*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sudah semacam perkara biasa sekarang  'ustaz' dan Islam itu suatu
perkara yang tidak boleh dipisahkan.

Apa yang kita faham dengan gelaran ustaz itu ialah orang yang ada
kebolehan mengajar pengetahuan agama kepada orang ramai. Samada mereka
itu bertauliah atau tidak, samada mereka itu bersekolah tinggi atau
bersekolah rendah sahaja mereka tetap dipanggil ustaz kalau sudah
kerjanya mengajar ilmu agama.

Nampaknya 'ustaz'  ini sudah menjadi satu profesion atau satu bidang
pekerjaan pula kepada orang kita.

Ada ustaz yang dibayar gaji oleh kerajaan, ada ustaz yang kerja mengajar
disekolah swasta dan ada ustaz yang dibayar saguhati atau upah setiap
kali memberi ceramah.

Ada ustaz yang masuk parti politik dan menang bertanding, jadilah mereka
ADUN atau MP.

Di zaman sekarang ini yang mana orang ramai begitu dahagakan ilmu Islam
dan mahu anak-anak mereka menjadi anak yang solleh dan sollehah, kerjaya
ustaz telah mendapat permintaan yang tinggi. Sekarang ini pendapatan
ustaz juga agak mewah berbanding zaman lampau, malah setanding dengan
orang yang bekerja sebagai pengurus bank, jurutera atau
sekurang-kurangnya sama seperti guru sekolah. Tidak hairan kalau hari
ini ada ustaz yang pakai mersedes, volvo dan BMW. Ada rumah dua tiga
biji.

Kita tak pasti bila gelaran  'ustaz' ini bermula dalam masyarakat Islam
dan kita tidak pernah dengar pula sebutan Ustaz Abu Bakar As Sidiq,
Ustaz Umar Al Khatab, Ustaz Othman Ibnu Affan atau Ustaz Ali Abi Talib
walaupun mereka itu juga pernah mengajar ilmu   agama kepada orang
ramai. Nak kata mereka itu tidak digelar ustaz kerana ilmu agama mereka
kurang atau tak masuk universiti tak tepat juga.

Mungkin juga kerana orang-orang di zaman sahabat ini bila mengajar ilmu
agama mereka itu tidak mendapat apa-apa upah dan gaji, jadi mereka tidak
bolehlah dipanggil ustaz, sebab ustaz itu dah jadi satu pekerjaan. Bila
dah jadi pekerjaan mesti ada gaji.

Bolehlah kita simpulkan, kalau betul tanggapan ini, seseorang itu hanya
boleh digelar ustaz kalau kerjanya mengajar ilmu agama dan pada masa
yang sama mereka dibayar gaji atau upah kerana kerjanya itu.

Apakah dibolehkan mengambil upah hasil mengajarkan agama?

Apakah keburukan dan kebaikan bila kerja mengajar ilmu agama dibayar
gaji?

Apakah sindrom syaitan bisu ada kaitan dengan menjadikan mengajar ilmu
agama sebagai pekerjaan untuk menyara hidup?

Apakah Al Quran yang perlu ditafsir semula atau pelaksanaan dan
penghayatannya yang perlu disemak semula?

Fikirkan, fikirkan……
http://www.geocities.com/aliasof2/islam.htm



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: alias yusof <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke