Assalamu`alaikum... 
 
Bantulah kami tolong tambah kekayaan akaun bank Akhirat anda...
 
Bila anda menderma, semoga ALLAH beri keberkatan hidup kepada anda di dunia..., 
dan di selamatkan daripada siksa Api Neraka di Akhirat nanti...  Ameeen Ya 
ALLAH ... AKAD yakin... anda semua yaqin kepada siksa Api Neraka..., dan  kita 
tak tahu kebaikan kita yang mana menjadi sebab ALLAH berikan RahmatNYA kepada 
kita..., hingga One-way Ticket masuk Syurga Firdaus.... dan dengan nyaman 
bersedap-sedapan kat dalamnya...
 
Kalau mau bersedap-sedapan dalam Syurga laaa... 
 
Jazakumullahu Khairan Katheeera... wa Jannatul Firdaus..., kepada anda yang 
menderma...
 
AKAD-AIAN
=====================================
 
 
 
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)




dan
Hidayah Centre (Pusat Sokongan Saudara Baru)
  
Majlis Berbuka Puasa Kali Ke-4 
"Saudara Baru, Saudara Kita" 
  
Ayuh sertai! Mari menyumbang dengan membeli RM 100.00 satu kerusi atau RM 
1,000.00 bagi satu meja 
  
Tarikh 
20 September 2008 / 20 Ramadhan 1429H (Sabtu) 
Masa 
5.00 petang - 10.00 malam 
  
Tempat 
Dewan Persidangan Utama, 
Kompleks Perbadanan Putrajaya 
  
Aturcara Program 
5.00 petang: Ketibaan tetamu 
5.10 petang: Ucapan aluan Pengerusi Majlis 
5.30 petang: Forum: "Ke Arah Memperkasakan Saudara Baru di Malaysia" 
Panelis 
Tuan Haji Dr. Ir. Ustaz Muhammad Fuad Yeoh (Timbalan Presiden MACMA) 
Ustaz Kamaruddin Abdullah (Presiden IPCI) 
Sister Latifah Tamerlan (Pendakwah Bebas) 
7.15 malam: Berbuka Puasa dan Solat Maghrib 
7.45 malam: Makan Malam dan Persembahan Nasyid oleh kumpulan Saff-One 
8.00 malam: Perasmian 
8.20 malam: Solat Isyak dan Tarawikh 

Dipimpin oleh 
Tuan Haji Dr. Ir. Ustaz Muhammad Fuad Yeoh (Timbalan Presiden MACMA) 

9.40 malam: Tazkirah 

Disampaikan oleh 
Tuan Haji Ayub Abdul Rahman (Bekas Paderi Roman Katholik, Pendakwah Rabithah 
A-Alam Al-Islami) 
10.00 malam: Moreh dan Bersurai 
  
Objektif Program 
.: Mengumpulkan dana demi menjayakan pengoperasian Hidayah Centre di seluruh 
Malaysia :. 
.: Meraikan saudara baru dan juga para dermawan :. 
.: Mewujudkan jaringan perhubungan di kalangan masyarakat :. 
.: Mengukuhkan ukhuwwah sesama saudara seagama :. 
.: Memberi peluang kepada para hadirin untuk menyelami di samping memahami 
kehidupan saudara baru :. 
  
Apakah itu Hidayah Centre? 
Penubuhan Hidayah Centre di bawah naungan JIM adalah dengan matlamat-matlamat 
berikut: 
1. Penempatan sementara saudara baru 
2. Pusat perlindungan saudara baru 
3. Pusat pendidikan dan bimbingan saudara baru 
4. Kerja-kerja penghubung dengan agensi kerajaan dan NGO lain 
5. Dakwah kepada bukan Islam dan proses pengislaman 
  
Setelah 3 tahun berada di persada perjuangan dalam menyebarluaskan Islam dan 
memberikan sokongan kepada saudara baru kita, antara pencapaian Hidayah Centre 
adalah seperti berikut; 
1. Beroperasi di 14 lokasi di seluruh negara termasuk di negeri-negeri 
strategik seperti Sabah dan Sarawak 
2. Memberikan bimbingan kepada saudara baru 
3. Memberikan kaunseling pemulihan dan pemantapan akidah saudara baru 
4. Program-program pembinaan dakwah 
5. Program berterusan seperti Hidayah Centre Evening Talk 
6. Latihan Dakwah Praktikal 
7. Sambutan hari raya 
8. Pengislaman saudara baru dan lain-lain 
  
Dengan izin Allah Ta'ala, sumbangan umat Islam di Malaysia dan usaha berterusan 
pihak Hidayah Centre dalam membantu memasyarakatkan dan memartabatkan saudara 
baru ini akan melahirkan generasi saudara baru, saudara kita yang soleh dan 
musleh. Terima kasih kepada semua. 
  
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: 
Tuan Haji Nicholas (019-333 5549) 
En. Dhany Sarip (012-930 7522) 
Pn. Ummi Roses (019-238 6333) 
Ibupejabat JIM (03-4108 9669) 
  
*Mohon untuk sebarkan e-mel ini. Moga-moga amal kita diterima oleh Allah Ta'ala.



      

Kirim email ke