Asmwbkth...
   
  Hakekatnya... Ini cuma mimpi yang mereka angan2kan... & mimpi ini akan jadi 
nightmare... bila mereka terus berpegang kepada ISLAM, ada had ikut hari... ... 
... dan bukannya berpegang kepada Islam hari2, serta tidak pula; 
"Silmi-kaaaffah" terhadap ISLAM, Ad-Deeen Al-Syariff wal Kareeem ini...  
   
  Pada mereka, cukuplah mereka berpegang kepada ; "Ya ayyuhallazhi na-UMNO..."
   
  Melayu akan mampoih diinjak-injak, dikantuik...  kaum kuffar jika trend ini 
berterusan...
   
  Mimpi yang bukan-bukan, yang pasti tak akan diaoghang mendapat pertolongan 
ALLAH, sebab membelakangkan peringatan2 & ayat2 ALLAH; malah mereka akan 
mengalami kehidupan yang sempit,  seperti dalam surah Taha: 123-127.
   
  Semoga ALLAH lembutkan hati geng Untuk Menang Naya Orang, supaya mereka 
membuka hati masing2 untuk menerima Hidayah ALLAH,  dan mereka pun menjadi 
orang2 yang "Silmi-kaaaf-fah" ke dalam ISLAM...;   barulah, selepas itu..., 
mimpi mereka akan InsyaALLAH bertukar menjadi; "Rojaaa' @ harapan yang boleh 
dijayakan..., sebab lepas itu, InsyaALLAH..., akan mendapat sokongan ALLAH SWT.
   
  Hanya dengan berpegang, menghayati dan mengamalkan  ISLAM dengan menyeluruh 
dan dengan sebenar2nya sahaja,  barulah Melayu itu, akah ultra-power-gillerrr 
punya haebat di dunya hingga akhirat..., InsyaALLAH...
   
  Itu yang berlaku kpd angsa Arab yang diapit bangsa Fars di sebelah Timur dan 
bangsa Rom di sebelah Barat, di era jahiliyah.  Mereka umpama anjing kurap,  
yang dikentutkan oleh Rom dan Fars,  pelantik nonggeng2 3, 4, kali...
   
  Kalu oghang "me-layu"... nak jadi gitu..., teruskan laaa mengamal  ajaran 
ISLAM dengan ada had ikut hari...
   
  AKAD
  ============================================
  

Hamka JIM <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
             
  Daripada Melayu Glokal Kepada Melayu Angkasa
  
A Kadir Jasin
http://kadirjasin.blogspot.com/
Wednesday, November 07, 2007
   
   
    


KETIKA merasmikan pembukaan bersama Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Pergerakan 
Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno tahun lalu, Timbalan Presiden Umno, 
Mohd Najib Abdul Razak, menyarankan agar orang Melayu mengamalkan konsep glokal.

Mohon maaf kalau sampai hari ini pun saya belum mengerti saranan Timbalan 
Perdana Menteri itu.

Pertama, mungkin kerana keupayaan intelek dan minda saya tidak sampai ke tahap 
yang membolehkan saya memahami segala konsep dan label yang “tinggi-tinggi” dan 
“canggih-canggih” yang menjadi kesukaan kini.

Kedua, setelah membandingkan kupasan Timbalan Perdana Menteri itu mengenai 
glokal dengan apa yang dibincangkan mengenai glokal (glocal dalam bahasa 
Inggeris) sejak beberapa dekad lalu, saya mendapati beliau memberi interpretasi 
yang agak berlainan.

(Pengertian umum konsep ini adalah kemampuan seseorang individu, masyarakat 
atau bangsa berfikir secara global dan bertindak secara tempatan.)

Namun apa pun maksud beliau, saya berasa agak gembira kerana bukan semua usaha 
yang dilakukan sejak 50 tahun lalu untuk menaikkan taraf (status) orang Melayu 
sebagai bangsa merdeka dan bangsa induk di Malaysia menemui kegagalan.

Bilangan orang Melayu semakin ramai. Orang Melayu lebih tinggi persekolahannya. 
(Saya sengaja tidak menggunakan ungkapan lebih tinggi ilmu kerana seseorang itu 
boleh bersekolah sehingga ke universiti tetapi masih tidak berilmu).

Orang Melayu juga lebih kaya daripada sebelum merdeka walaupun orang Cina dan 
India jauh lebih kaya. Malah jurang pendapatan antara mereka dengan kaum-kaum 
Cina dan India sebenarnya semakin meluas, khususnya sejak krisis ekonomi 
serantau 1997/98.

Malah jurang pendapatan antara orang Melayu yang tidak berada dengan orang 
Melayu yang berada juga semakin luas mengikut ukuran Pekala Gini (Gini 
co-efficient).

Orang Melayu terdedah kepada pelbagai bentuk dan saluran maklumat dan hiburan. 
Tetapi majoriti orang Melayu memilih telenovela Indonesia, Filipina, Argentina 
dan drama swasta daripada saluran maklumat dan ilmu seperti National 
Geographic, Animal Planet, Discovery Channel, History Channel, BBC, CCTV9 dan 
Al-Jazeera.

Saya tidak perlu sebut mengenai Akademi Fantasia kerana fantasi, angan-angan 
dan khayalan adalah sebahagian padu daripada minda Melayu.

Walaupun mereka berpijak di bumi bertuah bernama Malaysia tetapi mimpi mereka 
adalah mimpi Bollywood, mimpi Manila, mimpi Beunos Aires dan mimpi Jakarta.

Maka saya bertanya, adakah masih bertuah bumi kita Malaysia?

Dengan minda Melayu yang sebegini atau disengajakan agar menjadi begini maka 
amat kenalah kalau tahun ini, di majlis yang serupa, Mohd Najib mahu 
“mengangkasakan” orang Melayu.

“Mengangkasakan bangsa” jerit Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Ini pastinya satu pengalihan perhatian yang bijak di saat-saat mimpi indah dan 
khayalan orang Melayu terbanyak semakin diganggu gugat oleh kenaikan harga 
barang dan perkhidmatan, jenayah yang semakin menjadi-jadi, ketidaktentuan 
mengenai siapa berkuasa -- Majlis Raja-Raja atau Kabinet? -- dan banyak lagi 
isu-isu pokok yang merisaukan.

(Mungkin elok kalau ketika para perwakilan memuji dan memuja idola, mentor dan 
“protector” masing-masing, mereka bertafakur sejenak sambil menyedekahkan 
Al-Fatihah dan memohon kepada Ilahi agar pembunuh Nurin dan semua penjenayah 
durjana dibalas dosa mereka, kita dihindarkan daripada bala dan para khalifah 
serta ketua kabilah kita diberi petunjuk.)

Apa yang dihujahkan oleh Mohd Najib dan diuar-uarkan oleh media massa arus 
perdana yang akur hanyalah sambungan kepada impian Presiden Umno merangkap 
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mewujudkan “towering Malays”.

Disebabkan tiada istilah rasmi bahasa Melayu bagi “towering Malays” -- mungkin 
kerana pemikir Melayu yang berkuasa hari ini selesa berfikir dalam bahasa 
Inggeris – maka saya menterjemahkannya sebagai “Melayu yang tinggi menjulang 
perwatakannya” supaya orang kampung Tanah Merah, Pendang, Kedah dan Kampong 
Bongek, Negeri Sembilan boleh faham.

Maaf kalau saya katakan masih ramai orang Melayu yang sukakan cogan kata dan 
bahasa besar sebegini. Mereka sukakan sesuatu yang abstrak yang mereka tidak 
faham tetapi sedap disebut dan canggih bunyinya.

Mungkin oleh kerana majoriti orang Melayu mudah dipengaruhi oleh cogan kata, 
konsep abstrak dan label-label yang indah inilah maka orang yang cerdik, pintar 
atau putar belit macam Ayah Pin boleh meyakinkan orang Melayu bahawa dia boleh 
menjadikan mereka tinggi mengawan dengan menubuhkan “kerajaan langit” (sky 
kingdom).

Atau apakah minda Melayu sebenarnya masih terperangkap dan membeku dalam cerita 
hikayat dan mitos – bahawa asal-usul mereka adalah dari langit, dari kayangan 
daripada kalangan dewa-dewa dan dewi-dewi, daripada keturunan Malim Deman dan 
Malim Dewa?

Mohon ampun kalau rencana kali ini, seperti yang amat saya takuti dan benci, 
menjadi abstrak, sinis dan skeptis (maaf juga kerana menggunakan istilah 
saduran bahasa Inggeris).

Antara koridor dan “towering Malays”, antara “Islam Hadhari” dan integriti, 
antara Melayu glokal dan Melayu angkasa, saya sesat dalam pemikiran sendiri. 
Mungkin minda saya yang terperangkap dalam kebekuan masa. Minta dijauhkan Allah 
Taala.

Nota kaki: Ketua Wanita Rafidah Abdul Aziz berkata hentikan kenyataan-kenyataan 
retorik dan sebaliknya tangani isu-isu pokok yang menyentuh massa.

Ketua Pemuda Hishammuddin Hussein berkata ada kesan yang menguntungkan daripada 
saluran baru maklumat dan komunikasi termasuk blog.

  
  .

 
                         

 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke