Assalamualaikum ww

Artikel yg saya hantar bertajuk 'Syeikhul Azhar betrays Islam as usual' telah mendapat beberapa respon drp sidang netters,maka di sini saya perturunkan respon kembali saya. Semoga Allah jernihkan kembali aqidah hamba-hambanya ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

hanzala says:
saya bukannya nak sokong ulama-ulama tang tersebut diatas tu, saya hanya berpandukan kepada alquran dan sunnah rasul.
Allah berfirman dalam surah annisa : 137, " sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian kafir, kemudian beriman lagi, kemudian kafir lagi, kemudian keain bertambah kekafirannya sekali-kali allah tidak akan mengampuni mereka dan tidak pula menunjukkan jalan yang lurus kepada yang lurus" seterusnya allah berfirman dalam surah yang sama, "khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat siksa yang pedih".
cuba renungkan firman allah ini, tidak ada disebutkan dalam alquran bahawa seseorang boleh menjatuhkan hukuman bunuh kepada orang murtad.hukumannya hanyalah dari allah swt.

dalam sejarah kerasullan rasulullah saw dan para sahabatnya ramai orang keluar dari islam tetapi rasullah saw tidak pernah menjatuhkan hukuman. orang murtad diperangi bukanlah kerana murtadnya, sebaliknya disebabkan oleh  usaha mereka untuk menindas uamt islam dan berusaha untuk menghapuskan agama islam dari muka bumi ini.

kesimpulanda dari alquran dan syunnah rasul adalah mnusia bebas memilih bergama, namun allah memberi peringatan bahawa siksaannya amat pedih.

jika ditahan orang yang ingin meninggalkan islam, implikasinya adalah semakin ramai orang minafik dalam islam. harus kita mengimbau sejarah perpecahan dalam islam adalah dimainkan oleh orang-orang munafik. orang
yang mengaku dirinya keluar dari islam lebih baik dari orang yang berpuara-pura islam. sekurang-kurangnya apabila dia mengistiharkan dirinya murtad, umat islam dapat mengenalinya bahawa dia tidak lagi mencintai islam janganlah 
hendaknya kita begitu ghairah hendak menjatuhnya hukuman bunuh tanpa menghiraukan garis panduan yang ditetapkan dalam alquran, kelak islam sendiri yang rugi. siapa yang ingin mendekati islam, jika imej yang ditonjolkan oleh umatnya menggambarkan bahawa islam ini satu agama yang amat kejam? di malaysia atau di mana-mana sahaja umat yang bukan bergama islam begitu gerun dengan agama islam disebsbkan selama ini yang mereka lihat cuma kekerasan. fikirkanlah....

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

ni yg ada dlm posting saya dulu tu:

The only solution then to the occupation of Islamic land, then and now,
was
the unity of Muslims and the fighting of jihad to liberate all occupied
land
from the filth of kufr. Then there was the Abbasid Khalifah and Salah
ud-Deen Al-Ayyubi as "amir al-jihad" (leader of Islamic army) to do the
job.
Today where is our Khalifah and our amir al-jihad?
>Wake up, O Muslims!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

this is what hanzala had responded for the above:

the only solution to the present age of the muslim problems throughout the world is by accepting the prommised mahdi/messiah sent by Allah that is Mirza Ghulam Ahmad of Qadian. he also as been commanded by allah swt  proclaimed himself as prophet Isa a.s. based on the holy quran only through the prophet then the khilafah system could be established. sign of the promised mahdi as prophesised by rasululah saw has occured in India in 1894,

"Sesungguhnya bagi Mahdi kami ada dua tanda, yang belum pernah terjadi semenjak bumi dan langit diciptakan. akan terjadi gerhana bulan pada malam pertama malam-malam gerhananya pada bulan ramadhan dan akan terjadi gerhana matahari pada hari pertengahan hari-hari gerhananya pada bulan ramadhan yang sama"

The possible dates of the said eclipse are as follows:

1) gerhana bulan - 13, 14 and 15 ramadhan. took place on the 13th.
2) gerhana matahari - 27, 28, and 29 ramadhan. took place on the 28th.

kemenangan islam hanya terjadi dengan berimannya kita kepada imam mahdi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sekarang giliran saya pulak nak cakap panjang....


Saya nampak ada 2 point daripd percakapan sdr ini:
1. Tiada ayat al-quran yg menjatuhkan hukuman bunuh ke atas org murtad
2. Nak selamatkan umat Islam, kena tunggu Mahadi @ Mirza Qadiani @ Nabi Isa

Saya suka memetik kata-kata Syeikh Tantawi dlm ceramahnya di Majlis Syarahan Umum dan Dialog di Pusat Islam sempena lawatannya ke Malaysia sepertimana tersiar dlm BH 20/8/98:
"Pada zaman Nabi Muhammad, jika ada yang keluar Islam, Rasulullah biarkan. Tetapi kalau mereka menceritakan perkara buruk yang menghina Islam selepas itu, ketika itulah kita kena fikirkan tindakan terhadap mereka, bukan sebab mereka keluar Islam."

Selanjutnya mari kita perhatikan hadith-hadith di bawah, dan tanya diri sendiri, keluarga, kawan-kawan, dan ustaz-ustazah: Adakah kata-kata Tantawi itu berlandaskan syara'??

Sebahagian drp hadith ttg hukuman murtad ini disimpan oleh Imam Al-Bukhari dlm kitabnya jilid 84 dlm bab 9: "Tindakan terhadap org Murtad". Berikut adalah terjemahan hadith lengkap  nombor 57, 58 dan 59:

57:
Ikrimah meriwayatkan:
Beberapa orang Zanadiqa (atheist) dibawa kepada 'Ali dan 'Ali membakar mereka. Berita kejadian ini, sampai kepada Ibn 'Abbas lalu beliau berkata, "Kalau saya berada di tempatnya, saya tidak akan membakar mereka, kerana Rasulullah melarang (perbuatan membakar sedemikian) dengan sabdanya, 'janganlah menjatuhkan hukuman dengan hukuman Allah (api).'  Saya akan membunuh mereka berpandukan pernyataan Rasulullah, ' man baddala deenahu faqtuluh (barangsiapa menukar agama Islamnya, maka bunuhlah dia).' "

58:
Abu Burda meriwayatkan:
Abu Musa berkata: "Saya datang kepada Nabi bersama dua orang (dari kabilah) Ash'ariyin, seorang di kanan saya, seorang di kiri saya, tatkala Nabi Allah sedang memberus giginya (menggunakan Siwak), dan kedua-dua lelaki meminta pekerjaan daripada baginda. Nabi berkata, 'Wahai Abu Musa (Wahai Abdullah bin Qais!).' Saya berkata, 'Demi Dia yang mengutuskanmu dengan kebenaran, kedua lelaki ini tidak memberitahukan saya apa di dalam hati mereka dan saya tidak fikir yang mereka sedang mencari pekerjaan.' tatkala saya sedang melihat Siwak rasul ditarik ke penjuru bibirnya, baginda bersabda, 'Kami tidak pernah (atau, kami tidak) menugaskan untuk sesiapa untuk mencari pekerjaan bagi urusan kami.' Tetapi wahai Abu Musa! (atau Abdullah bin Qais!) Pergilah ke Yaman.'  "Nabi kemudiannya menghantar Mu'adh bin Jabal mengekorinya dan apabila Mu'adh sampai kepadanya, dia membentangkan hamparan kepadanya dan memintanya duduk (di atas hamparan itu). Sa! ksikanlah: terdapat seorang lelaki yang terikat di sebelah Abu Musa. Mu'adh bertanya: "Siapakan (lelaki) ini?" Abu Musa berkata, "Dia dahulu beragama Yahudi kemudian Muslim kemudian kembali menganut Yahudi." Kemudian Abu Musa meminta Mu'adh untuk duduk tetapi Mu'adh berkata: "Saya tidak akan duduk sehinggalah dia dibunuh. Inilah hukum Allah dan rasul-Nya (bagi kes ini) dan diulangnya tiga kali. Kemudian Abu Musa mengarahkan supaya lelaki itu dibunuh, dan lelaki itu dibunuh. Abu Musa menambah, "Kemudian kami berbincang untuk mengadakan solat malam dan seorang di antara kami berkata, 'Saya solat dan saya tidur, dan saya harap Allah akan mengganjari saya bagi tidur saya juga solat saya."

59:
Abu Huraira meriwayatkan:
Apabila Nabi wafat dan Abu Bakar menggantikannya dan beberapa orang Arab murtad, 'Umar berkata, "Wahai Abu Bakar! Bagaimanakah kamu boleh memerangi orang-orang ini walaupun Rasulullah bersabda, 'Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka mengucapkan Asyhadu an la Ilaha illa Allah, dan barangsiapa berkata Asyhadu an la Ilaha illa Allah, Allah akan menyelamatkan hartanya dan nyawanya daripadaku, melainkan (dia melakukan sesuatu yang wajar dihukum) dengan adil, dan perkiraannya adalah dengan Allah?' "Abu Bakar berkata, '"Demi Allah! Saya akan memerangi sesiapa saja yang membeza-bezakan solat dengan zakat dan zakat itu adalah hak yang mesti diambil daripada harta (mengikut perintah Allah). Demi Allah! jika mereka enggan membayar kepadaku walaupun seekor anak kambing yang sebelum ini mereka membayarnya kepada Nabi Allah, saya akan memerangi mereka kerana keengganan itu." 'Umar berkata, "Demi A! llah: Itu tak mengapa, bahkan saya perasan yang Allah telah membuka dada Abu Bakar kepada keputusan untuk berperang, oleh itu saya sedar bahawa keputusannya itu benar."

Diriwayatkan oleh Imam Daruquthni dan Al-Baihaqi dari Jabir, iaitu:
Bahawa Ummi Marwan telah murtad, kemudian Nabi SAW memerintah agar dipujuk memeluk Islam kembali. Sabda baginda SAW, 'Jika bertaubat (biarkan hidup), jika tidak maka dia harus dibunuh."

Walaupun al-Quran tidak menyebut hukuman bunuh bagi orang murtad, tetapi hadith sahih yang dikoleksi oleh Imam Bukhari dengan jelas telah menyebutkan demikian. Begitu juga ijma' Sahabat memutuskan demikian. Janganlah kita mengatakan sesuatu hukum itu bukan hukum syara' kerana ia tidak dihuraikan dalam al-quran, kerana sumber hukum syara' adalah al-quran, sunnah, ijma' sahabat dan qiyas. Kalau kita mahu merujuk kepada al-quran semata tanpa memerhatikan hadith mutawattir sebagai sumber aqidah dan hadith sahih sebagai sumber syari'ah, maka bagaimanakah kita mengerjakan solat?

dengan ini, jelas sekali pendapat syeikhul Azhar itu tertolak atas dua sebab:
1. Jika apa yg dikatakannya itu merupakan hasil ijtihad, maka ijtihad itu tidak boleh bertentangan dgn nash dan tidak boleh ada ijtihad jika ada nash yg menjelaskan hukumnya, berdasarkan kaedah fiqh 'La ijtihada bi wurudi an-Nash' (Tiada ijtihad jika hukumnya telah dinyatakan di dalam nash).
2. Jika apa yg dikatakannya itu merupakan hadith, kerana sanadnya tidak jelas, maka status hadithnya adalah dhaif (lemah), bahkan mungkin palsu.

Maka di sini wajar kita persoalkan dan siasati Syeikhul Azhar Al-Tantawi itu, siapakah dia, siapakah yang meletakkannya di kedudukan itu, untuk kepentingan siapakah dia bersuara, dan apakah konspirasi di sebalik sekalian kenyataan kontroversi yg sering dikeluarkannya sejak dulu lagi.

Namun, satu penjelasan yg penting di sini:
Hukuman syariah Islam (hudud, jinayah, ta'zir dan mukhalafat) itu wajib secara qath'ie, tidak dinafikan lagi kewajipannya. Tetapi hukum perundangan syara' itu hanya dapat (possible) dilaksanakan jika 3 elemen ini dipenuhi dlm sesebuah masyarakat Islam:

1. Taqwa individu:
Jika kefahaman yg cemerlang memancar dr aqidah individu dlm masyarakat, tiada halangan utk melaksanakan hukum syara'. Contohnya pd zaman Rasulullah SAW, Ma'iz Al-Aslami dan Al-Ghomidiyah yg berzina telah tampil meminta hukuman rejam ke atas mereka, walaupun Rasulullah SAW memberikan mereka peluang melepaskan diri, mereka tetap kembali untuk menerima hukuman itu yang ditangguh hinga anak hasil  zina itu dilahirkan dan selesai disusukan (berumur 2 tahun).

2. Kontrol masyarakat:
Anggota masyarakat sentiasa mengkoreksi tingkah laku penguasa agar tidak menyeleweng dlm amanah mrk. Wujud Majlis Ummah dan mahkamah mazalim yg  mengawal tindakan pemerintah, yg sama sekali tidak sama spt parlimen sistem demokrasi yg batil itu. Khalifah dan orang-orang lain dlm struktur pemerintahan tidak akan dapat melakukan sebarang penyelewengan tanpa diambil tindakan oleh ummah di dunia, selain diazab di akhirat kelak.

3. Perlaksanaan syariat oleh negara:
Sabda baginda SAW: "Demi Allah jika Fatimah binti Muhammad mencuri, pasti akan kupotong tangannya." (HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i dr A'isyah. Lihat 'Jami'ul Ushul' Ibnul Atsir, hadith no 1879).
"Seorang pemimpin adalah pemelihara dan dia bertanggungjawab terhadap pemeliharaannya." (HR Imam Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi dr Ibnu Umar. Lihat Al-Fathul Kabir, Yusuf An-Nabhani, jilid II, hal. 330-331.
Hukuman syariat ini hanya boleh dilaksanakan oleh sebuah negara Islam sejati, bukannya kerajaan pseudo-Islam demokrasi-kapitalis spt yg bertaburan di seluruh dunia kini, yg diperjuangkan oleh parti-parti demokratik yg mahu membuat undang-undang di parlimen. Yakni, bila Rasulullah SAW sebagai Rasul terakhir tiada lagi di dunia ini, maka negara Islam hendaklah dipimpin oleh khalifah. Setelah runtuhnya khilafah Uthmaniah tepat 76 tahun lalu (kalender syamsi), umat Islam sudah kehilangan ! negara, seperti anak ayam kehilangan ibu. Kerana itulah umat ditindas dengan begitu rakus tanpa pembelaan. Sedangkan sebelum runtuh daulah khilafah pada 3 Mac 1924 itu, hukuman syari'at masih berjalan, dan panggilan jihad dari khalifah masih lagi digeruni oleh Barat, Yahudi dan sekutunya, walaupun tatkala pusat daulah, Turki telah mendapat gelaran 'Orang sakit Eropah'. Sedangkan kini, negeri-negeri kecil umat Islam yg lemah, tak mampu melaksanakan syari'at, lihat saja Nigeria yg baru saja menarik balik perlaksanaan syari'ah di 3 buah negerinya baru-baru ini. Lihat saja Kelantan yg tak dapat keluar dr cengkaman Perlembagaan Lord Reid untuk melaksanakan hudud (mana ta'zir, jinayah dan mukhalafat?), semua ini kerana berpecahnya umat Islam ke dalam entiti-entiti kecil yg lemah lagi tiada jatidiri. 
Kesimpulannya di sini, selagi daulah khilafah tidak tertegak, hukuman syari'at tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu, wajiblah berusaha membangunkan kembali daulah Islamiyah, seba! gaimana kaedah syara': "Ma la yatimmu l-wajib illa bih fahua wajib" (Apa yg menyampaikan kpd wajib adalah wajib).


Mari kita beralih kpd poin sdr yg kedua pula: Nak selamatkan umat Islam, kena tunggu Mahadi @ Mirza Qadiani @ Nabi Isa

Perhatikan hadith2 ini:

1.
 Imam Muslim meriwayatkan dr Abi Hazim yg berkata:
"Aku telah mengikuti majlis Abu Hurairah selama 5 tahun, pernah aku mendengarnya menyampaikan hadith dari Rasulullah SAW yang bersabda: 'Dahulu, Bani Israel selalu dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi itu wafat, digantikan oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudahku. (Tetapi) nanti akan ada banyak khalifah.' Para sahabat bertanya: 'Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?' Baginda menjawab: 'Penuhilah bai'at yang pertama dan yang pertama itu sahaja (dalam satu masa tidak boleh lebih daripada seorang khalifah). Berikanlah kepada mereka haknya, kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban mereka terhadap rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka."

2.
"Nubuwwah (kenabian) berada di kalangan kamu selamamana Allah menghendakinya, kemudian Allah mengangkatnya bilamana Allah hendak mengangkatnya (dengan wafatnya Rasulullah Muhammad bin Abdullah SAW). Kemudian  pula khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah (khilafah yang mengikut jalan kenabian) selamamana Allah menghendakinya, kemudian Allah mengangkatnya bilamana Allah hendak mengangkatnya. Kemudian kerajaan monarki selamamana Allah menghendakinya, kemudian Allah mengangkatnya bilamana Allah hendak mengangkatnya. Kemudian kerajaan yang menindas selamamana Allah menghendakinya, kemudian Allah mengangkatnya bilamana Allah hendak mengangkatnya. Kemudian khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah (khilafah yang mengikut jalan kenabian). Kemudian nabi diam.
(Musnad Ahmad bin Humbal)


Jelas sekali, sebarang perbicaraan tentang rasul dan nabi selepas Muhammad SAW menyimpang samasekali. Penurunan Isa 'aalihis Salam bukanlah sebagai nabi baru yang membawa syariat baru, sebagai rasul yang diutus selepas Muhammad SAW. Tidak. Juga kita tidak diajar untuk menunggu penyelamat tiba, sebaliknya berusaha berdakwah menempuh segala kesusahan sebagaimana iktibar sirah Rasulullah saw. Ya terdapat beberapa hadith riwayat Abu Daud yang membicarakan tentang Imam Mahdi dan penurunan Nabi Isa, tetapi tidak sedikit pun ia mengatakan bahawa mereka itu diutus sebagai Rasul selepas Muhammad SAW. Tambahan pula sebagai Muslim, kita tidak wajar mengambil hadith-hadith yang tidak qath'ie yakni hadith ahad sebagai aqidah. Hanya hadith mutawattir sahaja boleh menjadi sumber aqidah, manakala hadith ahad sohih  boleh diambil sebagai sumber syari'ah.


Sekian buat kali ini, hingga ketemu lagi, wassalamualaikum warahmatullah.



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke