Asmwbkth...
   
  Bila AKAD baca, macam ada asas,  sebab kalau baca kisah nabi-nabi, kaum Nabi 
Nuah ini yang mula-mula sekali menyembah berhala..., selepas beberapa ratus 
tahun kewafatan Nabi Nuah a.s.
  Namun memang betul... bagai yang pengulas kata, kena ada lebih banyak lagi 
kajian mengenainya...
   
  Namun, point penting yang boleh kita dakwahkan kpd orang Hindu, kalau 
benarlah kitab Vedas (Yajur Veda, Athar Veda, Rig Veda, Souma Veda) itu 
merupakan Souhuff yang diturunkan kpd Nabi ALLAH Nuah a.s., Sebab itu 
kitab-kitab ini mengatakan kebenaran tentang ALLAH Swt. dan Nabi ALLAH Muhammad 
S.a.w.   Tentang ALLAH Swt. dalam Rigveda (5): 1:81... disebut:
  ""Ma cid anyad vi sansata sakhayo ma rissanyata"
  "Janganlah menyembah selain daripada DIA Yang  
     ESA"
   
  Dalam Yajurveda (40): 8 ... disebut:
   "Shudhama poapvidham"
  "DIA (Tuhan), Tiada jasad Lagi Tulen"
   
  Dalam Yajurveda (40): 8-9 ... disebut:
   "Andhatama pravishanti ye asambhuti mupaste"
  "Mereka yang menyembah `asambhuti' (air, udara, api, dll) telah berada Ddlm 
kegelapan. Lebih teruk, mereka yang menyembah `sambhuti' (benda-benda buatan 
manusia, seperti kerusi meja, patung, berhala, dll) mereka berada dalam 
kegelapan yang lebih-lebih lagi"
        
  Jadi bagaimana nak guna point ini ketika berdakwah dengan orang Hindu...?
   
  Mungkin boleh kata gini; "Vanakam...,  ada kajian kata, orang hindu ini, nabi 
dia Nabi Nuah a.s. yang buat bahtera, dalam peristiwa banjir besar seluruh 
dunya, satu masa dulu... Masa tu, semua pengikut Nabi Nuah a.s. ikut ugama Nabi 
Nuah a.s., iaitu menyembah Tuhan yang Satu,  Yang tidak boleh dilihat dengan 
mata manusia, Tuhan YANG MAHA BERKUASA..., di mana nama Tuhan Yang Satu ini..., 
ialah ALLAH, maknanya; (Satu-satunya Tuhan yang Disembah  dan tidak ada Tuhan 
yang selain daripada DIA). Tapi bila Nabi Nuah a.s. meninggal dunya, 
pengikutnya masih menyembah Tuhan Yang Satu, dengan cara yang diajar oleh Nabi 
Nuah a.s.  Namun selepas beberapa ratus tahun berlalu... mereka sudah lupa 
bagaimana sembahyang menyembah Tuhan yang SATU...  Lalu mereka mencipta patung 
besar menyerupai Nabi Nuah a.s.  Pada mulanya, patung itu, kununnya dijadikan 
perantaraan di antara mereka dengan ALLAH, Tuhan YANG SATU... ketika mereka 
sembahyang, dan ketika memohon do`a... evolusi berlaku...,
 hingga akhirnya mereka sembah pulak patung tadi... Itulah bermulanya era 
manusia menyembah patung... 
   
  Jadi   sagohdehri-sagohdehra (saudari-saudara), Tuhan bernama ALLAH ini 
sangat baik..., DIA hantar Nabi-nabi yang berikutnya, untuk membimbing manusia, 
kembali ikut ajaran Nabi Nuah a.s. yang asal, iaitu menyembah ALLAH Tuhan yang 
SATU. Per-utusan Nabi-nabi ini berlangsung berterusan, hinggalah kepada Nabi 
serta Rasul yang terakhir, iaitu Muhammad S.a.w.
   
  Dalam kitab vedas,  ada disebut;"pada penghujung usia dunya, akan lahir 
seorang pemimpin yang ditunggu, yang dipanggil `Narashangsa',  untuk 
menyelamatkan seluruh manusia drp keceramukan kehidupan di dunya... Apabila 
datangnya Narashangsa... semua Hindu mestilah mengikuti dia..."  `Narashangsa' 
itu, adalah dalam bahasa Sanskrit. Dalam bahasa Inggeris, ia mermakna `The man 
who is praised by many' ...  manakala dalam bahasa Arab pula ia bermakna 
`Muhammad'...  Jadi sagodehri-sagodehra... Penyelamat manusia yang kaum Hindu 
tunggu-tunggu itu sudah lebih dari 1,400 tahun dia sampai.  Narashangsa itu 
sudah sampai.  Muhammad itu sudah sampai. Baginda mengajar ajaran yang sama 
yang di ajar oleh Nabi Nuah a.s.,  iaitu menyembah Tuhan Yang SATU, iaitu 
ALLAH,  Tuhan yang tidak boleh dilihat oleh mata manusia...  Dengan menyembah 
ALLAH tuhan YANG SATU,  iaitu tak ada tuhan yang selain daripada ALLAH,  anda 
telah mengikut ajaran dalam veda yang sebenarnya, iaitu menyembah Tuhan YANG
 ESA, iaitu ALLAH, dan mengikut Narashangsa..., seperti yang dinyatakan dalam 
veda..." 
   
  So, itu yang dapat AKAD kongsikan. Banyak-banyak berdo`a kpd ALLAH Swt. 
supaya dipermudahkan urusan dan tak mengalami kesulitan, dan mintak diberi 
perlindungan drp segala mara-bahaya ke atas antum,  dan mintak ALLAH Swt. buka 
hati orang yang antum dakwah supaya menerima hidayah ALLAH Swt. supaya 
sama-sama kita masuk Syurga Firdaus, dan dihindar drp azan Nuraka Jahannam... 
Amiiin Ya ALLAH...  wa BarakALLAH fiiikum... wa fiii AKAD...  Amiiin Ya ALLAH...
  Wassalam
   
  AKAD
  ============================================.  
   
  
Note: forwarded message attached.

       
---------------------------------
Need a vacation? Get great deals to amazing places on Yahoo! Travel. 

Kirim email ke