Assalamu3alaikum,

http://mykhilafah.com/modules.php?name=Analisis&pa=showpage&pid=19

  GENOCIDE:  DI KALA AS MENDENDANGKAN KEDAMAIAN 
  Dua pekan lepas The Washington Post melaporkan bahawa majoriti daripada 
sidang Foreign Affairs Committee (Kongres Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Amerika 
Syarikat), telah menyatakan sokongan mereka terhadap resolusi berkenaan 
'Armenian Genocide', yang mendakwa telah berlakunya pembantaian massa secara 
kejam terhadap orang-orang Armenia oleh pemerintahan Khilafah Turki Othmaniyah 
dalam tahun 1915. Resolusi yang tidak mengikat itu mendapat undi 27 lawan 21  
dari Senat, Keputusan ini telah memanaskan hubungan politik di antara negara 
Turki dengan Rejim AS yang diterajui oleh Bush. Adam Schiff, selaku jurucakap 
sidang itu memberitahu bahawa walaupun genosid itu telah lama berlalu sekian 
lama dahulu, namun ia masih lagi membayangi rakyat Armenia ketika ini, kerana 
ia melibatkan kehilangan sanak saudara dan juga kaum kerabat 
terdekat.[Washington Post, Khamis, 11.11.2007] Namun, presiden Bush kelihatan 
cuba menutup dakwaan pihak kongres terhadap pemerintahan Turki itu. Pada 
dasarnya,
 Bush sendiri kini berada di dalam dilema kerana Turki mengugut jika resolusi 
tersebut diiktiraf, maka karajaan Erdogan akan menarik balik kerjasama 
ketenteraan dengan rejim AS. 
  Marilah kita melihat sejauh mana propaganda yang dilakukan oleh negara Barat 
menggunakan isu genocide untuk mengelabui mata masyarakat dunia di atas 
kekejaman mereka lakukan sendiri. Perlu ditegaskan di sini bahawa Islam sebagai 
sebuah cara hidup yang lengkap telah mengharamkan dengan pembunuhan tawanan 
perang, mengebom kawasan kediaman awam, jauh sekali dari menyokong tindakan 
ganas Adolf Hitler di mana-mana kem tahanan. Apa yang ingin dibongkar ialah 
bagaimana negara-negara kapitalis menggunakan isu' genosid' untuk mengabsahkan 
tindakan kezaliman mereka ke atas penduduk dunia, khususnya kepada umat Islam.
  Definisi , Genocide dan Holocaust
  Sebelum kita melangkah jauh, terlebih dahulu marilak kita sama-sama melihat 
makna genosid itu sendiri. Genocide merupakan gabungan dari perkataan Greek 
iaitu 'Genos' yang bermaka kaum, bangsa dan 'cide' bermakna pembunuh. Genosid 
atau dalam bahasa Inggerisnya disebut 'genocide' adalah sebuah istilah yang 
pertama kali diguna pakai oleh Raphael Lemkin, seorang sarjana Poland 
berketurunan Yahudi (Father of Genocide) di dalam bukunya Axis Rule in Occupied 
Europe pada tahun 1944. Kemudian pada tahun-tahun berikutnya, perkataan ini 
mula menjadi popular. Dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-IV, 
genocide ini telah dimelayukan kepada genosid; (génosid) pembunuhan 
(penghapusan) secara sengaja sesuatu bangsa atau kaum. Genosid membawa maksud 
perbantaian atau pembunuhan beramai-ramai secara besar-besaran dalam kerangka 
sistematik terhadap sesebuah suku kaum atau kelompok bangsa dengan tujuan untuk 
menghapuskan bangsa tersebut terus dari muka bumi ini. Holocaust pula adalah
 gabungan dari dua perkataan Greek iaitu Holokaust (berkorban kepada Tuhan 
dengan pembakaran), namun dari segi istilahnya holocaust ini adalah genosid, 
yang berbezanya adalah tekniknya. Beberapa ahli akademik Yahudi cuba menjadikan 
isu Holocaust ini spesifik untuk kaum Yahudi sahaja, Sebagaimana dinyatakan 
dalam Enyclopedia of Holocaust "One of the first to use the term in the 
historical perspective was the Jerusalem historian BenZion Dinur (Dinaburg), 
who, in the spring of 1942, stated that the Holocaust was a "catastrophe" that 
symbolized the unique situation of the Jewish people among the nations of the 
world."
   
  Setelah kekalahan tentera Jerman ditangan tentera bersekutu, isu Holocaust 
Yahudi oleh pihak Jerman menjadi popular, yang mana kononnya Yahudi telah 
dilakukan pembantaian massa oleh Hitler lebih 6 juta orang. Walaupun beberapa 
dokumen rasmi yang dicatat dari Pertubuhan Palang Merah menunjukkan bahawa 
korban jumlah angka yang dilaporkan oleh media massa jauh dari catatan mereka, 
terutamanya kem induk iaitu Kem Tahanan Auschwitz –Birkenau. Selepas itu 
beberapa fakta dan bukti menjadi medan kontroversi pihak yang mengiyakan dan 
pihak yang menafikannya, setiap hujah, foto, peta dan data statistik 
dikemukakan oleh gerakan yang menyokong holocaust ini telah dianalisis secara 
terperinci oleh gerakan holocaust revisionism banyak terdapat keraguan 
dalamnya. Sebagai contoh sekeping gambar dari The Simon Wiesenthal Center 
sebuah organisasi antarabangsa menjaga hak asasi Yahudi pernah menerbitkan 
sekeping gambar palsu 1999, dilaman web mereka tentang holocaust, yanag mana 
gambar
 tersebut berlatar belakangkan asap yang keluar dari serombong gas (gas 
chamber), yang digunakan untuk membunuh tahanan Yahudi. Namun bila gambar 
sebenar dari tentera Bersekutu didedahkan, tidak ada serombong asap itu, 
sebenarnya yang didakwa tempat membakar mayat Yahudi itu adalah pondok 
pengawal, dan temberang dari web-site terbongkar akhir web-master laman web 
tersebut telah menggantikan gambar tersebut dengan gambar sebenar yang tidak 
ada asap, dan ianya ada semburan tambahan (airbrushed in) ke atas gambar 
tersebut. [http://www.codoh.com/revision.html]. Banyak lagi contoh yang boleh 
ditemukan dari foto, peta, data statistik penghijrahan orang Yahudi (Aliyah) 
dan dokumentasi yang didakwa menyokong teori holocaust, namun bila dikaji 
dengan teliti ia membuktikan sebaliknya. Namun bukanlah tujuan kami untuk 
membentangkan fakta yang saling bercanggah tentang Holocaust ini.
   
  Oleh kerana negara-negara Eropah telah trauma dengan kebangkitan Nazi di 
Jerman dan untuk menutup kelemahan mereka yang mana mereka telah 
mempropagandakan isu kekejaman Nazi iaitu satu teknik OTHERING (bahasa 
jurnalistik : Othering is a way of defining and securing one's own positive 
identity through the stigmatization of an "other.") iaitu menunjukkan bangsa 
lain kejam , untuk menjayakan misi ini meraka telah mengiakan sahaja tentang 
peristiwa Holocaust yang dicanangkan oleh Yahudi ini. Akibat ketidakmampuan 
mereka berhujah dengan data, fakta, dan statistik yang benar. Negara Barat yang 
terlalu mendewa-dewakan kebebasan bersuara telah membuat satu undang-undang 
Draconian berkenaan dengan isu ini, iaitu Holocaust Denial (Penafian Holocaust) 
akan dikenakan tindakan undang-undang. Holocaust denial adalah secara tersurat 
dan tersiratnya haram di 14 buah negara iaitu Austria, Belgium, Republik Czech, 
Perancis, Jerman, Israel, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Poland,
 Portugal, Romania, Sepanyol, and Switzerland. Itali dan Belanda baru-baru ini 
bercadang untuk menguatkuasakannya tapi ditolak 2007 and 2006. Slovakia 
menganggap jenayah jika melakukan Holocaust Denial penghujung tahun 2001 tetapi 
telah memansuhkannya pada tahun May 2005. Yang menariknya dalam undang-undang 
ini tidak sering mengaitkan bahawa Holocaust Denial, dengan Anti-Semitism dan 
pro-Nazi.[http://en.wikipedia.org/wiki/Laws_against_Holocaust_denial ]. 
Signifikannya tragedi ini kepada Israel dan Zionist adalah sebagai justifikasi 
mereka untuk mendapat simpati mereka dari dunia (AS dan Sekutunya). Setiap 
kali, mereka membantai umat Islam di Palestin, mereka akan mempropagandakan isu 
mereka dulu dibunuh lebih dari 6 juta. Prof Harun Yahya ada mengingatkan bahawa 
"The tragedy of the Holocaust cannot be used to justify the outrages inflicted 
by Israel on the Middle East. Such behavior is the worst possible lack of 
respect for the Holocaust's victims." [The Holocaust Violence,
 hal 144]
  Maka tidak hairanlah jika tragedi seperti 'The Holocaust' dan 'Armenian 
Genocide' selalu mendapat perhatian antarabangsa, kerena ia banyak sekali 
melibatkan kepentingan politik dan ideologi kapitalisme terhadap kepada suka 
'mencari pasal', terutamanya dari kelompok negara kuasa besar. 'Armenian 
Genocide' yang diresolusikan di Washington baru-baru ini juga pada dasarnya 
dapat dilihat sebagai melibatkan kepentingan politik dan ideologi. Amerika 
Syarikat dan sekutu-sekutunya yang lain termasuk Kesatuan Eropah, Argentina, 
Uruguay dan Russia turut menyalahkan Kerajaan Turki Othmaniyah. 
  Menurut dakwaan mereka dalam Perang Dunia Pertama, Kerajaan Turki Othmaniyah 
dikatakan telah memimpin antara 600,000 hingga 1.5 juta rakyat Armenia ke 
kawasan Mesopotamia dan padang pasir Deir ez-Zor di Syria. Kerajaan Turki 
Othmaniyah didakwa dengan sengaja membawa mereka ke kawasan tersebut sehelai 
sepinggang  tanpa apa-apa bekalan makanan dan ubat-ubatan sehingga menyebabkan 
rakyat bangsa Armenia mati akibat kebuluran dan sakit. Kononnya kerajaan 
membenarkan tentera mereka dan orang-orang awam untuk merompak, membunuh dan 
mencabul wanita-wanita Armenia yang berada dalam pelarian itu, dengan harapan 
untuk memusnahkan bangsa tersebut. Walaupun hampir 21 buah negara setakat ini 
menyokong kewujudan berlakunya genosid ini, namun kerajaaan Turki termasuk 
sebahagian besar ahli-ahli sejarah telah menafikan sekeras-sekeras tuduhan ini. 
Mereka mendakwa bahawa kebanyakan bangsa Armenia yang mati itu disebabkan oleh 
peperangan yang meletus, bukan penganiayaan dari kerajaan Islam
 Turki, kedua-dua belah pihak juga kehilangan nyawa anggota masing-masing. 
Beberapa orang sarjana seperti Ara Safarian telah mengkaji dokumen tentang 
genosid Armenia dan dia menerangkan bahawa banyak sumber adalah dikeluarkan 
dengan bias dan ada matlamat politik . Sementara Ismet Binark, seorang 
pustakawan dan penyimpan koleksi bahan bersejarah, dan para intelektual Turki, 
telah membentangkan laporan dan kertas kerja berdasarkan fakta visual sejarah 
mengenai dakwaan palsu negara sekutu Amerika terhadap kerajaan Turki. 
Sebaliknya mereka mendakwa bangsa Armenia juga turut terlibat membunuh bangsa 
Turki berdasarkan gambar-gambar yang berada dalam arkib sejarah negara 
berkenaan. [Ringkasan dari Remembrance and Denial, The Armenian Genocide, ms 
52]. Turki mengakui bahawa ratusan ribu orang Armenia dan askar Uthmaniyah 
terkorban akibat perang itu. Ketika itu, Uthmaniyah memihak dengan Jerman 
tetapi telah dikalahkan oleh kuasa-kuasa Eropah, termasuk Britain. Sesudah 
Perang Dunia
 Pertama, Uthmaniyah tumbang dengan banyak kawasannya di utara Afrika dan Dunia 
Arab dikuasai Barat. Mustafa Kemal telah memimpin satu rampasan kuasa tentera 
dan mewujudkan republik Turki yang sekular pada 1923. Yang peliknya, selama 
bertahun-tahun sebelum ini, kebanyakan pemimpin dunia dan negara-negara Barat 
telah cuba menghindari untuk memperbesarkan isu ini di peringkat antarabangsa, 
kerana dikatakan sebagai tanda menghormati kepimpinan sekular yang dibawa 
Mustafa Kemal Atartuk suatu ketika dahulu. Isu ini telah dilupakan dan cuba 
dihidupkan balik apabila pemimpin Turki sekarang menunjukkan sedikit 
kecenderungan kepada Islam. Kesatuan Eropah dilihat telah mula meletakkan 
syarat untuk kerajaan Turki memasuki kesatuannya, supaya mengakui tragedi 
genosid rakyat Armenia ini sebagai salah satu syarat untuk menyertai Kesatuan 
Eropah (EU).
  Isu genosid yang dibangkitkan ini telah memarahkan lagi hubungan rejim 
sekular Turki- rejim AS bagaikan telur di hujung tanduk, tambahan pula AS pada 
masa ini menghadapi masalah dengan sikap Turki untuk menyeberang sepadan dan 
menyerang kedudukan strategik Parti Buruh Kurdis (PKK), sedangkan AS ingin 
mengeksploitasi kekayaan minyak di kawasan utara Iraq ini. 
   
  Sejarah Genosid Barat
   
  Amerika dan Barat yang tidak sedar atau tidak perasaan akan rekod buruk dalam 
jenayah genosid yang mereka sendiri lakukan ataupun mereka telah dijangkiti 
penyakit hilang daya ingatan (amnesia) dalam aspek politik. Resolusi 
'tidak-mengikat' (non-binding resolution) dijangka akan diendors oleh Dewan 
Perwakilan dalam bulan November yang mana ia telah menyebabkan ketegangan 
hubungan diplomatik di antara Amerika Syarikat dan Turki, dan Turki bertindak 
memanggil semula utusan khas Washington untuk perundingan. Turki juga telah 
memberikan bayangan akan tindakannya untuk menarik balik bantuan logistik yang 
dihulurkan kepada pasukan tentera Amerika yang bertugas di Iraq dan Afghanistan 
jika rang undang-undang itu diluluskan, dan ia juga akan menghentikan 
kontrak-kontrak ketenteraan yang lumayan terhadap firma-firma Amerika.
   
  Walau bagaimanapun, jika genosid adalah isu yang hendak dibangkitkan oleh 
Amerika, mereka sewajarnya menyemak dahulu rekod prestasi mereka sendiri di 
dalam pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang mereka lakukan secara 
pukul-rata termasuk yang dilakukan oleh sekutu-sekutu Eropah mereka.
   
  Dalam tempoh memantapkan kedudukan mereka di Amerika, populasi kaum peribumi 
Amerika yang dipanggil Red Indian telah mengalami penurunan yang amat ketara 
akibat peperangan, konflik dan pembunuhan beramai-ramai, yang mana beberapa 
komuniti peribumi ini telah berkurangan sebanyak 80-90% dalam satu generasi. Ia 
bermula seawal tahun 1490-an apabila Christopher Columbus mula-mula menjejakkan 
kaki di bumi Amerika sehingga tragedi pembunuhan beramai-ramai kaum Indian 
Sioux di Wounded Knee yang dilakukan oleh askar-askar Amerika sehingga 
menyebabkan populasi puak peribumi Amerika di Hemisfera Barat berkurangan 
sebanyak 100 juta orang.
   
  Kekejaman ala-ala orang gasar (barbarian) yang hampir sama adalah perdagangan 
hamba-abdi merentasi Lautan Atlantik atau 'Maafa' yang menyaksikan penghapusan 
sebahagian besar komuniti Afrika di sepanjang tempoh 400 tahun untuk 
membekalkan tenaga kerja untuk kemajuan ekonomi di Dunia Baru. Di mana-mana 
jua, diantara 9 hingga 12 juta orang Afrika telah dipindahkan secara paksa oleh 
pedagang-pedagang hamba-abdi Eropah. Seramai lebih kurang 8 juta bangsa Afrika 
telah terbunuh semasa dalam tahanan sementara, sewaktu proses pemindahan dan 
semasa mula-mula sampai ke petempatan baru di Amerika tetapi ahli sejarah 
mengakui bahawa jumlah kematian sebenar mungkin tidak diketahui.
   
  Tragedi yang masih belum lama berlaku adalah serangan Amerika ke atas 
Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia ke II yang menyebabkan kematian 
seramai 40,000 dan 80,000 orang di kedua-dua  bandar tersebut di akhir tahun 
1945, di samping pembunuhan akibat terdedah kepada radiasi dan kecederaan 
semenjak dari kejadian tersebut. Sesungguhnya telah menjadi satu pendapat umum 
yang diperakui bahawa pengeboman ke atas kedua bandar tersebut adalah tidak 
perlu memandangkan tentera Jepun sedang dalam proses untuk menyerah diri. 
Perang Vietnam dan Korea juga menunjukkan secara langsung dan tidak langsung 
penglibatan dan campur-tangan Amerika di dalam jenayah perang. Sekatan yang 
dilakukan oleh PBB ke atas Iraq dalam tahun 1990-an  yang disokong oleh Amerika 
dan sekutu-sekutu Eropahnya telah menyebabkan kematian ke atas lebih 500,000 
kanak-kanak. Penjajahan ke atas Iraq yang sedang berlangsung saat ini telah 
mengorbankan sejumlah 1 juta orang awam di samping kemusnahan besar-besaran
 ke atas masyarakat Iraq serta prasarana-prasarananya seperti pembunuhan 
besar-besaran yang memilukan di Haditha dan Falluja.
   
  Selain dari itu, terdapat banyak contoh yang terlalu banyak untuk dinyatakan 
di sini antaranya adalah berkenaan dengan Amerika yang menjadi dalang dalam 
rampasan kuasa secara kejam yang turut disertai dengan kehilangan banyak nyawa. 
Amerika telah menjadi rakan subahat sewaktu Jeneral Suharto merampas kuasa pada 
tahun 1965 yang ditakrifkan sebagai 'zaman kehidupan penuh bahaya'. Rampasan 
kuasa ini telah menyebabkan pembunuhan beramai-ramai, seperti yang dipetik oleh 
New York Times sebagai 'salah satu penyembelihan paling ganas dalam sejarah 
politik moden' sehingga sesetengah pihak beranggapan bahawa ahli-ahli politik 
Amerika sepatutnya didakwa atas tuduhan membunuh. Contoh-contoh lain termasuk 
penggulingan Salvador Allende di Chile dan Presiden Mossadegh di Iran.
   
  Jika dilihat pembunuhan ke atas bangsa Armenia dalam sejarah Uthmaniyyah 
adalah berkaitan dengan usaha untuk mengekalkan integriti negara. Sebaliknya, 
tindakan yang diambil oleh Amerika dan sekutu-sekutu Eropahnya di masa lalu dan 
di masa kini sering kali berkenaan dengan campur tangan di dalam urusan 
negara-negara lain. Maka, disebabkan oleh rekod prestasi buruknya sama ada 
secara langsung atau tidak langsung yang menyokong kemusnahan dana pembunuhan 
beramai-ramai, Amerika sama sekali tidak layak untuk berkhutbah kepada orang 
lain berkenaan dengan genosid dan pembunuhan beramai-ramai. 
   
  Amaran Amerika kepada Kerajaan Turki untuk meneruskan serangan mendadak ke 
atas Utara Iraq menunjukkan satu lagi contoh betapa ironinya situasi politik 
elit Amerika. Amerika menyerang dan menjajah Iraq dengan bukti yang amat 
meragukan seperti Saddam Hussein memiliki Senjata Pemusnah Besar-Besaran (WMDs) 
dan boleh menjejaskan kepentingannya. Ia (Amerika) sekarang melarang orang lain 
untuk campur-tangan di Iraq sungguhpun mereka sangat prihatin akan kesan 
ketidakstabilan di Iraq kepada wilayah tersebut. Ini menunjukkan bahawa Amerika 
mendakwa dirinya sebagai satu-satunya negara yang boleh dipercayai dari segi 
kuasa dan autoriti moral untuk menakluki pihak lain. Memetik ucapan George Bush 
Sr selepas Perang Teluk Pertama, "Suatu masa, dunia terbahagi kepada dua kuasa 
ketenteraan tetapi sekarang hanya mengiktiraf satu kuasa tunggal dan agung 
iaitu Amerika Syarikat. Dan mereka mengakui semua ini tanpa takut-takut. Dunia 
meyakini kita dengan kuasa dan dunia adalah betul. Mereka
 percaya kita akan berlaku adil, dan mampu mengawal. Mereka percaya kita 
berpihak pada kesopanan dan kesusilaan. Mereka meyakini kita untuk melakukan 
apa yang betul".
   
  Ugutan Turki untuk mengehadkan kerjasama dengan Amerika, adalah satu perkara 
yang tidak jelas. Mengikut laporan CNN 70% dari kargo udara ke Iraq adalah 
melalui Negara Turki. Turki yang sebelum ini merasakan perlu bertindak untuk 
mengehadkan kerjasama setelah terasa dengan tindakan Amerika yang menghina 
negara bangsanya, yang mana mereka selama ini tidak terfikir untuk melakukannya 
walhal mereka tahu bantuan kepada tentera AS menyerang Iraq akan menyebabkan 
huru-hara dan mengorbankan beribu nyawa umat Islam selama ini.  Tentu sahaja 
keengganan sokongan logistik oleh pihak Turki sudah tentu menjejaskan kekuatan 
Amerika untuk menduduki Iraq dalam tahun 2003 dan dapat mengelakkan episod 
penuh kemusnahan dari terlakar dalam sejarah Iraq, terutamanya apabila tindakan 
sama oleh Mesir, Arab Saudi, Qatar dana Kuwait. Penjajahan Amerika keatas Iraq 
telah menyebabkan ketidakstabilan di rantau itu, menguatkan nasionalisme 
Kurdish dan mengancam kestabilan wilayah Kurdish di Turki
 secara langsung. [www.khilafah.com]
   
  Wahai kaum Muslimin Ingatlah dalam rangka untuk mencapai tujuan politik 
mereka, pihak kuffar terutamanya AS dan Yahudi sering memberikan gambaran 
bahawa mereka adalah mangsa penindasan dan kekejaman. Rejim AS telah berjaya 
menggunakan isu 911 sebagai senjata untuk membuktikan kepada dunia bahawa 
mereka adalah mangsa kekejaman pengganas. Dengan teknik Othering mereka cuba 
mendefinisikan bahawa 'kami' adalah kumpulan orang yang meyokong tindakan Rejim 
AS dalam Polisi Luara Negaranya dan 'Other' adalah pengganas. Sungguh memilukan 
hati kita bila pemimpin negara umat Islam, sanggup bersama-sama sekongkol untuk 
memerangi pengganas dan berebut-rebut untuk menjadi 'kami' dalam bahasa politik 
AS. Al-Quran telah memberitahu kita bahawa ini pernah dahulu kaum kafir Quraisy 
telah menggunakan teknik yang sama. Apaibla kabilah mereka telah diserang 
hendap oleh tentera kaum Muslimin yang diketuai oleh Abdullah bin Jahsy di 
Nakhlah, dalam bulan Haram, mereka dengan hipokritnya
 mempropagandakan isu kekejaman ini, walhal meraka lupa bahawa mereka yang 
selama ini memerangi, menyiksa, menghalau umat Islam dari solat di masjidil 
haram. Allah Subhana Wa Ta'ala telah menurunkan ayat sebagai tempelak tentang 
teknik meraka ini, sebagaimana dalam Firman Allah
   
  "Mereka bertanya kepada mu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah; 
Berperang pada bulan itu adalah dosa besar, tetapi menghalang (manusia) dari 
Jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalang masuk) Masjidil Haram dan mengusir 
penduduknya dari sekitarnya, adalah lebih besar (dosanya) di sisi  Allah. Dan 
berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh. Mereka tidak 
henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari  
agama mu (kepada kekafiran) seandainya mereka sanggup. " [TMQ Surah Al-Baqarah 
(2):217]
    



Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah 
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis 
Ada yang menghisabnya. 

Ahmus


 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke