*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pemimpin umno kata larangan wanita mengambil bahagian dalam konsert &
hiburan:
1) bercanggah dengan perlembagaan negara
2) mencabul hak asasi manusia
3) menakutkan orangramai serta pelancung untuk ke Kelantan
4) menghibur juga perlu dikira sebagai pekerjaan dan sebagai sumber mata
pencarian

Pemimpin Pas kata:
1) memastikan masalah keruntuhan moral di Kelantan dapat diperbaiki

Apabila berlaku pertembungan diantara kepentingan dunia dengan
kepentingan/tuntutan agama, kita akan dapat lihat siapa yang meletakkan
kepentingan dunia mengatasi kepentingan agama...

Agaknya kira serupa dgn isu business arak & judi!!!


Tindakan haramkan wanita sertai seni jejas pelancongan 


KUALA LUMPUR, Khamis: Tindakan Kerajaan Pas Kelantan mengharamkan wanita
mengambil bahagian dalam konsert atau menyertai acara hiburan lain
bercanggah dengan perlembagaan negara.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Paduka Abdul Kadir
Sheikh Fadzir, berkata larangan seperti itu mencabul hak asasi manusia dan
tidak wajar diamalkan dalam negara yang cuba meningkatkan tahap wanita
supaya dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

"Mungkin mereka tidak tahu bahawa hak asasi manusia termaktub dalam
perlembagaan negara dan kerajaan negeri tidak berkuasa membuat sebarang
peraturan atau mengenakan syarat yang bercanggah dengannya. Sekiranya wujud
perbezaan, kuasa Kerajaan Pusat diberi keutamaan.

"Tambahan pula tindakan seumpama ini hanya menakutkan orang ramai serta
pelancong yang hendak ke sana, sekali gus menjejaskan industri berkenaan dan
merugikan negeri itu," katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung ke-20
Persekutuan Biro Audit Pengedaran Antarabangsa (IFABC), di sini, hari ini.

Beliau berkata , pihak kementerian belum memutuskan langkah seterusnya
berhubung perkara itu tetapi memberi jaminan akan menyiasat isu itu yang
dilaporkan akhbar hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang mengatakan
dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri semalam, Penasihat Undang-Undang Pas
negeri, Ahmad Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata wanita diharamkan
mengadakan konsert atau pertunjukan hiburan di Kelantan, termasuk
pertunjukan kumpulan rock dan pop.

Pengharaman itu merangkumi semua pertunjukan di hotel dan pusat peranginan
tanpa membezakan taraf hotel.

Beliau berkata, pengharaman itu dibuat bagi memastikan masalah keruntuhan
moral di Kelantan dapat diperbaiki. Ahmad Takiyuddin juga mendakwa
pelaksanaan larangan itu mendapat sokongan 100 peratus penduduk Kelantan.

Sementara itu, Menteri Penerangan, Tan Sri Khalil Yaakob menyifatkan
pembangkang mengamalkan diskriminasi dengan menghalang wanita mengadakan
pertunjukan di Kelantan.

Katanya, pembangkang tidak sepatutnya berbuat demikian dengan mengambil kira
bahawa tugas menghibur juga perlu dikira sebagai pekerjaan dan sebagai
sumber mata pencarian.

"Belanjawan alternatif 2003 yang dijangka dibentangkan barisan pembangkang
tidak berapa lama lagi dikatakan akan menjurus kepada penambahan peruntukan
bagi wanita, tetapi apa yang dilakukan sekarang tidak memihak kepada
golongan itu.

"Pas dalam kenyataannya mengatakan akan membantu wanita tetapi saya tidak
nampak bagaimana mereka ingin membantu jika menyekat mata pencarian
sesetengah golongan," katanya selepas merasmikan Pameran Foto Media
Antarabangsa 2002 di Balai Seni Lukis Negara di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Khalil berkata, halangan itu tidak akan menjejaskan Radio dan
Televisyen Malaysia (RTM) daripada menjalankan sebarang aktiviti persembahan
membabitkan wanita. 

"Jika undang-undang itu dilaksanakan di Kelantan, kita (RTM) tidak akan
terjejas. Jika ada jemputan golongan tertentu untuk mengadakan pertunjukan,
kita akan penuhi permintaan mereka dengan memberi peluang kepada semua
artis," katanya.

Pengerusi Kehormat Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Zaienal Abidin
Omar, berkata pihaknya sudah menghantar surat kepada Menteri Besar Kelantan,
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya diadakan perbincangan mengenai
pengharaman itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, Karyawan hanya bersedia menemui Nik Aziz jika
beliau bersetuju mengadakan perbincangan dua hala dan tidak sekadar hanya
menyampaikan hujahnya saja.

"Jika beliau (Nik Aziz) memuktamadkan semua keputusan dan hanya ingin
menyampaikan hujahnya saja, pertemuan itu nanti akan menjadi sia-sia,"
katanya.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20020919220105/Art
icle/


 

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary 
information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all 
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information 
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke