*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
December 21 , 2000 17:21PM 
KELANTAN MINTA KSN JELASKAN SKIM PENEMPATAN PEGAWAI 
KOTA BAHARU, 21 Dis (Bernama) -- Kerajaan Kelantan meminta Ketua Setiausaha
Negara Tan Sri Abdul Halim Ali menjelaskan beberapa persoalan berhubung
penempatan pegawai negeri di jabatan persekutuan dan penempatan pegawai
persekutuan di jabatan negeri. 
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Kewangan dan Pentadbiran Awam Negeri
Takiyuddin Hassan berkata, penjelasan itu penting kerana sejak akhir-akhir
ini beberapa jabatan persekutuan di Kelantan enggan menerima pegawai negeri
untuk berkhidmat di jabatan masing-masing.
Seorang pegawai kanan Kerajaan Negeri pernah mengadakan pertemuan dengan
Abdul Halim yang antara lain membincangkan perkara itu tetapi sejak
pertemuan itu tiada kata putus yang diberikan, katanya kepada pemberita di
sini, Khamis.
Takiyuddin berkata, keengganan jabatan persekutuan menerima pegawai negeri
adalah bertentangan dengan persetujuan yang ditandatangani antara
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu termasuk Kelantan dan Kerajaan
Persekutuan pada 1948 serta disemak semula pada 1956, katanya.
Jika keadaan seperti itu masih berterusan, Kerajaan Negeri mungkin mengkaji
semula penempatan pegawai persekutuan di jabatan milik Kerajaan Negeri dan
mengambil tindakan yang serupa.
Pada masa ini terdapat 180 pegawai negeri yang sedang berkhidmat di jabatan
persekutuan dan sejumlah pegawai persekutuan di jabatan negeri termasuk di
Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Haiwan
(JPH) dan Jabatan Perhutanan.
Takiyuddin memberi contoh, baru-baru ini enam jawatan di Jabatan Pendidikan
Negeri iaitu sebuah agensi persekutuan dikosongkan pegawai negeri dan ia
sepatutnya diisi pegawai negeri juga.
Beliau mendakwa, sebaliknya jawatan itu diisi pegawai persekutuan bagi
membolehkan mereka yang sebelum itu bertugas di luar Kelantan pulang untuk
berkhidmat di negeri asal.
"Pegawai negeri yang sepatutnya ditempatkan di jabatan itu kini ditugaskan
di jabatan yang kurang sesuai dan tidak banyak kerja yang boleh mereka
lakukan.
Jika keadaan seperti itu berterusan, di mana Kerajaan Negeri hendak
menempatkan kakitangannya?" kata beliau.
Beliau menyifatkan tindakan seperti itu sebagai kurang sopan dan mencabuli
persetujuan yang telah ditandatangani antara Kerajaan Negeri dan
Persekutuan.
-- BERNAMA


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke