*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ salam. Banyak betui dosa kita rakyat m'sia hingga kita dapat PM 'SiBapak Rasuah SeMalaysia'. Orang kelantan Trengganu jugak yang untung banyak ..sebab mereka berani dan cerdik.. Macam orang Melaka & Pahang lagi teruk.. masing2 dapat Si ali ber'bapok' rustam dan Si Denan samseng.. w'lam. >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Bukti BPR Tidak Bebas [ download ] Rakyat gelisah. Malaysia banyak skandal rasuah. Kes besar-besar sampai sekarang tidak selesai. Sebut rasuah orang ingat pada Badan Pencegah Rasuah (BPR). Harapan rakyat tinggi harap BPR dapat perangi rasuah itu tadi. Tetapi BPR tidak bebas. Apa buktinya? Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin 12 Jun dalam kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Ketua Pengarah BPR, Shafie Yahya telah memberitahu bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah mengarahkannya supaya memberhentikan penyiasatan ke atas bekas Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Ali Abul Hassan Sulaiman. Apa masalah Ali Abul Hassan ini? Semua orang ingat dia adalah bekas Gabenor Bank Negara sebelum Dr Zeti Akhtar Aziz ambil alih. Ali Abul Hassan telah Mahathir lantik sebagai Gabenor Bank Negara selepas Ahmad Mohamad Dom meletak jawatan kerana ditekan bertubi-tubi oleh Mahathir. Ahmad Mohamad Dom meletak jawatan beberapa hari sebelum Anwar dipecat dari Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Mahathir yang "kununnya" kuat melawan rasuah politik wang dalam Umno telah melantik Ali Abul Hassan yang BPR "suspect" ada melakukan rasuah. Bukan sembarangan jawatan tetapi Gabenor Bank Negara yang jaga wang. Betul-betul kes "tikus menjaga labu". Pelik dan "double standard" betul Perdana Menteri kita ini. Kenapa sangat dia sayang pada Ali Abul Hassan sehingga jadi Gabenor Bank Pusat Malaysia? Mudah sahaja logik di sebaliknya. Orang yang bermasalah terutama dalam kes rasuah senang dipulas Mahathir. Jadi taat setianya kepada Perdana Menteri akan lebih 100%. Tetapi apa salahnya si Ali Abul Hassan ini? Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bekas Ketua Pengarah BPR itu memberitahu. Dia bercakap benar tentunya. Sebab bercakap di mahkamah di bawah sumpah. Kata bekas ketua BPR itu, apabila pegawai-pegawai BPR serbu pejabat Ali Abul Hassan di EPU, didapati duit tunai dalam jumlah yang banyak berada di dalam laci Ketua Pengarah EPU itu. Kenapa BPR serbu pejabat Ali Abul Hassan? Sebab BPR terima aduan bahawa Ali Abul Hassan itu berbuat rasuah. Bila serbu betul rupanya. Ada banyak duit tunai dalam laci. Biasanya pegawai-pegawai tinggi bawa kad kredit. Kecuali bekas Menteri Besar Selangor yang bawa duit berkilo-kilo dalam beg! Mungkin Ali Abul Hassan jenis semacam ini. Tetapi dari mana duit itu datang? Ali Abul Hassan sampai sekarang tak jelaskan. Sekurang-kurang Ketua Hakim Negara ada simpan tiket kapalterbang dan resit-resit kad kreditnya. Hancur negara kita ini. Bekas Ketua Pengarah EPU diragui rasuah. Ketua Hakim Negara pun lebih kurang macam itu juga. Sepatutnya Mahathir yang "kununnya" hendak bersihkan politik wang dalam Umno, mesti beri tahniah kepada Shafie Yahya kerana dia telah arahkan pegawai BPR serbu pejabat Ketua Pengarah EPU itu. Malangnya, sebaliknya pula yang terjadi. Mahathir telah telefon Shafie Yahya. Ini Shafie cerita dalam mahkamah. Akhbar Berita Harian misalnya tak ceritakan kepada rakyat. Shafie Yahya telah memberitahu mahkamah bahawa menerusi telefon Mahathir berkata kepadanya: "Berani kamu serbu pejabat pegawai tinggi saya?" sergah Mahathir kepada Shafie. Shafie Yahya mungkin bercakap benar tentang hal ini. Mungkin juga berbohong. Siapa tahu. Jadi relevan sekali Mahathir dipanggil sebagai saksi. Sekurang-kurangnya Mahathir boleh jawab sama ada apa yang diceritakan oleh bekas Ketua Pengarah BPR ini benar. Tidakkah begitu Tuan Hakim Yang Arif, Datuk Ariffin Jaka? Mahathir patut beri keterangan di mahkamah dalam kes Anwar. EPU terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. BPR juga terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Maknanya kedua-duanya di bawah Mahathir. Patutlah Mahathir berkuasa sekali. EPU banyak terlibat dalam projek penswastaan. Faham-fahamlah. Banyak projek untuk kroni-kroni sendiri. Jadi banyak wang dalam laci! Shafie Yahya beritahu mahkamah, dia agak terperanjat juga dengan sikap Mahathir yang kurang senang kepadanya itu. Tapi si Shafie Yahya ini berani juga orangnya. Sekurang-kurangnya dia jawab pada Mahathir. Tak macam setengah orang. Dia berkata kepada Mahathir bahawa serbuan ke pejabat Ketua Pengarah EPU itu berdasarkan aduan rasmi oleh pihak yang terjejas. "Saya lakukannya kerana itulah tugas rasmi saya selaku Ketua Pengarah BPR" ujar Shafie. Tetapi Mahathir semacam menuduh Shafie cuba hendak memerangkap Ketua Pengarah EPU itu. Lalu Mahathir perintah supaya penyiasatan itu diberhentikan. Kes itu diarahkan oleh Mahathir supaya ditutup. Ini cakap bekas Ketua Pengarah BPR sendiri. Bukan cakap ketua parti-parti pembangkang yang ada kepentingan politik. Sudah jelas lagi bersuluh betapa Mahathir menguasai BPR sehingga badan itu tidak bebas menyiasat dan tidak bebas bertindak. Anwar Ibrahim telah dibicarakan dan sekarang terpenjara selama enam tahun di Penjara Sungai Buloh kerana tuduhan rasuah. Tidak ada satu sen pun duit yang terlibat dalam tuduhan itu. Tetapi enam tahun terpenjara. Bagaiamana dengan kes Ali Abul Hassan yang Mahathir cuba lindungi itu? Kenapa tidak disiasat kes itu? Jawap Mahathir! Buka semula fail Ali Abul Hassan ini. Perasuah jangan dibiarkan lepas begitu sahaja. Bukan hendak kata yang tidak baik. Tetapi jelas Mahathir satu Perdana Menteri yang merosakkan negara kita. Mahathir tidak boleh dipercayai. Hancur negara kita dengan malapetaka rasuah sejak dia berkuasa selama ini. Ingat kes BMF di Hong Kong? Banyak lagi kes rasuah mega-mega seperti itu. Padanlah BPR tidak boleh siasat skandal Perwaja selama ini. Kalau kes Ali Abul Hassan, Mahathir suruh tutup, apa lagi kes Perwaja yang melibatkan penyelewengan dan kerugian sebuah syarikat kerajaan itu hampir sepuluh ribu juta ringgit atau RM10 bilion. Siapa Pengerusi Eksekutif Perwaja? Tan Sri Eric Chia. Siapa Eric Chia ini? Dia kawan rapat Mahathir. Jadi Mahathir lindungi semua kawan-kawannya. Rafidah Aziz dilindungi oleh Mahathir dari tindakan mahkamah berhubung rasuh. Rahim Thamby Chik, Daim Zainuddin, Samy Vellu dan ramai lagi. Di mahkamah sekarang didedahkan kes bekas Gabenor Bank Negara yang dituduh rasuah semasa jadi Ketua Pengarah EPU. Pada tahun 1998 lalu, telah dibuat aduan tentang anak-anak Mahathir yang menguasai lebih 200 buah syarikat dan minta BPR siasatan adakah berlaku perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Sampai hari ini tidak ada siasatan dan kenyataan BPR tentang aduan itu. Begitu juga, kes Perwaja didedahkan oleh Anwar Ibrahim ketika Anwar jadi Menteri Kewangan dan Shafie Yahya menjadi Ketua Pengarah BPR tetapi sehingga Anwar dipecat dan dipenjara, manakala Shafie Yahya sudah berhenti dari jadi ketua BPR, sampai sekarang kes rasuah Perwaja itu tidak selesai-selesai lagi. Jadi jangan Mahathir marah jika rakyat menuntut ketelusan dan akuantabiliti! Jika tidak dibuat perubahan ke atas kedudukan BPR ini, sampai bila Mahathir akan menguasai agensi terpenting ini. Rasuah-rasuah di kalangan kawan-kawan dan kroninya akan ditutup sampai mati. Jadi tuntutan kita ialah: Bebaskan BPR terlebih dahulu dari cengkaman Mahathir. Letakkan BPR terus di bawah Parlimen. BPR perlu bertanggungjawab terus kepada Parlimen, tidak kepada Perdana Menteri seperti selama ini. Perlembagaan negara perlu beri kuasa luas kepada BPR untuk banteras rasuah hingga ke akar umbi. 14 Jun: Sepanjang sejarahnya, PAS sebagai wadah perjuangan politik sekali gus gerakan Islam telah melalui pelbagai evolusi perkembangan. Gelombang kepimpinan ulama dalam pertengahan dekad 80-an sehingga akhir 90-an terus membawa satu lonjakan Gelombang Ketiga Gerakan Islam yang meletakkan PAS dalam kedudukan arus perdana (centre-stage) kepimpinan gerakan massa. Sekali gus ia mempelopori kebangkitan umat dan negara yang memang pernah disaksikan dalam sejarah politik tanah air. PAS bukan lagi sekadar sebuah gerakan Islam yang memimpin sebahagian umat yang mencintai Islam. Bahkan kepimpinan PAS kini merentasi seluruh lapisan masyarakat, melampaui perbezaan agama, ras dan budaya. Kini PAS sedang memerintah dua negeri, Kelantan dan Terengganu. PAS hari ini sangat berhajatkan suatu uslub taghyir (metodologi perubahan) yang sekali gus dapat meyakinkan umat dan negara akan keperluan perundangan Islam sebagai satu-satunya cara hidup menyelamatkan masyarakat manusia. Kesinambungan survival perjuangan PAS secara khususnya akan ditentukan antara lainnya oleh beberapa faktor kritikal sama ada dimensi dalaman mahupun luaran. Keupayaan PAS menggarap seluruh cabaran dalaman dan persaingan luar ini - realiti baru atau the new realities, akan bergantung kepada kesediaannya, sementara kesediaannya pula amat dipengaruhi oleh keupayaan keilmuan, hikmah dan kebijaksanaan menyongsong senario politik masa depan secara proaktif, antisipatif dan berani. Dalam suasana inilah, maka PAS lebih memerlukan bimbingan dan penekunan ilmu dan kebijaksanaan untuk terus menerokai liku-liku perjuangan yang terkehadapan. Saya sedar akan tuntutan supaya PAS teguh dari segi prinsip, tetapi kontemporari dari sudut pelaksanaan dan futuristic dari sudut tuntutan fiqhul syara'. Maka kita akan dapat membezakan antara perkara yang tetap (at-thawabit) daripada perkara yang boleh saja berubah-ubah (al-mutaghayyirat). Sekali gus prinsip akan dapat diberikan penetapan konteksnya yang sebenar. Ini memberi kita ruang yang agak luas dan selesa untuk menstrategikan perancangan masa depan yang semakin penuh dengan realiti dan tuntutan baru. Malah sehubungan itu, kepimpinan tidak akan teragak-agak untuk menegaskan kepercayaan dan keyakinan terhadap sesuatu kepentingan jamaah dan parti akan metodologi dan uslub yang diperlukan oleh parti dalam sesuatu tahap perjuangan. Saya ingin meletakkan beberapa faktor sebagai asas penting bagi kemenangan PAS-Barisan Alternatif dan saya kira inilah rahsia kejayaan kita bersama rakan-rakan BA. Tegasnya pembinaan dan pemantapan perkara-perkara berikut dalam mengharungi masa depan PAS-BA adalah kritikal untuk kelangsungan survival-nya. Pemantapan dan proses memperkasakan faktor-faktor berikut mestilah diberikan fokus dan pelaksanaan yang terancang oleh seluruh kepimpinan jamaah. Saya juga sarankan supaya rakan-rakan dalam BA memerhatikan faktor-faktor ini. Antara faktor kritikal kejayaan (critical success factors) kita (al-‘awamil an najah) ialah: Pertama, kewibawaan kepimpinan dan gaya kepemimpinan PAS-BA yang terbuka, telus dan berprinsip; Kedua, falsafah politik berprinsip dan manifesto yang unik dan responsif kepada realiti baru; Ketiga, konsep gandingan BA sebagai alternatif yang segara dan ‘superior' daripada Barisan Nasional. Keempat, kemantapan program penerangan dan kuasa maklumat BA; Kelima, peningkatan sokongan badan bukan kerajaan (NGO) dan profesional; Keenam, paduan jentera dan rangkaian kerja BA Ketujuh, dukungan massa yang semakin celik realiti, maklumat dan ilmu. Kalau ditanya kepada saya apakah kita akan dapat mengekalkan sokongan rakyat terhadap PAS-BA dalam pilihan raya akan datang atau memperbaiki lagi prestasi BA, maka jawaban saya adalah mudah dan jelas. Sokongan yang kita terima (baru-baru ini) bukanlah sekadar ‘undi bantahan' (protest vote). Namun sama ada kita akan terus mengecapi sokongan ini pada telahan politik saya akan banyak bergantung kepada sejauh mana kita membudaya dan memperkasakan parti dan BA akan ketujuh-tujuh faktor kejayaan kita tempoh hari. Senario politik Malaysia bersama dengan demografinya yang unik memerlukan PAS memunggah segala khazanah ilmu syarak (agama) untuk diberi jalan yang seluas-luasnya bagi menerokai suatu model pelaksanaan Islam yang sentiasa berpegang kepada prinsip, di samping cukup peka terhadap peredaran zaman. Berpandukan kedudukan kaum Melayu-Islam dan juga demografi yang lebih terperinci dari segi pecahan kaum di setiap negeri di Semenanjung dan Malaysia Timur, maka adalah tidak wajar untuk mengharapkan PAS dengan cara bersendirian untuk memenangi pilihan raya di peringkat kerajaan persekutuan, bahkan di beberapa negeri di Pantai Barat. Seperti yang telah ditegaskan di atas, maka di sinilah akan teruji kematangan dan kebijaksanaan kepemimpinan jamaah. Kepimpinan perlu memecahkan isu ini dengan sifat yang telus, terbuka dan berani mengambil risiko yang diperhitungkan dengan berbekalkan ulum syara' dan bacaan politik semasa. Dalam suasana cabaran inilah akan teruji dakwaan pembudayaan "politik berasaskan ilmu/pengetahuan/ maklumat" atau dengan kata lainnya k-politics. PAS cukup insaf dengan menjadikan k-politik sebagai cara gaya kita bergerak sesuai dengan tuntutan hadith. Inilah hikmah nubuwwah (rahsia kebijaksanaan kenabian) yang perlu kita tajdidkan dan dihayati dalam kita menggerakkan usaha dan perancangan kita. Ia juga adalah selari dengan tuntutan waqi' pengundi yang semakin celik maklumat dan pengetahuan atau dengan kata lain kita sedang mendepani dan mengurus pengundi berpengetahuan dan bermaklumat atau k-voters. Penegasan kepada kepentingan BA sebaga uslub yang terbaik bahkan tuntutan perhitungan siyasatul dakwah dan siyasah syar'iah pergerakan perlu diperjelas dan dikomunikasikan kepada seluruh keahlian serta para pendukung perjuangan. Hujah nas dan syarak mesti mendahului hujah mantiq dan logika politik. Begitulah cara kita berdalil dalam mengutarakan hujah. Di samping penjelasan dan pemikiran, saya percaya kepimpinan juga perlu menjelaskan kedudukan perkara tersebut sehingga menjadi suatu keyakinan ahli dengan cara jami' dan mani'. Sekali gus ia perlu memasukkan aspek pelaksanaan dan kaedah mengoperasikan konsep BA dengan cara yang tidak menimbulkan keraguan dan kekhuatiran di kalangan seluruh lapisan ahli. Sesungguhnya, PAS mempunyai potensi cukup besar untuk membuktikan kepada dunia bahawa Islam mampu memerintah dengan pendekatan yang disenangi rakyat, bahkan termasuklah orang bukan Islam. Sedutan teks ucapan dasar Presiden PAS, Datuk FADZIL MOHD NOOR di muktamar yang diadakan pada 2 Jun, 2000 di Kuala Terengganu. Ia diterbitkan di sini sebagai sebahagian siri ucapan-ucapan penting politik nasional. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]> ____________________________________________________________________ Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at http://webmail.netscape.com. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Urang Bandang <[EMAIL PROTECTED]>