*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Cuba perhatikan kenyataan Utusan: >Perhimpunan tersebut tidak begitu mendapat sambutan kerana ia hanya disertai lebih 1,000 orang di sebalik penganjur mengharapkan penyertaan lebih besar berdasarkan gembar-gembur menerusi Internet dan ceramah pembangkang sejak dua minggu lalu. >Ketua Polis Selangor, Datuk Nik Ismail Nik Yusof memberitahu, pihaknya dengan keanggotaan kira-kira 700 orang berjaya menghalang cubaan mengadakan perhimpunan itu setelah membuat sekatan jalan raya di setiap jalan masuk ke Jalan Kebun sejak semalam. Mana satu yang betul ni? Adakah perhimpunan tidak mendapat sambutan... Atau kerana polis dengan anggota seramai 700 orang menghalang dengan membuat sekatan jalanraya di setiap jalan masuk??? Sekiranya polis yang berjaya menghalang tidak bermakna perhimpunan tidak mendapat sambutan! Konklusi yang pihak utusan buat adalah salah atau tidak berasas. Kenyataan itu hanya betul sekiranya tidak ramai yang datang dan tiada sekatan oleh pihak polis. Tak gitu??? 122 ditahan terlibat perhimpunan haram di Klang KLANG 5 Nov. - Polis berjaya menggagalkan percubaan penyokong parti pembangkang yang mengadakan perhimpunan haram secara besar-besaran atau lebih dikenali 'Perhimpunan 100,000 Rakyat' di Jalan Kebun dekat sini petang ini. Sehingga malam ini, polis menahan 122 orang yang dipercayai terlibat dalam perhimpunan haram itu termasuk beberapa orang wanita. Perhimpunan tersebut tidak begitu mendapat sambutan kerana ia hanya disertai lebih 1,000 orang di sebalik penganjur mengharapkan penyertaan lebih besar berdasarkan gembar-gembur menerusi Internet dan ceramah pembangkang sejak dua minggu lalu. Agensi berita Reuters turut melaporkan demonstrasi itu dihadiri 'hampir 1,000 orang.' Sementara itu, seorang pegawai polis, Inspektor Azmi Yahaya, 35, dari Cawangan Khas cedera parah di kepala dipercayai dipukul dengan topi keledar semasa menyuraikan penunjuk perasaan di Perhentian Tol Kota Kemuning. Beberapa orang jurugambar pula dikejar dan ditendang di bahagian belakang, ketika bertugas berhampiran perhentian itu. Polis terpaksa menggunakan pancutan gas pemedih mata dan pancutan air bagi menghalang perhimpunan haram itu. Tindakan itu dibuat setelah mereka enggan mematuhi arahan polis dengan cuba berarak menuju ke Jalan Kebun tempat berlangsungnya 'Perhimpunan 100,000 Rakyat'. Selain di Jalan Kebun, beberapa perarakan haram juga didapati diadakan di Perhentian Tol Awan Besar, Petaling, Perhentian Tol Bukit Kemuning, Taman Seri Andalas dan Johan Setia dekat Jalan Banting. Dalam pada itu, polis terutama anggota-anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal ketat di lima kawasan yang menjadi tumpuan dan tempat berkumpul para penyokong parti pembangkang sejak awal lagi. Kelima-lima kawasan itu ialah Perhentian Tol Kota Kemuning, kawasan Lebuh Raya Kesas berhampiran Jalan Kebun, Johan Setia di Jalan Banting, Taman Seri Andalas di Klang dan Perhentian Tol Awan Besar di Petaling. Ketua Polis Selangor, Datuk Nik Ismail Nik Yusof memberitahu, pihaknya dengan keanggotaan kira-kira 700 orang berjaya menghalang cubaan mengadakan perhimpunan itu setelah membuat sekatan jalan raya di setiap jalan masuk ke Jalan Kebun sejak semalam. Beliau berkata, perhimpunan yang diadakan hari ini tidak mendapat permit, dan mengakui ada sesetengah penyokong pembangkang menghalang tugas mereka. ''Ada di kalangan mereka bersurai bila diarahkan oleh polis dan ada setengah masih degil dengan melanggar arahan tetapi keadaan keseluruhannya adalah terkawal,'' katanya di Sekolah Menengah Jalan Kebun yang dijadikan markas sementara polis dalam operasi berkenaan. Tinjauan Utusan mendapati, kesemua pemimpin pembangkang termasuk Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hadir di perhimpunan itu. Difahamkan, para pemimpin itu berkumpul di Perhentian Tol Awan Besar kira-kira pukul 2.30 petang sebelum berarak menuju ke Jalan Kebun. Ekoran perhimpunan haram itu, berlaku kesesakan jalan raya sepanjang lima kilometer yang bermula daripada susur keluar Shah Alam menghala ke Klang sejak tengah hari membawa ke lewat petang. Dalam pada itu, polis bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk menggunakan sekolah terbabit sebagai markas sekiranya keadaan memerlukan. Tinjauan juga mendapati, sekolah berkenaan dijadikan markas polis sejak semalam dengan menempatkan tempat bilik mesyuarat pegawai polis, anggota FRU dan tempat letak helikopter pasukan berkenaan. © UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>