*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Watak Saddam Hussein amat digeruni oleh musuh-musuh Islam...kenapa?
Bukan sebab ketokohan dia, tapi watak dia yang luarbiasa. Semenjak 
kecil lagi Saddam memang seorang Arab yang misteri. Dia gemar membaca
buku-buku darihal sejarah peperangan. Dari kecil hingga dewasa,
dia tidak suka menunjukkan dia memang mempunyai bakat tertentu.
Maka tersimpan dalam jiwanya satu cita-cita yang tinggi, iaitu mem-
bela ummat Arab. Mula-mula Saddam menggunakan saluran politik untuk
mendapat kuasa pemerintahan. Dia mengukuhkan kedudukannya sebagai
pemerintah Iraq, dan orang-orang yang menjadi pengikut-pengikutnya
amat setia kepadanya. Orang-orang yang tidak memahaminya memusuhinya
pula.

Watak Saddam Hussein itulah yang luarbiasa. Salah satunya ialah
perangainya yang suka sembunyikan beberapa kebolehannya. Antaranya
ialah dia tahu dan faham Bahasa Inggeris, tapi berpura-pura tak
tahu. Kalau dia mahu bercakap dengan orang Amerika atau siapa yang
tahu berbahasa Inggeris, dia seolah-olah memerlukan tukang penter-
jemah. Watak ganjil inilah yang membuat pihak perisikan Amerika
merasa curiga. Sebelum perang Teluk dan sepanjang tempuh sekatan
ekonomi dikenakan ke atas Iraq, Saddam sentiasa mengikuti siaran
CNN dalam bahasa Inggeris. Jadi, perbuatannya sebenarnya untuk
mengabui mata pihak Barat seolah-olah dia seorang yang kurang pen-
didikan Barat. Maknanya, dia berjaya menjadikan pihak Barat meman-
dang rendah terhadapnya.

Tapi Saddam, macam ibarat kata diam-diam ubi tapi berisi, selama
ini ingin melihat hasratnya tercapai. Pertama, dia ingin hancurkan 
Israel. Kedua, dia ingin mati sebagai wira bangsa Arab. Maka, per-
jalanan hidupnya mengatur tipuhelah supaya pihak Barat tidak dapat 
memerangkapnya, tidak seperti pemimpin negara Arab yang lain. Saddam 
bukan mudah ditipu oleh pihak Barat. Dia berbaik-baik dengan Barat 
satu ketika dahulu untuk mendapatkan senjata. Ketika dia telah cukup
kuat, dia membuat satu kesilapan dengan menakluki Kuwait. Kebetulan
Amerika yang menyedari hasrat Saddam untuk menyatukan ummat Arab,
itulah sebabnya mereka mula bertindak dengan menyerang Iraq. Saddam
dalam rangka menunaikan cita-citanya memerangi negara-negara
Arab yang lain yang pro-Amerika. Saddam terpaksa menghadapi Iran
dan negara-negara Arab lain yang pro-Amerika. Maka Saddam terpaksa
menghadapi jalan sukar bagi semua ummat Arab menerima gagasannya...
melihat ummat Arab bersatu bawah naungan Iraq.

Walau dengan apa cara sekalipun ...Saddam akan mencari jalan untuk
meniupkan semangat penyatuan ummat Arab. Di saat-saat dia sedang
jatuh dan cita-citanya akan berkecai, dia beralih kepada Islam. Dia
melihat hanya Islam sahaja yang boleh menyelematkan dirinya dan
ummat Arab. Maka dia mengarahkan bendera Iraq ditulis dengan kata-
kata "Allah Akbar". Kali ini dia berjudi dengan arus hidup. Dia
mengambil Islam untuk menimbulkan sentimen anti-kafir, kerana Amerika
dan Yahudi adalah kafir.

Saddam membayangkan ..sekiranya Iraq diserang, apakah kuasa yang
boleh menyatukan ummat Arab di Iraq dan lain-lain negara Arab? 
Dalam Iraq sendiri terdiri daripada ummat Islam yang berbagai mazhab,
terutama sekali mazhab Syiah. Oleh itu, untuk mencari kekuatan dan
hanya dengan itu sahaja kekuatan sebenar, Islam dan semangat Jihad
sahaja yang boleh menyelamatkan nama dan kedudukannya.

Sekarang ini Saddam yang dulunya namanya sungguh dibenci kerana
kezalimannya sudah menjadi wira orang-orang Arab. Sekarang ini juga,
Amerika sedang menghadapi dengan manusia yang bernama Saddam, seorang
pemimpin Arab yang bijak. Sekiranya Saddam diguling sekalipun, ummat
Arab masih mengira dia adalah wira. Untung tuah Saddam ialah dia
dilahirkan di Iraq bukannya Mesir. Bumi Iraq adalah bumi bersejarah 
dan kemegahan temadun silam Islam. Di situ juga terdapat tempat-tempat
suci bagi ummat Islam Syaih seperti Karbala dan Najaf. Apa yang kita
saksikan peperangan Iraq-Amerika ialah, tentera Bersekutu sedang
mencabuli kehormatan semua puak-puak Islam, Sunni dan Syiah. Maka
mereka semua bersatu menentang pencerobohan tentera kafir Amerika.

Secara tidak langsung ...Saddam berjaya menyatukan keseluruhan ummat
Islam di dunia ini. Jika sukar untuk difikirkan bagaimanakan ummat
Islam Sunni, Syiah dan Wahabi dapat disatukan, Saddam dan Iraqlah
menjadi saluran menyatuan itu.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke