Kalau benar sungguh media tidak sensasikan istilah 'samseng' dan sekadar mendedahkan isu sebagaimana yang didakwa oleh Datuk ZAM, Datu ZAM seharusnya juga 'mendedahkan' ucapan-ucapan PM yang memperlekehkan hukum-hukum Allah, sunnah Nabi, memperlekehkan kedudukan hadis dan ulamak bagi menepati kedudukan integriti atas apa yang beliau ucapkan untuk pengetahuan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai sesuatu yang boleh memesongkan akidah.

 
13 Ogos, 2002 15:40PM

Zam: Media Tidak Sensasikan Istilah Samseng

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Media tidak mensensasikan istilah `samseng' yang digunakan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam huraiannya untuk menjelaskan sifat-sifat Allah, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Datuk Zainuddin Maidin.

Beliau berkata tugas media khususnya Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanyalah mendedahkan isu itu untuk pengetahuan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai sesuatu yang boleh memesongkan akidah.

"Kita bukan mensensasikan, kita mendedahkan. Kalau tidak didedahkan orang ramai khususnya orang kampung tidak tahu dan mereka percaya setiap maklumat yang disampaikan oleh kumpulan yang menganggap diri mereka sebagai ulama," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas dakwaan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) bahawa media sengaja mensensasikan isu `samseng' yang digunakan Nik Aziz dalam ucapannya.

Isu itu bermula pada 31 Julai lepas apabila Nik Aziz mempertahankan kenyataannya yang mengatakan Allah S.W.T itu lebih samseng daripada semua samseng yang terdapat di dunia berdasarkan tiga sifatNya iaitu Al-Mutakabbir, Al-Jabbar dan Al-Muttaqin.


-- BERNAMA


_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient,
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp

Kirim email ke