www.parti-pas.org/terengganu/

Date: Thu, 5 Oct 2000 12:08:12 +0800

Bolehkah Kerajaan Pusat menafikan hak kerajaan Negeri Terengganu?
Siri 3
Soalan : Bolehkah Kerajaan Pusat menafikan hak kerajaan Negeri Terengganu?
Jawapan : Oleh kerana hak royalti itu hak Negeri Terengganu, kerajaan pusat
tidak ada kuasa menafikan atau menghapuskan hak kerajaan negeri Terengganu
melainkan kerajaan negeri Terengganu sendiri bersetuju. Tidak ada
persetujuan yang demikian telah dibuat bahkan kerajaan negeri Terengganu pun
tahu dan tidak dibertahu secara rasmikepada kerajaan Teengganu tidak
mempunyai apa-apa hak. Apa yang diketahui ialah melalui salinan fotostap
siaran akhbar Kementerian Kewangan sahaja bertarikh 5 September. Itulah pada
awalnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu teragak-agak menerima
siaran akhbar itu sebagai kenyataan yang benar dibuat oleh kerajaan pusat.
Sekarang sudah jelas dan nyata bahawa Kerajaan Terengganu telah dinafikan
haknya kerana r! oyalti bagi pengeluaran dalam tempoh bulan januari hingga 1
julai tahun 2000 ini yang sepatutnya dibayar pada 1 september 2000 belum
lagi dibayar. Mungkin wang royalti itu sudah dibayar kepada kerajaan pusat.
Cara kerajaan pusat menghapuskan hak kerajaan Terengganu ialah dengan cara
mengubah nama bayaran wang tunai dibawah perjanjian diantara kerajaan negeri
Terengganu dengan Petronas sebagaiman yang dikehendaki oleh seksyen 4 Akta
Kemajuan Petroleum 1974 daripada perkataan royalti kepada wang ihsan.
Royalti adalah satu bayaran yang wajib oleh penerima hak kepunyaan kepada
pemunya hak, tetapi bayaran ihsan ialah satu bayaran atas belas yang dibuat
sebagai sukarela pemberi sahaja, sudah tentu bayaran ini tidak mesti dibuat.
Dan jika dibuatpun bila dan berapa banyak, tinggal kepada budi bicara
pembayar itu sendiri. Dengan menukarkan nama bayaran wang tunai itu kepada
bayaran ihsan tidak akan mengubah kedudukan bayaran itu karana ia tetapwajib!
dibayar dan menjadi hak kerajaan terengganu. Jika benar bayaran wang tunai
itu bayaran ihsan, kenapakah mesti ada penukaran nama itu? Ia adalah
semata-mata untuk mengelirukan pemahaman rakyat mengenai royalti petroleum.
Selain daripada itu obligation petronas membayar wang tunai itu ialah
seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleumdan perjanjian diantara petronas dengan
kerajaan negeri Terengganu. Kerajaan pusat tidak ada kena mengena dengan
perjanjian ini dan tidak boleh campurtangan sama sekali menghapuskan hak
kerajaan Terengganu. Ini adalah bertentangan dengan pelembagaan Malaysia.
Kita berharap kerajaan pusat yang seringf melaungkan sebagai kerajaan
demokrasi dan berpegang kepada prinsip rule of law tidak sepatutnya
bertindak liar sedemikian.
Perjanjian diantara kerajaan negeri dengan petronas; kenapakah perjanjian
itu dilindungi oleh seksyen Terengganu, apakah terjadi kepada perjanjian itu
? Dan seksyen 4 akta tersebut tidak sepatutnya ! disebut oleh siaran akhbar
Kementerian Kewangan Malaysia ?



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos - 35mm Quality Prints, Now Get 15 Free!

Kirim email ke