*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wahyu Terakhir

Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan
sesudah waktu Asar iaitu pada hari Jumaat di Padang
Arafah pada musim haji penghabisan (Wada')

Pada masa itu Rasulullah S.A.W. berada di Padang
Arafah di atas unta. Ketika ayat ini diturunkan
Rasulullah tidak begitu jelas penerimaan nya, untuk
mengingati isi dan makna yang terkandung di dalam ayat
tersebut, Baginda bersandar pada unta beliau sambil
unta tersebut duduk perlahan-lahan.

Setelah itu turun malaikat Jibrail A.S dan
berkata:"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini
telah aku sempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah
apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. dan demikian
juga apa yang terlarang olehNya.Oleh itu kamu
kumpulkan para sahabatmu dan beritahu mereka bahawa
hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan
kamu."

Sebaik sahaja malaikat Jibrail A.S pergi maka
Rasulullah S.A.W pun berangkat ke Mekah dan terus ke
Madinah.

Setelah Rasulullah S.A.W mengumpulkan para sahabat
beliau, maka Rasulullah pun menceritakan apa yang
telah di
beritahu oleh malaikat Jibrail A.S. Apabila para
sahabat mendengar hal demikian maka mereka pun gembira
sambil
berkata:"Agama kita telah sempurna! agama kita telah
sempurna!"

Apabila Abu Bakar mendengar keterangan Rasulullah
S.A.W. itu, dia tidak dapat menahan kesedihannya maka
dia pun
kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis. Abu
Bakar menangis dari pagi hingga ke malam.

Kisah tentang Abu Bakar r.a menangis telah sampai
kepada sahabat yang lain, maka berkumpullah para
sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a dan mereka
berkata:"Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat
kamu menangis sehingga sebegini sekali keadaan mu?
Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah
sempurna."

Mendengar pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar
r.a pun berkata:" Wahai para sahabatku, kamu semua
tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah
kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah
sempurna maka akan kelihatan lah kekurangannya. Dengan
turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan
perpisahan kita dengan Rasulullah S.A.W. Hasan dan
Husin menjadi yatim dan para isteri Nabi menjadi
janda."

Setelah mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a maka
sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar
r.a, lalu mereka menangis. Tangisan mereka telah di
dengar oleh para shabat yang lain, maka mereka pun
terus memberitahu Rasulullah S.A.W. tentang apa yang
mereka lihat itu.

Salah seorang dari sahabat berkata:" Ya Rasulullah,
kami baru balik dari rumah Abu Bakar r.a dan kami
dapati ramai orang menangis dengan suara yang kuat di
hadapan rumah beliau."

Apabila Rasulullah mendengar keterangan dari sahabat
itu, maka berubahlah muka Rasulullah dan dengan segera
beliau bergegas ke rumah Abu Bakar r.a.

Sebaik sahaja Rasulullah sampai di rumah Abu Bakar r.a
maka Rasulullah S.A.W melihat kesemua mereka yang
menangis dan bertanya. "Wahai sahabatku, kenapakah
kamu semua menangis?" Kemudian Ali r.a berkata:" Ya
Rasulullah S.A.W., Abu Bakar mengatakan dengan
turunnya ayat ini membawa tanda bahawa wafat mu telah
dekat. Adakah ini benar, ya Rasulullah?"

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:" Semua yang dikata
oleh Abu Bakar r.a adalah benar dan sesungguhnya masa
untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat."

Sebaik sahaja Abu Bakar r.a mendengar pengakuan
Rasulullah S.A.W maka dia menangis sekuat tenaganya
sehingga dia jatuh pengsan sementara Ali r.a pula
mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang
lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu.
Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang
dilangit, cacing- cacing serta semua binatang baik di
darat mahu pun di laut turut menangis.

Kemudian Rasulullah S.A.W. bersalam dengan para
sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka.
[Kisah Rasulullah S.A.W hidup selepas turunnya ayat
terakhir itu ada yang menyatakan 81 hari, 50 hari, 35
hari dan ada juga yang mengatakan 21 hari.


Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah S.A.W., beliau
menyuruh Bilah bin Rabah azan untuk mengerjakan solat,
lalu berkumpullah para Muhajirin dan Ansar di masjid
Rasulullah S.A.W. kemudian Rasulullah menunaikan solat
2 rakaat bersama semua yang hadir. Setelah selesai
mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas
mimbar dan berkata: "Alhamdulillah, wahai para
muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang Nabi yang
diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan
izin Nya, dan saya ini adalah sebagai saudara kandung
kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti
seorang ayah. Oleh itu kalau sesiapa mempunyai hak
untuk dituntut, maka hendaklah dia bangun dan
memberitahu saya sebelum saya dituntut di hari
kiamat."

Rasulullah berkata sebanyak tiga kali kemudian bangun
seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah Bin Muhshan' dan
berkata:" Demi ayah dan ibuku Ya Rasulullah S.A.W.,
kalau anda mengumumkan kepada kami berkali- kali sudah
tentu saya tidak mahu mengemukakan hal ini." Lalu
'Ukasyah berkata lagi:"Sesungguhnya dalam perang
Badar, saya bersamamu Ya Rasulullah, pada masa itu
saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat
saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya
dapat mencium peha anda, tetapi anda telah mengambil
tongkat dan memukul unta anda supaya berjalan cepat,
yang mana pada masa itu anda terpukul pada tulang
rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda
sengaja atau cuma hendak memukul unta tersebut."

Rasulullah S.A.W. berkata:" Wahai Ukasyah, Rasulullah
sengaja memukul kamu."

Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata kepada Bilal r.a.:
"Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan
tongkat aku ke mari."

Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah
sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan
berkata:"Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk di
balas (qishash)."

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun
memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a
menyahut dengan berkata:" Siapakah di pintu?"

Lalu Bilal berkata:"Saya Bilal, saya diperintahkan
oleh Rasulullah S.A.W. untuk mengambil tongkatnya."

Kemudian Fatimah berkata:" Wahai Bilal, untuk apa
ayahku meminta tongkatnya?"

Bilal berkata:"Wahai Fatimah, Rasulullah S.A.W. telah
menyediakan dirinya untuk di qishash." Fatimah
bertanya
lagi:"Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai
hatinya untuk mengqishash Rasulullah S.A.W.?"

Bilal tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a., sebaik
sahaja Fatimah r.a memberikan tongkat tersebut maka
Bilal pun membawa nya kepada Rasulullah S.A.W.

Setelah Rasulullah S.A.W. menerima tongkat tersebut
dari Bilal maka beliau pun menyerahkan kepada
'Ukasyah'. Melihat hal yang demikian maka Abu Bakar
r.a. dan Umar r.a tampil ke hadapan sambil
berkata:"Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash
baginda Rasulullah S.A.W., tetapi kamu qishashlah kami
berdua."

Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar kata-kata Abu
Bakar dan Umar maka dengan segera baginda
berkata:"Wahai Abu Bakar dan Umar, duduk lah kamu
sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempat
untuk kamu berdua."

Kemudian Ali r.a. bangun lalu berkata:"Wahai 'Ukasyah!
aku adalah orang yang sentiasa berada disamping
Rasulullah S.A.W. oleh itu kamu pukul lah aku dan
janganlah kamu mengqishash Rasulullah S.A.W."

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:" Wahai Ali, duduklah
kamu, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan
tempatmu dan mengetahui isi hati mu."

Setelah itu Hasan dan Husin bangun dan berkata: "Wahai
'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini
adalah cucu Rasulullah S.A.W., kalau kamu mengqishash
kami sama dengan kamu mengqishash Rasulullah S.A.W."

Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah S.A.W. pun
berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua."

Rasulullah S.A.W. berkata:" Wahai 'Ukasyah, pukul lah
saya kalau kamu hendak memukul."

Kemudian 'Ukasyah berkata:" Ya Rasulullah S.A.W. anda
telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju."

Maka Rasulullah S.A.W. pun membuka baju, sebaik sahaja
Rasulullah S.A.W. membuka baju maka menangislah semua
yang hadir.

Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah
S.A.W. maka dia pun mencium beliau dan berkata: "Saya
tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah S.A.W.
Siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan
begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda
yang dimuliakan oleh Allah S.W.T. dengan badan saya
dan Allah S.W.T menjaga saya dari neraka dengan
kehormatanmu."

Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:"Dengarlah kamu
sekelian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga,
inilah orangnya."

Kemudian semua para jemaah bersalaman atas kegembiraan
mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu.
Setelah itu para jemaah berkata:" Wahai 'Ukasyah,
inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau
telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan
Rasulullah S.A.W. di dalam syurga."

Apabila ajal Rasulullah S.A.W. makin hampir maka
beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah
r.a dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua
semoga Allah S.W.T. mengasihi kamu semua, saya
berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa
kepada Allah S.W.T. dan mentaati segala perintahnya.
Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu
semua hampir dekat. Kalau telah sampai ajalku maka
hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas
hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah
menolong keduanya.

Setelah itu kamu kapani aku dengan pakaianku sendiri
apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku
dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan
aku, maka hendaklah kamu letakkan aku diatas diatas
balai tempat tidurku dalam rumah ku ini. Setelah itu
kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan ku. Pertama
yang akan mensolatkan aku ialah Allah S.W.T., kemudian
yang akan mensolatkan aku ialah Jibrail A.S., kemudian
diikuti oleh malaikat Izrail berserta dengan semua
para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk
beramai-ramai bersolat ke atasku."

Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang
sungguh menyayat hati itu maka mereka menangis dengan
nada yang keras dan berkata:" Ya Rasulullah S.A.W.,
anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan
untuk semua yang mana selama ini anda memberi kekuatan
dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang
menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada
nanti siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan
yang timbul nanti?"

Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:" Dengarlah para
sahabatku aku tinggalkan kamu semua jalan yang benar
dan jalan yang terang dan telah aku tinggalkan kepada
kamu semua, dua penasihat yang satu daripadanya pandai
bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai
bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah
Maut.

Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit diantara
kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada
Al-Quran dan Hadisku dan sekiranya hati kamu itu
berkeras maka lembutlah dia dengan mengambil
pengajaran dari mati."

Setelah Rasulullah S.A.W. berkata demikian, maka sakit
Rasulullah S.A.W. bermula. Dalam bulan Safar
Rasulullah sakit selama 18 hari dan sering diziarahi
oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan
bahawa Rasulullah S.A.W. diutus pada hari isnin dan
wafat pada hari isnin.

Pada hari isnin, sakit Rasulullah S.A.W. bertambah
berat, setelah Bilal r.a. selesai azan subuh, maka
Bilal r.a pun pergi ke rumah Rasulullah S.A.W.
Sesampainya Bilal r.a di rumah Rasulullah S.A.W., maka
Bilal r.a pun memberi salam: "Assalamualaikum ya
Rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a:
"Rasulullah S.A.W. masih sibuk dengan urusan beliau."

Setelah Bilal r.a mendengar penjelasan dari Fatimah
r.a maka Bilal pun kembali ke masjid tanpa memahami
kata-kata Fatimah r.a itu.

Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal
pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah S.A.W. dan
memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam
Bilal r.a telah didengar oleh Rasulullah dan baginda
berkata:"Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku
ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar
mengimamkan solat Subuh berjemaah dengan mereka yang
hadir."

Setelah mendengar kata-kata Rasulullah S.A.W. maka
Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil
meletakkan tangannya diatas kepala dengan berkata:"
Aduh musibah!"

Sebaik sahaja Bilal sampai di masjid maka Bilal pun
memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah
Rasulullah S.A.W. kata kan kepadanya.

Abu Bakar tidak dapat menahan dirinya apabila melihat
mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar
r.a menangis sehingga jatuh pengsan.

Melihat peristiwa itu, maka riuh rendahlah di dalam
masjid sehingga Rasulullah bertanya kepada Fatimah
apakah yang berlaku?" Maka Fatimah
memberitahu:"Kekecohan kaum muslimin sebab anda tidak
pergi ke masjid."

Kemudian Rasulullah memanggil Ali r.a dan Fadhl bin
Abas, lalu Rasulullah S.A.W. bersandar kepada kedua
mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah
S.A.W. sampai di masjid maka beliau pun bersolat Subuh
bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai solat Subuh maka Rasulullah S.A.W. pun
berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa
dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah S.W.T., oleh
itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T.
dan mengerjakan segala perintahNya.Sesungguhnya aku
akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari
ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari
terakhir aku di dunia.

Setelah berkata demikian, maka Rasulullah S.A.W. pun
pulang ke rumah beliau.

Kemudian Allah mewahyukan kepada malaikat
Izrail:"Wahai Izrail, pergilah kamu kepada kekasihku
dengan sebaik-baik rupa dan apabila kamu hendak
mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan
cara yang paling lembut sekali.Apabila kamu pergi
kerumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau
di izinkan kamu masuk maka masuklah kamu ke rumahnya
dan kalau dia tidak mengizinkan kamu masuk maka
hendaklah kamu kembali kepada ku.

Sebaik sahaja malaikat Izrail mendapat perintah dari
Allah S.W.T. maka malaikat Izrail pun dengan segera
menyerupai seorang Arab Badwi. Setelah malaikat Izrail
sampai dihadapan rumah Rasulullah S.A.W. maka dia pun
memberi salam:"Assalamu alaikum yaa ahla baitin
nunuwwati wa ma danir risaalati
aadkhulu?"(Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu
sekelian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber
risalah, bolehkah saya masuk?")

Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka dia
pun berkata:"Wahai hamba Allah, Rasulullah S.A.W.
sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."

Kamudian malaikat Izrail berkata lagi seperti
permulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah
didengar oleh Rasulullah S.A.W. dan Rasulullah S.A.W.
bertanya kepada Fatimah r.a:" Wahai Fatimah, siapakah
di depan pintu itu."

Maka Fatimah r.a berkata:"Ya Rasulullah, ada seorang
Arab Badwi memanggilmu dan aku telah katakan kepadanya
bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia
memandang saya dengan tajam sehingga merasa mengigil
badan saya."

Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:"Wahai Fatimah,
tahu kah kamu siapakah orang itu?"

Jawab Fatimah:"Tidak ayah."

Dia adalah malaikat Izrail, malaikat yang akan
memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan
perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua
rumah serta meramaikan penghuni kubur."

Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi
setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan
ayahnya telah hampir, dia menangis sepuas-puasnya.

Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar tangisan Fatimah
maka beliau pun berkata:" Janganlah engkau menangis
wahai Fatimah, engkaulah orang pertama dalam
keluargaku akan bertemu dengan aku."

Kemudian Rasulullah S.A.W. menjemput malaikat Izrail
masuk. Maka malaikat Izrail pun masuk dengan
mengucap:"Assalamualaikum ya Rasulullah."

Lalu Rasulullah menjawab:"Wa alaikas saalamu, wahai
Izrail engkau datang menziarahi aku atau untuk
mencabut
rohku?"

Izrail berkata:"Kedatangan saya adalah untuk
menziarahi mu dan mengambil roh mu, itupun kalau kamu
izinkan, kalau tidak izinkan maka aku akan kembali."

Rasulullah berkata:"Wahai Izrail, dimanakah kamu
tinggalkan Jibrail?"

Izrail berkata:"Saya tinggalkan Jibrail A.S. di langit
dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."

Tidak berapa saat kemudian, Jibrail A.S. pun turun dan
duduk dekat kepala Rasulullah S.A.W. Apabila
Rasulullah
S.A.W. melihat kedatangan Jibrail A.S. maka Rasulullah
S.A.W. pun berkata:"Wahai Jibrail, tahukah kamu bahawa
ajalku sudah dekat?"

Jibrail berkata:" Ya, aku memang tahu."

Rasulullah S.A.W. bertanya lagi:"Wahai Jibrail
beritahu kepadaku kemuliaan yang mengembirakan aku
disisi Allah S.W.T."

Jibrail A.S. berkata:"Sesungguhnya semua pintu langit
telah dibuka, para malaikat bersusun rapi mananti roh
mu di langit. Kesemua para bidadari sudah berhias
menanti kehadiran rohmu."

Rasulullah S.A.W. berkata:"Sekarang kamu katakan pula
tentang umatku pada hari Kiamat nanti."

Jibrail A.S berkata:" Allah S.W.T. telah berfirman:
"Sesungguhnya Aku telah melarang semua nabi masuk ke
syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku
juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umat
mu
memasuki syurga."

Rasulullah S.A.W. berkata:"Wahai Izrail, dekat lah
kamu kepadaku."

Setelah itu malaikat Izrail pun memulakan tugasnya
apabila roh itu sampai pada pusat, maka Rasulullah
S.A.W. pun berkata:"Wahai Jibrail alangkah dasyatnya
rasa mati."

Jibrail mengalihkan pandangan dari Rasulullah apabila
mendengar kata -kata beliau.

Melihat telatah Jibrail itu, maka Rasulullah pun
berkata: "Wahai Jibrail, apakah kamu tidak suka
melihat wajahku?"

Jibrail A.S berkata:"Wahai kekasih Allah, siapakah
orang yang sanggup melihat wajah mu di kala kamu dalam
sakaratul maut?"

Anas bin Malik berkata:"Apabila roh Rasulullah S.A.W.
telah sampai di dada beliau bersabda:"Aku wasiatkan
kepada kamu semua menjaga SOLAT dan apa-apa yang telah
diperintahkan ke atas atasmu."

Ali r.a. berkata:"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W.ketika
menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua
bibir beliau sebanyak dua kali dan saya meletakkan
telinga saya dekat Rasulullah S.A.W. dia
berkata:"Umatku, Umatku."



__________________________________________________

Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan 
untuk
mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga."
(Sahih Muslim)

Moga Ada Manfaat
Lenggang Kangkung Mailing List

Untuk Melanggan Lenggang Kangkung List -> Hantar email kosong to: 
[EMAIL PROTECTED] (PERCUMA)
Untuk Berhenti Melanggan -> Hantar email kosong to: 
[EMAIL PROTECTED]

Laman Web Lenggang Kangkung : http://www.angelfire.com/ct/lk





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Lenggang Kangkung" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke