www.harakahdaily.com

Surat Pembaca: Tahniah Buat Mahfuz

Saya telah membaca berita mengenai YB Hj Mahfuz Omar memilih untuk
dipenjarakan sebulan daripada membayar denda RM1500.00 kepada kerajaan yang
zalim pada jam 3.52 ptg, 9 Nov, 2000. Saya mengambil kesempatan ini
merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kerana Mahfuz telah
mengambil tindakan yang tepat. Saya meyifatkan tindakan ini tepat kerana
beberapa alasan berikut:

i. Ia sebagai satu protes terbuka terhadap kerajaan yang zalim yang ada pada
hari ini dan protes terbuka ini dilakukan oleh Mahfuz sebagai mewakili
rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran.

ii. Ia juga merupakan mesej kepada seluruh rakyat bahawa Pemuda PAS bersedia
untuk berkorban apa sahaja demi membuktikan bahawa mereka bersama-sama
rakyat Palestin dan masyarakat Islam dunia untuk menentang kekejaman dan
kezaliman Israel yang membunuh dan membantai umat Islam di Pale! stin. Ini
kerana Mahfuz dipenjarakan kerana membantah tindakan kerajaan Malaysia
membenarkan pasukan kriket Israel menjejakkan kaki mereka yang berlumuran
darah umat Islam itu ke bumi Malaysia.

iii. Tindakan ini juga merupakan amaran kepada Mahathir Mohamad dan
konco-konconya bahawa umat Islam di Malaysia dan Pemuda PAS khususnya tidak
pernah takut dengan ugutan, gertakan, ancaman untuk mengenakan pelbagai
tindakan jahat kepada pejuang kebenaran dan keadilan. Wahai Mahathir
Mohamad, ingat dibuang daerah kami melancong, dipenjara kami beruzlah dan
dibunuh kami syahid.

iv. Tindakan Mahfuz ini telah menaikkan semangat pemuda Islam khususnya
Pemuda PAS bahawa mereka tidak perlu takut kepada tindakan zalim pemerintah
kepada mereka dalam memperjuangkan kebenaran. Insya Allah ribuan pemuda
Islam bersedia menjadi 'banduan' bersama Mahfuz dalam perjuangan ini.

v. Masuk penjara merupakan peluang Mahfuz untuk menyampaikan mesej
! perjuangan kepada teman-teman atau rakan-rakan sepenjaranya. Ini berlaku di
kalangan pejuang Ikhwanul Muslimin dimana apabila mereka keluar dari penjara
maka banduan yang masih tetap dipenjara merasa kehilangan teman yang sering
membimbing dan mendidik mereka di dalam penjara.

Akhir sekali, kepada saudara ku Mahfuz, inilah kesempatan untuk saudara
memantapkan syaksiyah mujahid yang selama ini memang telah tertanam dalam
diri saudara.

Syabas, kami tetap mendoakan kesejahteraan saudara. Allahu Akbar, Allahu
Akbar, Allahu Akbar. Pimpinan Pemuda PAS Perlis.

Comments ? E-mail Us




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products. All with one Wallet.

Kirim email ke