad untuk tidak
membuang kaki tersebut. Dia kemudian dirujuk ke HUSM untuk
rawatan lanjut.

Kos pembiayaan rawatan menggantikan tulang sebanyak 
RM30,000 diperoleh hasil bantuan daripada majikannya.

Kini Sisprif bukan saja yakin dapat meneruskan kehidupan 
seperti individu normal yang lain, lebih penting tidak 
lama lagi dia juga dapat bergerak tanpa bantuan kerusi 
roda dan tongkat.

Ahmad Aman, 46, yang menjalani pembedahan yang serupa 
sejak dua bulan lalu kini telah boleh berjalan seperti 
biasa.

Meskipun berasa tidak selesa pada peringkat awal, namun 
Ahmad memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana 
tidak perlu `mengorbankan' kakinya semata-mata untuk sembuh
daripada kanser tulang yang dihidapinya.

Ahmad yang disahkan menghidap kanser tulang memberitahu, 
dia dinasihatkan supaya membuang kakinya bagi mengelakkan 
sel-sel kanser daripada terus merebak.

Bagaimanapun, terkejut dengan `penjelasan' tersebut, Ahmad 
terus menyepikan diri daripada mendapatkan rawatan 
selanjutnya.

`Saya ingin mendapatkan rawatan merawat penyakit yang saya
hidapi, tetapi tidak bersedia untuk `kehilangan' kaki,'' 
katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menceritakan pengalamannya, dia tidak menyedari menghidap 
kanser tulang kerana tidak mengalami sebarang gejala.

Bagaimanapun, peristiwa tergelincir dan terjatuh kali
kedua membuka lembaran baru dalam hidupnya.

``Saya dikejarkan ke hospital apabila tidak boleh bangun
sejurus selepas terjatuh,'' ujarnya.

Setelah menjalani pelbagai ujian, doktor akhirnya mendapat
jawapan dan mengesahkan bahawa dia menghidap kanser tulang 
jenis Giant Cell Tumor.

Bagaimanapun, atas nasihat doktor Ahmad dirujuk ke HUSM 
untuk rawatan selanjutnya.

Dengan kos sebanyak RM30,000, Ahmad menjalani pembedahan 
membuang ketumbuhan pada sendi tulang paha dan lututnya dan
digantikan dengan tulang yang baru.

Pembedahan ini bukan saja memberi nafas baru kepada lelaki 
dari Kuala Lumpur itu malah dia lebih yakin untuk 
menempuh liku-liku kehidupan.


----------------------------------------------------------------------
Get your FREE ShyMail account!
http://www.shymail.com/


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke