*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di petik dari Berita Harian bertarikh 1-Mar-2003 yang bertajuk "Harga
petrol, LPG naik dua sen lagi mulai hari ini":

Kali terakhir harga petrol naik ialah pada November lalu, iaitu satu sen
seliter, manakala diesel dan LPG naik dua sen seliter dan sekilogram.
Kenaikan kali ini adalah yang keempat dalam tempoh tiga tahun.

Muhyiddin bagaimanapun berkata, harga minyak di negara ini masih rendah
berbanding negara lain di rantau ini berikutan subsidi dan pengecualian
cukai yang diberikan kerajaan.
.
.
Mengenai kemungkinan kenaikan itu membebankan pengguna termasuk kenaikan
harga barang dan perkhidmatan, Muhyiddin berharap ia tidak berlaku.

"Kita tidak melihat ada alasan bagi menaikkan harga barang dan perkhidmatan
dengan pengumuman mengenai kenaikan ini.

"Kita harap senario sama tahun lalu berlaku apabila kita mendapati tidak ada
kenaikan harga barang dan perkhidmatan walaupun harga minyak mengalami
kenaikan," katanya.

Katanya, kenaikan tahun lalu juga tidak memberi kesan kepada sektor ekonomi.

>>>>>>>>>>>>>>>

Komen:

1)
Menurut BH diatas, kenaikan harga minyak kali ini adalah yang ke EMPAT dalam
tempoh 3 tahun. Sedangkan angka yang sebenar ialah kenaikan kali ini adalah
yang ke LIMA dalam tempoh 3 tahun. Sila lihat turutan kenaikan minyak
dibawah:



1-Mar-2003: Harga produk petrol naik dua sen seliter hari ini

31-Okt-2002: Harga petrol diesel, LPG dinaikkan mulai esok
(Harga petrol akan dinaikkan satu sen manakala diesel dan gas petroleum
cecair (LPG) dua sen)

01-Mei-2002: Harga petrol, diesel naik dua sen, gas LPG satu sen

20-Okt-2001: Petrol, diesel naik 10 sen seliter mulai hari ini

01-Okt-2000: Harga minyak naik 10 sen -- * Berkuat kuasa hari ini * Masih
rendah berbanding negara jiran

Mula-mula naik 10 sen, kemudian naik 10 sen lagi, kemudian naik 2 sen,
kemudian naik 1 sen, dan akhir sekali 2 sen. Jadi dari tarikh 1-Okt-2000,
total kenaikan harga
minyak ialah 25 sen.

Melainkan kalau tarikh 1-Okt-2000 itu tidak dikira dalam tempoh 3 tahun
(2001, 2002, & 2003; tetapi masih didalam jangka tempoh 36 bulan = 3
tahun!!!)


2)
Dan lagi, komen yang tak jemu-jemu pemimpin kita gunakan; 
"masih rendah berbanding negara lain di rantau ini...".

Biasalah tu!!!!


3)
Mengenai komen;
 
"Kita tidak melihat ada ALASAN bagi menaikkan harga barang dan perkhidmatan
dengan pengumuman mengenai kenaikan ini."

Betul ke komen menteri ni, make sense ke tidak???
Samada betul atau tidak, make sense atau tidak, kita lihat pula
petikan-petikan berikut:


3i)
Dipetik dari The Star bertarikh 3-Mar-2003 dalam ruangan bertajuk "Bus fare
increase irks commuters":

KUALA LUMPUR: Commuters travelling by Metro bus between here and Petaling
Jaya were upset when they discovered they had to pay extra for their tickets
since Saturday.
  
According to the commuters, what made them angry was that the fare increase
from RM1.20 to RM1.60 was not made public by the bus company.


3ii)
Dan juga dari Utusan bertarikh 3-Mac-2003 dalam ruangan bertajuk "Tambang
pengangkutan awam mungkin terpaksa dinaikkan":

KUALA LUMPUR 2 Mac - Persatuan-persatuan pengangkutan awam tidak menolak
kemungkinan akan menaikkan tambang perkhidmatan bagi menampung kos tambahan
akibat kenaikan baru harga minyak.

Rata-rata persatuan yang dihubungi Utusan Malaysia berpendapat, hanya
kenaikan tambang merupakan jalan keluar kepada pertambahan dalam kos operasi
mereka. 

Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia,
Zamri Mahmud berkata, minyak merupakan aspek terpenting dalam pengendalian
operasi sesebuah syarikat pengangkutan.

``Secara purata, 25 peratus kos operasi syarikat-syarikat pengangkutan
adalah berpunca daripada minyak dan sebarang kenaikan minyak pasti akan
memberikan kesan yang nyata.

``Jika tidak ada jalan lain, kita akan memohon kepada kerajaan untuk
menaikkan tambang,'' katanya.

Ujarnya, kenaikkan minyak juga akan harga harga barang keperluan lain dalam
perkhidmatan perdagangan pengangkutan seperti kenaikan alatan ganti
meningkat dan mempengaruhi kos keseluruhan syarikat.
.
.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah dan Kilang
Selangor dan Wilayah Persekutuan, Abdul Ghafar Abdul Ghani berkata, pihaknya
perlu meningkatkan tambang lebih 20 peratus bagi menampung kenaikan baru
harga minyak itu.

``Peningkatan harga minyak itu mempengaruhi kos sebanyak 15 hingga 20
peratus, dan jumlah ini tinggi kerana pihak kami menggunakan beratus-ratus
liter minyak sehari,'' katanya.

>>>>>>

Tu dia!
Hari yang sama harga minyak naik, harga tambang bas Metro pun naik!

Persatuan bas ekspress, bas sekolah, bas kilang, semua nak mintak naik!!!

Menteri tu tak tahu realiti kehidupan kot???

Ya lah... menteri kan tak naik pengangkutan awam, mana dia tahu kan???

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary 
information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all 
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information 
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke