*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Teknik Memuji Suami
Pada masa ini kita selalu diseru supaya bermurah dengan puji-pujian
terhadap pasangan. Adalah
dipercayai puji-pujian cuma mempunyai manfaat yang besar kepada
perkahwinan dan kebahagiaan suami
isteri. Ia tidak mempunyai apa-apa kesan negatif. Sangkaan ini tidak
benar. Puji-pujian ialah pedang dua mata. Ia boleh membawa kebaikan, ia
juga boleh membawa keburukan. Oleh yang demikian, berikan puji-pujian
dengan menggunakan teknik-teknik yang betul.

Biasanya puji-pujian "turun ke bawah" iaitu daripada orang yang statusnya
lebih tinggi kepada orang yang statusnya lebih rendah. Sebagai contoh,
seorang ayah memuji anaknya, atau seorang ketua memuji orang bawahannya,
atau seorang majikan memuji pekerjanya. Pujian jenis ini sangat mudah
memberikannya.
Walau apa pun kata-kata yang digunakan untuk menyampaikan pujian itu,
biasanya betul belaka. Begitu juga, walau apa pun perkara yang dipuji,
biasanya ia kena belaka. Orang bawahan yang menerima pujian dari orang
atasan itu gembira mendengarnya.
Yang lebih sukar ialah apabila pujian itu harus terbalik atau "naik ke
atas". Di sini, pujian itu datang daripada orang yang statusnya lebih
rendah dan ditujukan kepada orang yang statusnya lebih tinggi.
 Sebagai contoh, seorang isteri memuji suami, atau seorang murid memuji
guru, atau seorang jururawat memuji doktor. Pujian jenis ini mesti
disampaikan dengan mematuhi peraturan-peraturan yang ketat supaya pedang
dua mata itu tidak salah makan, sampai memakan diri sendiri.

Dalam budaya Asia, status suami adalah lebih tinggi daripada status
isteri. Jurang status ini menjadi bertambah lebih luas dan dalam lagi
apabila antara suami dan isteri terdapat perbezaan yang amat ketara pada
aspek-aspek seperti pendidikan, jawatan, pendapatan, taraf sosial dan
lain-lain seperti itu. 

Kebanyakan suami isteri adalah terdiri daripada pasangan yang tidak sama
tarafnya di mana pencapaian akademik, ekonomi dan sosial suami biasanya
adalah lebih tinggi daripada pencapaian isteri. Sebagai contoh, seorang
isteri yang berkelulusan sekolah menengah mungkin mempunyai suami yang
berkelulusan universiti. Atau seorang suami yang berjawatan timbalan
menteri mungkin mempunyai isteri yang bertugas sebagai guru sekolah
rendah. Dalam keadaan begini, bagaimanakah caranya yang betul untuk si
isteri memuji suaminya?

Di sini diturunkan prinsip-prinsip am apabila hendak membuat pujian ke
atas. Katakanlah, seorang isteri yang lulus sekolah menengah hendak memuji
suaminya yang lulus Ph.D. Pertama-tama jangan memuji suami menggunakan
kata-kata pujian yang terang-terangan. 

Puji-pujian seperti itu menyakitkan hati suami. Perbuatan berani
memuji-muji suami yang pencapaiannya akademik dan profesionalnya jauh
lebih tinggi menunjukkan si isteri berasa dirinya layak menilai diri
suaminya, padahal pencapaian akademik si isteri jauh lebih rendah daripada
pencapaian suaminya.
                   
Perbuatan itu juga bermakna seolah-olah si isteri tahu apa yang patut
dibuat oleh suaminya, dan
bagaimana suaminya patut membuat kerja-kerjanya. Bayangkan apa perasaan si
Pengarah Projek apabila dirinya dinilai oleh seorang lulusan sekolah
menengah, meskipun yang menilai itu ialah isterinya sendiri. Puji-pujian
seperti itu adalah "tidak sopan" kerana hanya orang yang lebih pakar
sahaja yang layak menilai mutu tugas-tugas profesional seseorang. 

Jadi, bilakah masanya seorang isteri yng lebih rendah statusnya boleh
memuji suaminya? Dalam keadaan begitu, si isteri hanya boleh memuji
suaminya dalam bidang di mana si isteri memang memiliki kepakaran yang
sudah terbukti sahaja. Katakanlah, si isteri memang pandai membuat mi
goreng. Mi gorengnya selalu menerima pujian orang-orang yang berpeluang
memakannya. Katakanlah satu hari suaminya pula cuba membuat mi goreng. Di
situ baru si isteri boleh memuji mi goreng suaminya (biarpun tak
sedap).Pujian seperti itu akan diterima dengan baik oleh si suami. 

                   Isteri juga boleh memuji peribadi suaminya, dengan
syarat ciri peribadi yang dipujinya itu tidak ada kaitan langsung dengan
kelayakannya dan tugas-tugas profesionalnya. Sebagai contoh, suaminya
mungkin seorang pengurus besar sebuah hotel. Pada waktu yang sama suaminya
seorang yang kuat bersedekah kepada orang buta di mana-mana kaki lima. Di
sini isterinya boleh memuji ciri peribadi suaminya itu kerana sifatnya
yang suka bersedekah itu tidak ada kaitan langsung dengan tugas-tugasnya
sebagai pengurus besar hotel. Katakanlah, suami juga seorang yang pandai
menyanyi. Apabila suaminya naik ke pentas menyanyi, maka di situ bolehlah
isterinya memuji-muji bakat suaminya. Ini kerana bakat menyanyi bukanlah
syarat wajib kejayaan sebagai pengurus besar sebuah hotel.

Memuji-muji suami dengan cara-cara yang lembut dan sangat sopan ialah
memuji dengan menggunakan
bahasa badan. Ramai isteri orang-orang penting yang hadir di dalam majlis
di mana suami mereka naik ke pentas dan berucap. Ini adalah kesempatan
yang baik untuk memuji-muji suami. Dengarkan ucapannya dengan khusyuk.
Apabila setuju dengan apa yang dikatakan oleh suami, angguk-anggukkan
kepala.
                   
Apabila suami berlucu, ketawalah. Tunjukkan kita seronok mendengar setiap
patah kata yang diucapkanoleh suami. Beri tepukan kuat apabila suami tamat
berucap. Jangan bimbang, dari atas pentas, semua suami nampak isterinya. 

                   Begitu juga apabila berada di meja jamuan. Apabila
suami berbual-bual dengan tetamu-tetamu lain di meja, dengar perbualan
suami dengan khusyuk. Tetapi jangan masuk campur pula. Walaupun isteri
tidak faham hal-hal teknikal yang mereka bualkan, dengarlah suami dengan
penuh hati. 

Itulah cara yang sangat sopan memuji suami yang statusnya jauh lebih
tinggi daripada isteri. Bayangkanperasaan lelaki yang apabila bercakap,
isterinya sendiri pun tidak berminat mendengar apa yangdipercakapkannya. 

Satu lagi cara memuji suami dengan cara yang lembut ialah dengan memuji
dia di belakangnya dengan
harapan orang yang mendengar pujian itu akan menyampaikan pujian itu
kepada suaminya. Inilah pujianyang lembut dan sopan. Tetapi ingat, perkara
yang dipuji mestilah perkara yang tidak ada kaitan langsung dengan
kerjayanya. 

Ramai isteri takut hendak memuji suami. Mereka takut hendak memuji bahawa
suami mereka orang yang
lawa, tampan, bergaya dan lain-lain seperti itu. Mereka takut jika suami
mereka tahu bahawa mereka lawan dan tampan, nanti mereka akan perasan dan
mencari yang lain. Ketakutan seperti ini tidak ada asasnya. Ini kerana
lelaki yang lawa dan tampan memang tahu bahawa mereka lawa dan tampan.
Begitujuga wanita yang cantik dan jelita. Mereka tahu mereka cantik,
walaupun suami mereka tidak pernah memuji kecantikan mereka.

                   Kajian-kajian menunjukkan kita mudah menyukai
orang-orang yang memberikan maklum balas positif kepada kita. Puji-pujian
ialah sejenis maklum balas positif. Isteri-isteri mestilah banyak memuji
suami kerana pujian membuat suami tambah menyukai mereka. Kalau tidak,
suami suami akan hanya menerima pujian daripada wanita-wanita lain.

                   Individu-individu yang tampan dan jelita banyak
menerima maklum balas positif daripada orang-orang yang berinteraksi
dengan mereka. Kehadiran mereka selalu membuat orang menoleh, mencuri
pandangdan merenung mereka. Mereka juga selalu menjadi pusat perhatian.
Mereka juga selalu menerima pelbagai bentuk pujian akan rupa paras mereka
daripada rakan sekerja, kawan-kawan dan orang-orang yang mereka kenal. 


Wanita sangat suka menerima pujian yang ditujukan kepada rupa paras
mereka. Lelaki suka juga
menerima pujian seperti itu, tetapi lelaki lebih suka lagi menerima pujian
yang ditujukan kepada
kepintaran, bakat, kebolehan dan pencapaian mereka. Jika wanita suka diri
mereka yang dipuji, lelaki suka jika yang dipuji ialah prestasi mereka,
iaitu apa yang mereka berjaya buat.

Kebanyakam isteri bertuah mendapat suami yang kelulusannya, jawatannya,
pendapatannya dan taraf
sosialnya jauh lebih tinggi. Jadi isteri-isteri lelaki seperti itu dapat
menumpang tuah suami. Kelulusan, jawatan, pendapatan dan status sosial
adalah ukuran prestasi ataupun kejayaan seseorang.

Perkara-perkara itu sangat penting bagi nilai diri lelaki. Sebarang pujian
yang ditujukan kepada
pencapaian mereka akan diterima dengan sangat terbuka oleh lelaki.Prestasi
suami membolehkan ramai isteri berpeluang menikmati hidup yang senang dan
lumayan, yang kalaulah bukan kerana tuah suami, mungkin atas keupayaannya
sendiri mereka tidak akan merasanya.
                   
Suami-suami seperti itu tahu bahawa tuah mereka telah dikongsi oleh
isteri. Mereka mahukan supaya
isteri mereka mengiktiraf apa yang mereka berikan kepada isteri. Pujilah
yang itu. Pujian ke atas tuah suami yang dikongsi oleh isteri takkan
pernah salah. 

                   Ramai isteri tak sanggup hendak memuji-muji prestasi
suami walaupun prestasi itulah yang membolehkan mereka menumpang tuah
suami. Contoh-contoh pujian seperti di atas terasa merendah-rendahkan diri
si isteri sendiri. Itulah sebabnya sukar bagi isteri-isteri untuk
mengucapkan penghargaan seperti itu. Namunmesej yang terkandung di dalam
ayat-ayat di atas memang ada dalam lubuk hati suami. Memang itulah yang
mereka simpan dalam dada mereka sahaja. Apabila si suami mendengar
kata-kata itu dari bibir isterinya, dia tahu bahawa isterinya sangat
menghargai apa yang diberikan selama ini. Hati suami menjadi suka dan lain
kali dia akan memberi lebih lagi.

Untuk pencinta kebahagiaan, sekiranya anda mempunyai artikel menarik untuk
dikongsi bersama, sila kirimkan kepada [EMAIL PROTECTED]



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: AbgLang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke