www.mahazalimtwo.tripod.com


Usaha Madey dan kuncu-kuncunya yang berselindung di sebalik uniform polis
dan FRU untuk menyekat perhimpunan Rakyat di Jalan Kebun, Klang meskipun
nampak macam berjaya namun pada hakikatnya mereka telah gagal sama sekali.
Walaupun tidak disiarkan di dada TV kononnya untuk menunjukkan bahawa
perhimpunan itu tidak penting namun melihatkan usaha dan cara mereka
menghalang limpahan rakyat dengan cara membuat sekatan jalanraya membuktikan
mereka sentiasa bimbang dan resah. Malah tindaktanduk ganas mereka
berhadapan rakyat tidak bersenjata dan tidak mahu bertempur dengan pihak
beruniform menunjukkan betapa terdesaknya Madey dengan jika jayanya
perhimpunan ini. Perhimpunan ini saya sifatkan berjaya kerana memang jelas ,
ratusan ribu rakyat turun memberikan sokongan sekaligus membuktikan rakyat
sentiasa bersetuju bahawa kerajaan sekarang sememangnya pincang dan korupsi.
Memang mereka berjaya menyekat rakyat berhimpun tetapi kejayaan mereka ha! nya
setakat itu.
Kami tiba di satu lorong perkampungan kira-kira 2 km dari tapak perhimpunan
merupakan jarak terdekat boleh sampai setelah 3 jalan biasa disekat dengan
hebat. Kenderaan untuk ke Pekan Banting disekat sama sekali untuk laluan
walaupun urusan apapun. Demikian ketakutannya mereka ini. Laluan kedua juga
menemui kegagalan namun ribuan rakyat tidak berpuashati berdiri sepanjang 1
km dari sekatan jalanraya dibuat. Mencari laluan ke 3 akhirnya membawa ke
satu simpang terdekat lebihkurang 2 km dari tapak perhimpunan. Sejurus kami
tiba, YB Mat Sabu juga tiba bagaikan pahlawan serta disambut dengan takbir
oleh rakyat . Tanpa gentar, beliau terus ke saf hadapan berdepan dengan FRU
dan Polis. Keberanian beliau disertai lebihkurang 4,000 rakyat. Lorong
bertar ini sebenarnya agak padat dengan rumah orang kampung. Oleh kerana
sekatan dibuat, akhirnya persimpangan ini dengan sekejap dipenuhi oleh
rakyat. Namun seperti biasa, FRU sepert! i hilang pertimbangan dan peri
kemanusiaan dengan biadapnya menembak bertin-tin pemedihmata dan jirusan air
berasid kepada rakyat tanpa mengira kehadiran kanak-kanak dan wanita. Mereka
juga mengenepikan sifat perikemanusiaan mereka dan rakyatlah yang sebenarnya
membayar gaji mereka dengan balasan semburan air berasid dan pemedih-pemedih
mata tanpa mengira perkampungan orang.
Dengan sekelip mata., perkampungan itu penuh dengan asap yang menyiksa.
Namun bukan mudah untuk menewaskan rakyat kerana dengan sekelip mata rakyat
kembali mengukuhkan benteng. YB Mat Sabu memang teruji kepetahan berpidato
malah merupakan wira yang teruji kelasakan fisikal, tegak beliau basah
dipancut namun berganjak tidak juga. Syabas YB.. Ramai membasuh muka dengan
air di surau berdekatan. Babak menghambat rakyat dengan ugutan pukulan dan
sebagaimya. Sedikit pun rakyat tidak bertindak balas walaupun dilorong itu
terdapat batu-batu kecil dan kayu-kayu.Namun jangan d! iuji kesabaran rakyat,
takut-takut trend bertindak rakyat Palestin berjangkit ke Malaysia pulak!!
Sketsa ini bukan satu drama tetapi hakikat yang sedang berlangsung dan ini
hanya satu sudut lorong satu kampung dimana rakyat cuba menghampiri tapak
perhimpunan. Dari perkhabaran melalui handphone, rakyat beribu-ribu
berkumpul di Highway Bukit Kemuning, Jalan Klang-Banting, Jalan Kapar juga
beberapa lokasi lagi menunjukkan hakikat sokongan rakyat untuk membasmi
kezaliman belum terpadam malah terus menyala dengan marak yg akhirnya akan
membakar hangus unggun-unggun diktatorship Madey, insyallah.............
Cyber Narrator



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products. All with one Wallet.

Kirim email ke