*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum sdra, sdri yang dihormati sekelian, semuga sentiasa di dalam rahmat dan keredhaan ALLAH.


Bismillahirrahmanirrahim,

Mari kita sambung lagi perbincangan mengenai 10 Syarat Sah Syahadah; kita dah faham 3 drp syaratnya iaitu 1.Kasih dan cinta kpd ALLAH
2. Kasih kpd segala Malaikat
3. Kasih akan Kitab-kitab ALLAH


4. Syarat sah Syahadah yang ke 4 ialah Kasih akan wali-wali ALLAH.

Mereka adalah kekasih-kekasih ALLAH terdiri daripada para Nabi dan Rasul sehinggalah kpd wali-wali ALLAH di akhir zaman.
Kebanyakan drp kita hanya kenal wali hakim dan wali nikah...bila disebut nama-nama seperti Sheikh Abd Kadir Al Jailani, Imam Ghazali, Imam Malik, Imam Bukhari, Imam Shafie' dll, ramai drp kita tak berapa tahu atau tak kenal langsung akan mereka.Nama tak kenal, sejarah mereka pun lagilah kita tak tahu, macam mana kita nak kasih akan mereka.
Di Malaysia, wali-wali ALLAH seperti Tok Kenali, Tuan Tulis, Tok Paloh dan Juga Habib Noh mempunyai banyak sejarah tetapi ramai drp kita tak tahu dan tak ambil tahu.
Untuk pengetahuan semua, disepanjang masa ALLAH datangkan 400-500 wali ALLAH diseluruh dunia...bila ada yang mati, ALLAH gantikan dengan yang lain.
Dunia ini aman disebabkan doa-doa wali-wali ALLAH ini.
Didalam bacaan Tahiyat didalam sembahyang kita menyebut "Attahiayat ... sehingalah assalamualaika ibadikassalihin...
Sebelum kita membaca Syahadah kita menyebut kalimah-kalimah dan perkataan yang baik kepada Tuhan,kpd Rasul dan kpd orang-orang soleh.


Kalau kita tak faham apa yang kita baca, kita baca sahaja, tapi tak dihayati bermakna kita tak lulus lagi dalam bersyahadah.

5.Syarat yang ke 5 ialah Kasih akan Nabi dan Rasul-Rasul.

Diutus untuk manusia 124,000 Nabi dan Rasul, ini bukan sedikit bilangannya, itu pun kita tak boleh hafal. Yang dapat dikesan ialah 313 dan yang wajib untuk kita kenal ialah 25 orang.
Daripada Nabi Adam sehingga Rasulullah SAW, 124,000 orang Nabi diutuskan, tak cukup ke?
Cuba kira ramainya manusia dan setiap kaum berapa Nabi mereka dapat.
Confucious itu mungkin seorang nabi tetapi ajarannya dah dirosakkan oleh anak cucunya.
Semasa Rasulullah SAW lahir, umur dunia sudah 5,593 tahun.. baginda pemimpin umat akhir zaman, umur dunia sudah tua dan munasabahlah dunia nak ditamatkan.Sebelum dunia kiamat, selepas Rasulullah SAW wafat, ALLAH menjanjikan untuk mendatangkan mujaddid setiap 100 tahun.


6.Syarat yang ke 6 ialah Benci dengan seteru ALLAH.

ALLAH sudah menjelaskan di dalam AL Quran bahawa seteru-seteru-Nya ialah orang-orang kafir ( Yahudi, Nasrani, Majusi, Kafir Harbi);dan orang-orang munafik (melahirkan Islam tetapi menyembunyikan kekufurannya) dan mereka ini tidak boleh dibuat kawan dari segi Tauhid.
Kebencian ini adalah di hati dan kita tidak boleh tiru perangai dia.
Katalah kita ada rasa benci tetapi dari segi perbuatan kita masih ikut budaya mereka...pergi Haji bermacam-macam syariat kita buat,bila selesai di airport lagi dah hisap rokok Dunhill, Rothman yang semua Yahudi buat.
Jangan ada yang dibuat oleh seteru ALLAH kita jadikan budaya kita... jangan kita ada rasa benci tetapi dalam perbuatan macam tak benci.


Inilah yang dikatakan virus Syahadah kita. Kita masih menerima pendidikan dan budaya mereka sehingga umat Islam rasa takut dengan mereka.
Kita lihat negara-negara Arab memihak dan meminta tolong kpd Amerika dan England...apabila musuh dijadikan kawan, ALLAH tidak akan bantu.
Patutlah ALLAH tak bantu umat Islam kerana mereka bersyahadah tetapi tak faham, perangai orang kafir jadi ikutan...waktu bersembahyang mereka betul-betul berlakun.
Berapa ramai orang sembahyang tetapi tak faham syahadah?
Kita benci dihati tetapi tangan, mata, kaki, lidah masih ikut budaya mereka, sebab itu ALLAH tak tolong kita.
ALLAH nak kita faham betul syarat-syarat syahadah.
Sifat-sifat nifak didalam masyarakat pun kita kena benci... waktu Maulidur Rasul dia sibuk anjurkan dan raikan tetapi talentime, marathon pun dia anjurkan bersama...kita kena selidik asal usul program itu.


7.Syarat sah Syahadah yang ke 7 ialah Takut akan azab ALLAH.

Di dunia lagi ALLAH sudah turunkan azab-Nya seperti gempa bumi, puting beliung, penyakit-penyakit, peperangan dsbnya bukan di akhirat sahaja.
Petir menyambar pun satu azab juga.
Mati juga satu azab jadi kita kena ada rasa takut.
Azab di kubur dan di padang Mahsyar juga menanti kita.
Dengan kita faham syarat-syarat yang mengesahkan syahadah kita, semuga kita kita sentiasa didalam keredhaan-Nya dan semuga kita didalam transit sebagai VIP, insyaALLAH untuk menuju ke alam Akhirat.


Kita sudah mebincangkan 7 syarat sah syahadah, 5 bersifat kasih dan satu bersifat benci.

8.Syarat yang ke 8 ialah Harapkan rahmat ALLAH.

Kita janganlah putus harapan dengan rahmat ALLAH...kita kena sedar kita tidak mempunyai apa-apa kekuatan dari segi umur dan rezeki kita. Sentiasalah harapkan rahmat ALLAH dengan berdoa semuga sentiasa didalam pimpinan-Nya sampai akhir hayat kita.

9.Syarat sah Syahadah yang ke 9 ialah membesarkan semua suruhan ALLAH.

Apa-apa sahaja perintah ALLAH sama ada yang Wajib, Sunat, Haram, Makruh, dan Harus semuanya kita besarkan dan tidak kita perlecehkan walaupun yang sunat . Hingga yang harus pun kita buat ikut kaedah-Nya untuk menjadikan ia sunat...contoh: tidur hukumnya harus tetapi bila kita buat ikut kaedah-Nya ia jadi sunat pula.
Jadi janganlah kita perlecehkan yang sunat, dapatkanlah ilmu untuk mengelakkan kita dari memperkecilkan perintah ALLAH.
Macam sembahyang sunat, bila kita ada masa buatlah.
Kalau kita benar-benar faham akan perintah ALLAH dan bagaimana besarnya perintah sembahyang itu, sudah tentu kita sentiasa tertunggu-tunggu akan waktu sembahyang kerana kita nak bertemu dan bercakap-cakap dengan ALLAH yang kita kasih dan cintai.
Katalah kita kena tunggu kawan di airport yang akan sampai pukul 12.00 takkan kita tunggu pukul 3.00 baru nak pergi, sudah tentu pukul 11.30 dah ada di airport. Kalau yang nak tiba itu emak atau isteri kita sudah tentu lebih awal kita pergi!


10.Syarat sah Syahadah yang ke 10 ialah membesarkan Nahi ALLAH iaitu kita menjauhi segala yang ditegah oleh ALLAH.

Begitulah 10 syarat-syarat sah Syahadah yang amat penting untuk kita fahami dan hayati semuga setiap kali kita mengucap syahadah ia akan lebih bermakna...janganlah kita mengucap syahadah hanya dibibir sahaja, seperti burung kakak tua tetapi kita tak faham apa yang kita ucapkan.

Cukup dulu kali ini, insyaALLAH kita akan bertemu lagi dengan kuliah yang lain. Segala yang baik dan benar itu datangnya dari ALLAH, terimalah dan amalkanlah. Yang cacat dan tidak baik itu datangnya dari kelemahan dan nafsu saya sendiri, betulkan dan maafkanlah.

Ampun maaf,

Ustaz Abd Adzis Ismaail



_________________________________________________________________
Download ringtones, logos and picture messages from MSN Malaysia http://www.msn.com.my/mobile/ringtones/default.asp



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "SITI BALKIS" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke