Date: Fri, 10 Nov 2000 12:23:14 +0800

www.harakahdaily.com
Penjara bukan alasan batalkan debat - Mahfuz

KUALA LUMPUR 9 Nov (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar
mengingatkan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dato' Hishamudin Hussein bahawa
penjara bukan alasan bagi Hishamudin untuk membatalkan debat hak
keistimewaan Melayu.
Beliau berkata demikian dalam satu nota kecilnya kepada Setiausaha Dewan
Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad selepas beliau ditahan untuk dihantar ke
Penjara Kajang.
Beliau meminta Ustaz Idris menghantar surat kepada pemuda Umno bagi
menyatakan hasrat beliau yang mahu tetap meneruskan debat.
"Saya dipenjara selama sebulan tetapi ia bukan alasan bagi Hishamudin
membatalkan debat,"ujarnya, hari ini dalam nota beliau bersama pesanan
beliau kepada keluarganya di Kedah.
Sebaliknya kata Mahfuz, debat boleh d! iadakan selepas beliau keluar dari
penjara nanti dan pemuda Umno boleh meneruskan perundingan dengan Ustaz
Idris bagi menentukan tarikh bila debat mahu diadakan.
Mahfuz bersama Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Salahuddin Ayub
dan aktivis PAS, Haji Jamaluddin Abdul Manaf atau dikenali Pak Amjal di
penjarakan selama sebulan apabila beliau di dapati bersalah berada dalam
perhimpunan yang dikatakan haram ketika membantah kedatangan pasukan kriket
Israel ke negara ini.
Demontrasi pada 4 April 1997 di depan pintu masuk Universiti Malaya (UM)
yang dihadiri lebih 2,000 kerana membantah kehadiran pasukan Israel itu
berakhir dengan tragedi sedih apabila ramai yang dipukul dan ditahan oleh
pihak polis.
Lebih 270 orang ditahan polis dan 54 orang kemudiannya didakwa di mahkamah
tetapi dilepaskan kerana didapati tidak ada kes untuk mensabitkan mereka
sebaliknya diarahkan Mahfuz, Salahuddin, Jamaluddin dan aktivis PAS, Ustaz
Minghat Ma! hmud membela diri di mahkamah.
Perbicaraan beliau berlangsung sehingga 3 tahun lebih dan mahkamah
menjatuhkan hukuman sebulan penjara setiap seorang atau denda RM 1,500.
Peguambela, Mohamad Hanipa Maidin sebelum ini pernah memberitahu mahkamah
bahawa anak guamnya sanggup dipenjarakan supaya tindakan beliau itu akan
menyedarkan pihak kerajaan bahawa umat Islam tidak boleh menerima sikap
berkompromi kerajaan dengan Israel yang ternyata bertindak kejam terhadap
umat Islam Palestin.
Sementara, Salahuddin dalam pesanannya juga mahu kerajaan Malaysia
menghantar nota bantahan kepada rejim haram Israel.
"Sikap kerajaan sehingga sekarang tidak jelas kerana tidak ada sebarang
tindakan diambil bagi menyatakan bantahan kita kepada Israel. Di Parlimen
pula sehingga kini kerajaan belum membuat usul bagi menyatakan bantahan
tersebut," ujarnya.
Comments ? E-mail Us


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products. All with one Wallet.

Kirim email ke