*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Noh beri sebab Rafidah, Rahim tidak didakwa
Laporan Mohd Fuad Razali dan Mohd Anwar Patho Rohman


KUALA LUMPUR, Rabu: Kerajaan bersetuju tidak meneruskan pendakwaan terhadap
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz dan
bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik atas tuduhan
rasuah kerana mengikut nasihat Peguam Negara.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Noh Omar, berkata
walaupun laporan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Bahagian Pendakwaan Jabatan
Peguam Negara ditandatangani Ketua Bahagian Pendakwaan ketika itu, Datuk
Abdul Ghani Patail, keputusan tertakluk kepada kebenaran Peguam Negara
ketika itu, Tan Sri Mokhtar Abdullah.

"Abdul Ghani perlu merujuk kepada Peguam Negara yang lebih berpengalaman
dalam bidang perundangan dan diberi kuasa pendakwaan di bawah Perlembagaan
Persekutuan.

"Di samping itu, kita harus ingat isu ini adalah isu undang-undang yang
boleh diperdebatkan dan selalunya memerlukan perbincangan untuk mendapatkan
pendapat kedua (second opinion).

"Peguam Negara yang diberi kuasa mendakwa sudah pasti akan memastikan kes
yang hendak didakwa sekurang-kurangnya mempunyai peluang 90 peratus untuk
menang," katanya menjawab soalan tambahan Husam Musa (Pas-Kubang Kerian) di
Dewan Rakyat, hari ini.

Husam bertanya sama ada kerajaan akan meneruskan pendakwaan terhadap menteri
dan bekas Ketua Menteri Melaka.

Noh juga berkata, jika selepas perbincangan mendapati ia tidak mencapai
standard pembuktian yang mencukupi, kes itu tidak akan didakwa.

Beliau berkata, dakwaan sesetengah pihak kononnya Jabatan Peguam Negara
membuat pertuduhan terpilih mungkin ada 'kebenaran' kerana Peguam Negara
akan menentukan kes yang mempunyai cukup bukti saja untuk didakwa di
mahkamah.

"Tetapi jika tidak dibuat pemilihan dengan teliti, kita bimbang kes yang
dibawa oleh Peguam Negara akan selalu kalah dan sudah tentu rakyat akan
mempertikai kewibawaan Jabatan Peguam Negara.

"Jika kes ini diteruskan pendakwaannya dan ditakdirkan Peguam Negara kalah
manakala pihak menteri menang, sudah tentu timbul isu baru bahawa ia kerana
campur tangan politik dan sudah tentu kewibawaan mahkamah akan dipertikai,"
katanya.

Malah, katanya, pembangkang akan mengambil peluang untuk menuduh kerajaan
campur tangan dalam menentukan keputusan mahkamah.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20021009234342/A
rticle/

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary 
information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all 
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information 
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke