*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Dipetik dari tulisan sdr  Astora didalam Mingguan Malaysia, bertarikh Ahad
21 Disember 2000 bertajuk "Ubati Perpecahan Ummah Dgn Cinta".

Sdr tulis:
        Menurut pandangan Islam, cinta adalah asas segala amalan kita
termasuk cinta agama, cinta kepada bangsa dan cinta kepada negara. Begitu
juga pandangan Islam menuntut supaya kita cinta sesama seagama dan cinta
sesama manusia.
        Semua digariskan dalam Islam dengan sejelas-jelasnya dalam banyak
nas daripada al-Quran dan hadis. Sebagai contoh Islam menuntut kita cinta
kepada negara dalam hadis: "Cinta kepada negara itu adalah terbilang
daripada separuh iman".

Disini saya ingin membuat teguran dimana hadis yang saudara guna sebagai
hujah amat mirip kepada hadis berikut yang berbunyi:

"Hubbul wathani minal iman"
-cinta kepada tanahair adalah sebahagian daripada iman.

Hadis ini adalah termasuk didalam salah satu hadis maudhu' iaitu hadis palsu
dimana saya terjumpa didalam sebuah buku berjudul "Himpunan Hadis Dha'if dan
Maudhu'" susunan Drs Abdul Ghani Azmi.

Saya kira tentunya saudara lebih arif tentang hukum penggunaan hadis palsu
tambah-tambah lagi sebagai hujah dan sokongan kepada sesuatu pendapat atau
hukum.

Wassalam.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke