*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku hendak bagi tahu pada netters semua tentang satu aktiviti rekreasi yang 
sangat popular di Terengganu dan Kelantan, merebak ke Pahang, Kedah dan kini 
menular keseluruh Malaysia menurut sumber-sumber yang aku selidiki. Ianya 
dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan di samping dapat menambah ilmu 
pengetahuan.

Yang aku maksudkan itu ialah mendengar ceramah agama, isu-isu terkini,
penyelewengan dalam kerajaan, Pengkhianatan  Um.No, isu ekonomi yang dikata 
pulih sepenuhnya tapi ASJ hanya 26 sen seunit...kesian. Contohnya pada satu  
hari itu aku menghadiri satu ceramah tentang isi
royalti minyak di sebuah daerah di Terengganu, ratusan  km aku memandu tapi 
hasilnya sangat berbaloi bila mendengar penjelasan  daripada Tun Salleh 
Abbas,  bekas Hakim Negara yang adil dan berani mengatakan yang hitam itu 
hitam dan yang putih itu putih. Di sebelah aku  ada tiga keluarga yang 
jumlah semuanya kira-kira 20 orang termasuk kanak-kanak berkumpul berdekatan 
dan masing membawa tikar, bantal, bekalan makanan, air sejuk dan panas. 
Sambil mendengar ceramah mereka menjamu selera  dan kanak- kanak bermain 
sesama sendiri. Ada golongan bapa yang sekali-sekala berbaring menhilangkan 
rasa lenguh. Asyik sungguh mereka memberi perhatian  tak kala Tuan Guru Hj 
Hadi menyampaikan ceramahnya.  Jumlah keluarga -keluarga lain tak terkira 
banyaknya.  Dikala itu aku pun bertekad untuk mengajak semua anggota 
keluarga aku untuk "berekreasi " seperti mereka. Aku akan mengajak dan 
membelanjakan duit terutama untuk menarik sebahagian keluarga aku yang masih 
buta dan bodoh kerana masih tertipu. Mereka tertipu kerana tak pernah 
mendengar ceramah yang sedemikian rupa. Dari analisa  dan kajian yang aku 
buat seandainya mereka menghadiri ceramah sebanyak lima kali 95% akan 
menyokong BA. Lazimnya sekali diajak (orang UM.No) mereka akan bertanya bila 
ada ceramah lagi..mereka mula nampak kebenaran.

Aku menyarankan netters semua korbankan duit sikit, ajak rakan -rakan 
UM...No menghadiri ceramah dan belanja mereka termasuk  hotel, makan-minum 
dan kemudahan lain. Sekiranya kita dapat menyelamatkan mereka dari menyokong 
THOGRUT kepada  perjuangan Islam, bayangkan ganjaran yang tuan-tuan dapat.


Untuk renungan::

Ustan Kamal Ashari ada mengatakan maksud dari ayat Al-Quran " menjadi Kafir 
jika kita tidak mengkafirkan orang yang jelas kafir, menjadi kafir jika kira 
ragu-ragu orang yang jelas kafir itu kafir dan menjadi kafir jika kita 
mengkafirkan orang yang tidak kafir.

Ayat diatas hendaklah dibaca penuh tiga bahagian dan bukan satu  bahagian 
seperti yang dibaca oleh UM...No.

Kalau PAS kata UM...No kafir, tak ada pulak aku dengar puluhan ribu orang 
UM...No yang masuk PAS kena mengucap semula.

"Mat Sendiwara dua tiga masa".


_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Husin Jalal" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke