*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
NOTA DARI PENULIS ASAL:  terimakasih kepada moderator kerana merahsiakan email address 
saya


assalamualaikum para netters

saya baru sahaja terima message mengenai alkohol daripada beberapa netters.  di sini 
ingin saya menceritakan suatu peristiwa yang amat menyayat hati, terutamanya pada diri 
saya dan juga keluarga saya.

hari ahad 21/1/01 adalah merupakan hari yang paling malang bagi hidup saya sekeluarga, 
dimana saya turut kehilangan ayah tersayang.

pada hari yang malang itu lebih kurang jam 5:20 pagi ayah saya sudah bersiap sedia 
hendak ke surau berdekatan utk menunaikan solat subuh.  selalunya beliau bertolak pada 
pukul 5 pagi (ayah adalah seorang ahli masjid dan sudah menjadi routine hariannya 
supaya awal ke surau - utk membuka surau, membersih surau, berwirik dan mengaji quran 
sampai waktu solat subuh kemudian bersiap sedia untuk khutbah subuh pulak) tapi entah 
kenapa hari itu beliau terlewat sedikit.  setelah selamat menyeberangi jalan 
besar/utama ke surau dan sebaik saja kaki ayah saya menyentuh kaki lima pejalan kaki 
(pedestrian pavement/kerb) entah dari mana tiba-tiba sebuah kereta satria pecut dengan 
kelajuan maksima terhoyong hayang terus melanggar ayah saya.

ayah saya terpelanting lebih kurang 20 kaki dan jatuh menghempap tiang pagar (tiang 
pagar corak 'L' tapi cuma tiang yang tinggal tanpa pagarnya) seterusnya terguling 
jatuh ke dalam parit di tepi kali lima jalan tersebut.

mungkin kerana impact kuat akibat lambungan tadi, ayah mengalami kecederaan yang teruk 
di bahagian kepalanya.  tidak cukup dengan itu rupanya setelah melanggar ayah saya 
kereta satria itu terus merempuh 7 gadis kilang yang ketika itu sedang menunggu bas 
kilang ke tempat kerja.  mangsa gadis pertama yang dilanggar tersepit di bawah kereta 
dan diheret sehingga kereta tersebut merempuh sebatang pokok berhampiran (kecederaan 
di bahagian pinggangnya yang begitu teruk mengakibatkan beliau meninggal dunia lewat 
hari itu juga),
gadis ketiga berada di dalam keadaan kritikal dan kecederaan yang serius di bahagian 
otak, tulang belakang, tulang punggung, tulang kaki yang kesemuanya retak 8 sama 
sekali, paru-paru dan jantung - mengikut jangkaan doktor yang merawat beliau kalau 
paru-paru dan jantung mangsa masih lemah, kemungkinan pembedahan terpaksa ditangguhkan 
dan kemungkinan besar mangsa akan lumpuh separuh badan.  mangsa-mangsa seterusnya 
mengalami kecederaan di mana kaki dan tangan patah.  

tetapi apa yang terjadi pada pemandu kereta satria dan
penumpang-penumpangnya?  oh mereka semua selamat cuma co-pilot mengalami kecederaan 
patah kaki.  untuk makluman para netters semua pemandu dan penumpang kereta satria ini 
semuanya berada di dalam keadaan mabuk, di bawah umur (kecuali pemandunya) dan tidak 
mempunyai lesen memandu.  
mungkin keadaan mereka yang tidak sedar (masih pening lalat) akan keadaan
sebenar, mereka tidak berupaya melarikan diri dari tempat kejadian.  kata
saksi mereka dibelasah teruk juga oleh orang-orang yang menyaksikan insiden
tersebut apatah lagi setelah membunuh orang yang nak menunaikan solat subuh.
tapi menurut laporan yang sediada pemandu dan penumpang kereta satria dengan
tegas mengaku mereka tidak mabuk.  bila di tanya kenapa memandu di dalam
keadaan yang begitu merbahaya?  mereka menjawab dengan selamba yang mereka
cuma berniat utk seronok-seronok aje dan utk makluman semua netters pemandu
sebenarnya tidak tahu memandu kereta cuma di waktu itu keadaan terpaksa
kerana 4 penumpang yang lain sedang nyenyak tidur.  kata para saksi selepas
saja kejadian berlaku pemandu keluar dari kereta di dalam keadaan melelong
dan tidak stabil, daripada mulutnya sudah boleh terhidu arak.

menurut saksi yang juga menghala ke surau, beliau sempat menarik tubuh ayah
saya keluar dari parit dan beliau mendapati ayah saya masih bernyawa dan
beliau sempat menyuruh ayah saya mengucap - dan ayah terus meninggal dunia
setelah mengucap.  ayah pergi meninggalkan kami 9 beradik dan 3 cucu.
sepatutnya selepas saja solat subuh di hari itu, ayah akan bersambung
khutbah subuhnya di masjid yang lain berhampiran dan lewat dinihari pulak
ayah akan membawa anak saudaranya menuntut menjadi imam tapi itu semua
bertukar menjadi kenangan yang teramat sedih sekali bagi mereka yang
terlibat.  

wahai para netters, apa yang saya ceritakan di atas adalah yang sebenarnya
bukan rekaan semata-mata.  sesiapa yang tinggal atau berasal dari pulau
pinang (kawasan bukit jambul) mesti tahu akan cerita malang ini.  pesanan
saya ialah sesiapa yang kaki mabuk tu tolonglah insaf dan taubat tika
peluang masih ada.  kalau tak nak jugak mungkin peristiwa di atas akan
berulang lagi dan siapa mangsa seterusnya pulak?  lihatlah macamana alkohol
boleh membawa maut bukan kepada pemabuk tapi kepada orang lain yang tidak
berdosa.  

AL-FATIHAH kepada ayah saya, EN RAMLI BIN YAACOB semoga rohnya dicucuri
rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

terima kasih


 





Who needs Cupid?  Matchmaker.com is the place to meet somebody.
FREE Two-week Trial Membership at http://www.matchmaker.com/home?rs=200015

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke