Subject: FW: FW: [Tazkirah] Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... !!
 
    KEHIDUPAN SATU DUGAAN                 SABAR DAN
          Senyum Selalu......    
 
Ruangkan lah sedikit masa untuk membacanya. Moga kita menjadi orang yang lebih 
penyabar dan sentiasa di dalam rahmat dan keberkatan Allah sentiasa. Amin....
 
 
 
السلام عليكم
 
Semoga bermanafaat.
 
Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )
 
Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, 
tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya 
pula, 
sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa 
yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, 
tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita 
pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini 
agama 
yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih 
berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.
 
Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? 
Adakah kita faham selama ini tidak benar?
 Maka saya hendak bertanya kepada anda.
 Adakah anda tahu apa itu istidraj?
 
Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang 
itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam 
kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat 
maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? 
Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang 
melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
 
Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha 
menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
 
 Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang 
mudah. 
Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang 
teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada 
gedung-gedung 
perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini 
hendak menyatakan betapa kayanya dia.
 
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala 
perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari 
makin 
bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu 
datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
 
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
 
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia 
nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah 
ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa 
yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
 
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi 
dengan 
seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
 
Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan 
timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, 
melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau 
perniagaan. 
Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?
 
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa 
kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda 
semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
 
 Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan 
ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya 
membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, 
anda akan mampu melaluinya.
 
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah 
yang saya suka baca ketika saya masih kecil.
 
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim 
yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut 
nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, 
yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir 
sahaja 
tiada ikan untuknya pada hari itu.
 
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
 
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan 
dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak 
memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
 
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat 
rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang 
beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk 
melihat kebenaran imanNya”
 
Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau 
sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua 
adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang 
dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
 
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan 
kamu belum diuji?…”
 
Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal 
dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan 
memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada 
PENCIPTA kita.
 
 Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita 
rasa 
bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda 
kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti 
anda merana. Anda mahukan istidraj?
 
Saya yakin tidak..
 
Anda tenang sekarang?
 
Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. 
Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa 
bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
 
Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz 
itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.
 
Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke