*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Bukan apa comel, akak mengetest sebab dah seminggu inbox
akak kering kontang. Satu email barupun tak hingin nak
masuk.  Kalau adapun, yg mencelah punya. Itupun macam nak
tanak aje dia tulih.  Puan Sri Ain, kata dia cuba antar
kat akak, tapi posmen kat eon kata, alamat akak tak bole
dikesan dan kena return back.

Cerita-cerita baru dalam Hizbi langsung akak tak dapat.
Itu pasai la akak cuba try test dulu apa problemnya.  PC
akak ke atau apa.

Pasai comel nyaris kena cabul masa belajar kereta dulu
memang banyak yang jadi.  Tapi sekarang, dah banyak driving
school yang pakai cikgu wanita dah.  Untuk mengelakkan fitnah
dan hal-hal yang tak manis, elok le adik akak kita yg baru
nak mengetest tu cari driving school yg jenis ni.

Lepas lulus nanti, harap-harap tak le lari macam sesetengah
Kancil yg bertanda 'P'.  Potong sana,potong sini.
Ciluk sana, ciluk situ. Akak kengkadang geram sgt tengok
drebar P yg jenis ni.  Tapi kebanyakkkannya, bebudak muda
yg bertopi terbalik.  Tak caya, cuba peratikan.  Yg selalu
bawak kereta gegila ni, drebar kancil yg pakai topi terbalik
dan masih "p".

Sepatutnya budak-budak P ni ikut le macam mencelah dan Kak
Ain. Dorang berdua ni cukup berdisiplin dan sedar, huruf P yang tersergam 
dicelah-celah sticker kereta mereka tu bermakna PERCUBAAN  dan bukannya 
PECUT.

Setakat ini dulu.

Wassalam.

MAWAR BERDURI



>From: Ratu Chomel Selalu <[EMAIL PROTECTED]>
>To: mencelah sikit <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED],  
>[EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* testing... asyik testing aje, passnya tidak!
>Date: Sat, 2 Sep 2000 21:35:41 -0700 (PDT)
>
>Assalamu'alaikum....
>
>Maaf la.. Chomel baru kat sini.  Bila Chomel tengok you all ni "mengetest", 
>Chomel pun risau
>jugak.  Kalau orang baru, mesti "test" dulu ke sebelum hantar posting?  
>Tadi Chomel ada hantar
>Salam Pengenalan, tapi tak ada apa-apa pun!  Kesian Chomel....  dahlah 
>budak baru,  tengok orang
>lama pun (agak-agak aje) pun kena test, nampaknya Chomel pun kena "test" 
>jugaklah!
>
>Choop!  Bukan test apa, nanti kang Sdr/i Mencelah dengan Kak Mawar (kalau 
>pompuan) salah sangka
>pulak.  Chomel bukan kereta pulak nak test-test.  Lesen memandu pun Chomel 
>dah lulus.  Dah lama
>dah, semenjak mula "graduate" dulu.  Kira Chomel ni bukan lesen "P" nyaaa.
>
>Cakap pasal lesen terbang ni kan... Chomel teringat suatu ketika dulu  
>Chomel pernah ditipu oleh
>driving school.  Hampir Chomel dah "give up" nak ambil lesen memandu.  
>Tapi, semua itu telah
>menjadi kenangan pahit yg tak perlu diingati.  Chomel pernah dicabul 
>kehormatan ketika belajar
>memandu.  Menyesal Chomel pergi ke driving school tu.....  maklumlah.. masa 
>tu Chomel masih mentah
>lagi....  Terpaksa tunda dari ambil lesen sebab Chomel "trauma" dan 
>"phobia" bila teringat-ingat
>instructor gatal tu....  Bukanlah teruk sangat, tapi Chomel tak dapat 
>terima cara dia mengajar tu
>penuh dengan rasa miang.. macamlah kita ni pakai yg seksi...  walhal kita 
>ni pakai baju kurung
>aje!
>
>Rupanya setelah pergi ke driving school baru dan ceritalah pasal perihal 
>driving school lama,
>katanya tokeh D.S. baru yg D.S lama tu memang "bad track record".  
>Entahlah... tapi one thing for
>sure, depa suruh Chomel bayar dan asyik bayar aje tapi, ujian bertulis 
>asyik gagal.  Dahlah gagal,
>sampai 4 kali, tapi dia asyik ajak kita belajar jugak bawak kereta tanpa 
>Lesen L...  You all tak
>takut ke??  Dahlah tu, siap buat tak senonoh dengan orang!  Ni bukan omong 
>kosong, tapi pengalaman
>Chomel...  Tapi Alhamdulillah, akhirnya Chomel dapat jugak lesen secara SAH 
>dan mengikut prosedur
>yg telah ditetapkan...  Jadi, jangan risau..  Chomel adalah pemandu 
>PROFESSIONAL sekarang,
>InsyaAllah....
>
>Alright, that's all from me....  semoga Kak Mawar & Sdr/i Mencelah tak 
>payah  test-test lagi.
>Tulin you!!
>
>Salam hormat...
>
>RATU CHOMEL
>
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
>http://mail.yahoo.com/

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke