*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tak ada pulak Berita Harian menyatakan bahawa Datuk Zakaria ini Adun bagi
BN. Malu nak sebut adun parti mana kot?
Berita Nasional: Sesi rehat kecoh kejadian Adun tampar Adun
14 November 2000 
SHAH ALAM, Isnin - Sesi rehat sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini
kecoh seketika apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Datuk
Zakaria Md Deros, menampar Adun Bandar Klang, Teng Chang Khim.

Seorang lelaki, yang dikatakan penyokong Zakaria tetapi bukan Adun, turut
menumbuk dagu wakil rakyat DAP itu, sebelum melarikan diri.

Kejadian itu berlaku di ruang jamuan Dewan Undangan Negeri Selangor, tingkat
dua Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini kira-kira jam 11
pagi apabila Dewan yang bersidang pada hari pertama, berhenti rehat selepas
sesi soal jawab.

Sebelum itu, dalam sesi soal jawab di dalam Dewan, Teng bertikam lidah
dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Fatah Iskandar
mengenai kilang haram.

Menurut beberapa Adun yang menyaksikan kejadian itu, Zakaria menemui Teng di
luar Dewan menyatakan tidak puas hati terhadap perdebatan Teng mengenai
perkataan 'haram' dan 'halal'.

Apabila Teng menjawab itu adalah hak beliau untuk menyatakan apa yang
dirasakan perlu di dalam Dewan, Zakaria menengking sambil mengeluarkan
perkataan kesat.

Teng yang hilang sabar mendengar kata-kata Zakaria, menjerit balas
menyebabkan Zakaria juga hilang sabar lalu menampar Teng, sebelum mereka
saling tolak menolak.

Ketika beberapa Adun cuba mententeramkan keadaan, salah seorang daripada
lelaki yang dikatakan orang Zakaria, menumbuk dagu Teng sebelum melarikan
diri.

Kejadian itu sampai ke pengetahuan Menteri Besar, Datuk Dr Mohd Khir Toyo
yang kemudian mengarahkan kedua-dua Adun berkenaan menemuinya.

Hadir sama dalam pertemuan itu Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Zainal
Abidin Ahmad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ambrin Buang dan Pegawai
Undang-Undang Negeri, Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Selepas menyoal kedua-dua belah pihak mengenai kejadian itu, Zakaria
akhirnya dinasihatkan supaya meminta maaf kepada Teng di hadapan mereka.

Teng ketika dihubungi memberitahu beliau tidak berhasrat membuat laporan
polis kerana Zakaria sudah meminta maaf.

Bagaimanapun, katanya, dagunya masih terasa kebas berikutan tumbukan oleh
lelaki, yang dikatakan orang Zakaria itu.

Terdahulu, ketika sesi soal jawab mengenai isu kilang Industri Kecil dan
Sederhana yang beroperasi secara haram di Selangor, Teng membangkitkan rasa
tidak puas hatinya dengan perkataan 'haram' digunakan.

Katanya, secara tidak langsung ia mengatakan pekerja di situ mencari rezeki
secara 'haram' sedangkan mereka bekerja mencari pendapatan halal.

Abdul Fatah memberitahu, perkataan 'haram' digunakan kerana status tanah
kilang itu didirikan yang tidak ditukar syarat kepada industri.

Bagaimanapun, Teng terus membantah dan mendesak kerajaan negeri menggunakan
perkataan lebih sesuai sebagaimana perkataan 'pendatang haram' yang ditukar
kepada 'pendatang tanpa izin'.

Beliau berkata, terdapat perbezaan besar antara perkataan 'haram' dan
'halal' sebagaimana syurga dan neraka.

Abdul Fatah yang kelihatan tenang sepanjang melayani Teng, akhirnya
bersetuju mencari perkataan sesuai selepas wakil DAP itu terus mendesak dan
enggan menerima penjelasan beliau.
http://www.bharian.com.my/z/Current_News/BH/Tuesday/National/20001114091614


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke