*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
03 April, 2003 19:35PM     

Melayu Paling Ramai Melacur

Oleh Shahrullizan Rusli 

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Wanita Melayu, ada yang semuda 15 tahun,
paling ramai terjebak dengan pelacuran kebanyakannya kerana ingin hidup
mewah. 


Statistik Polis Kuala Lumpur menunjukkan wanita Melayu yang menjadi pelacur
sangat tinggi iaitu 60 peratus, diikuti Cina dengan 30 peratus dan bangsa
lain 10 peratus, termasuk kaum India dua peratus. 

Ketua Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap Kuala Lumpur, Supt Mohd Fawzy
Arshad, berkata remaja Melayu bawah umur yang terlibat dengan pelacuran juga
tinggi pada tahun 2002 iaitu 28 orang. 

"Tekanan hidup di kota metropolitan menyebabkan mereka memilih jalan mudah,"
katanya kepada Bernama di IPPKL. 

Katanya, pelacur paling muda ditangkap pada tahun lepas merupakan gadis
Melayu berusia 15 tahun dan yang paling tua dalam lingkungan 40-an. 

Polis menjalankan operasi hampir setiap hari pada tahun lepas dan tempat
yang menjadi sasaran ialah rumah urut, kelab, salun, disko, tempat awam,
hotel dan rumah persendirian. 

Kesemuanya, polis melancarkan 1,810 serbuan dan menangkap 1,334 pelacur,
tahun lepas. 

Daripada jumlah itu, wanita dari negara China adalah seramai 486 orang,
Indonesia (409), Thailand (252), Uzbekistan (48), India (41), Filipina (35),
Vietnam (34), Kemboja (empat), Russia (lima) dan Myanmar (satu) manakala 419
adalah rakyat tempatan. 

Pada Januari dan Februari tahun ini pula, polis membuat 299 serbuan dan
menahan hampir 200 orang pelacur. 

Penolong Pengarah Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI) Nik Azlan Nik Man berkata, pelacur Melayu yang ditemui di ibu negara
oleh jabatan itu berusia antara 17 dan 50 tahun. 

Beliau bersetuju bahawa tekanan hidup di bandar menyebabkan seseorang wanita
itu menjadi lemah imannya. 

"Ada yang ghairah dengan kebendaan, ada yang suka-suka melacur dan ada juga
yang tidak dapat menahan nafsu," kata Nik Azlan di pejabatnya di Pusat
Islam. 

Kes jenayah syariah seperti pelacuran meningkat dari tujuh kes pada tahun
2000 kepada 42 kes sehingga Disember 2002. 

Dalam tinjauan Bernama di sekitar Bukit Bintang, Chow Kit dan Brickfields,
wartawan berpeluang berbual dengan seorang pelacur Melayu yang hanya mahu
dikenali sebagai "Nora", berusia dalam lingkungan awal 30an. 

"Saya mula rosak selepas mengadakan hubungan seks dengan teman lelaki semasa
bercinta. Kami duduk serumah selama dua tahun dan akhirnya saya
meninggalkannya," katanya. 

Semasa menyewa di Brickfields bersama seorang teman wanita, Nora mula
terpengaruh dengan video lucah yang ditonton hampir setiap hari. 

Aktiviti pelacurannya bermula pada sebelah malam dan dia tidak dikawal oleh
mana-mana "bapa ayam" malah mengakui kebanyakan pelacur Melayu di sini
melakukan kerja itu dengan rela. 

Nora mengaku beberapa orang rakannya berhenti menjadi pelacur selepas
berkahwin dan suami mereka kebanyakan adalah bekas pelanggan. 

Katanya, kerana wajahnya yang masih cantik, dia berupaya mendapat sehingga
RM10,000 sebulan. -- BERNAMA 

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary 
information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all 
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information 
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke