ASSALAMU`ALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH..
 
Semoga ALLAH AZZAWAJALLA... Hidayah-kan mereka... AMEEEN YA ALAH YA 
RABBAL`AALAMEEEN...
 
AKAD
from my compeha®
==========================================================================

----- Forwarded Message -----
>From: Zun Arif <zuna...@yahoo.com>
>To: IKRAM S'GOR- ALL <ikram-...@googlegroups.com>; ikramajk 
><ikram-...@googlegroups.com>; "dakwah_ik...@yahoogroups.com" 
><dakwah_ik...@yahoogroups.com>; "hidayahcentre_ik...@yahoogroups.com" 
><hidayahcentre_ik...@yahoogroups.com> 
>Sent: Monday, March 18, 2013 4:32 PM
>Subject: [IKRAM Selangor] Sambutan Tahun Baru Cina Perkenalkan Keterbukaan 
>Islam
>
>
>KUALA LUMPUR - Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan telah diadakan di 
>Dewan Kristal, Pusat Konvensyen TM di Bangsar pada Ahad 3 Mac 2013 lalu, 
>memperkenalkan keterbukaan Islam dalam meraikan sesuatu perayaan sesuatu kaum, 
>selagi ia berlandaskan syariat.
>Majlis ini dianjurkan oleh Hidayah Centre, Pertubuhan IKRAM Malaysia, Jabatan 
>Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Malaysia Chinese Muslim Association (MACMA), 
>Restoran Mohd Chan Abdullah dengan kerjasama Badan Kebajikan Islam Telekom 
>Malaysia (BAKIT) dan Overseas Chinese Muslim Association Malaysia (OCMA).
>  
>Tarian singa dan para tetamu jemputan yang hadir
>
>Turut hadir memeriahkan suasana ialah kehadiran isteri Menteri Wilayah 
>Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Datin Nafesah Raja Nong Chik dan Ketua 
>Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM, Hj Ahmad Nasir Ahmad.
>Sambutan secara harmoni ini berjaya merobohkan persepsi negatif bahawa 
>masyakat Cina yang masuk Islam mesti meninggalkan identiti bangsa mereka. 
>Identiti Cina dalam sambutan tersebut dikekalkan melalui hidangan makanan Cina 
>yang halal, tarian singa dan pertandingan kaligrafi Cina.
>Majlis yang meriah ini dihadiri lebih 1,000 orang di mana majoritinya adalah 
>masyarakat Cina yang belum Islam. Semua yang hadir diberikan cenderamata 
>berupa risalah-risalah pengenalan mengenai Islam.
>  
>Ucapan Hj Muhammad, Prof Dr Hatta dan Datuk Dr Mustapha Ma
>
>Gema gendang dan tarian singa mengiringi kemasukan tetamu jemputan ke dalam 
>dewan. Ucapan aluan dan penghargaan disampaikan oleh Pengerusi Hidayah Centre, 
>Hj Muhammad Nicholas Sylvester dan Timbalan Presiden IKRAM, Prof Dr Mohamed 
>Hatta Shaharom.
>Presiden MACMA, Datuk Dr Mustapha Ma dalam ucapannya menarik perhatian umum 
>apabila meminta hadirin berdiri dan melaungkan kata-kata hikmah Cina diikuti 
>dengan senaman ketawa beberapa kali untuk tujuan kesihatan dan menceriakan 
>suasana.
>  
>Ucapan perasmian Hj Ahmad Nasir, ceramah Dr Yunus Ma dan tetamu jemputan 
>menggaul yee sang
>
>Hj Ahmad Nasir Ahmad mewakili Ketua Pengarah JAKIM telah merasmikan Sambutan 
>Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan buat kali ke-4. 
>Beliau menyatakan komitmen JAKIM untuk bekerjasama menganjurkan program 
>sebegini pada masa akan datang, untuk tujuan dakwah.
>
>Menurut Hj Nicholas, sebanyak 16 program Sambutan Tahun Baru Cina di seluruh 
>negara merangkumi lima buah negeri iaitu Selangor, Sabah, Pulau Pinang, Pahang 
>dan Kelantan. Beliau optimis program sebegini akan dikembangkan ke 
>negeri-negeri yang lain.
>Seterusnya, Dr Yunus Ma, pensyarah UIAM menyampaikan ceramah mengenai sambutan 
>perayaan menurut perspektif Islam dalam bahasa Mandarin.
>  
>Para hadirin menjamu selera diiringi persembahan dan celoteh Helmi The Gimmick
>
>Semasa makan tengahari, majlis dimeriahkan dengan persembahan tarian singa 
>secara bertangga yang bertenaga di dalam dewan. Turut menghiburkan hadirin 
>terutama masyarakat Cina ialah persembahan Helmi The Gimmick yang menceriakan 
>suasana, dengan celotehnya dalam bahasa Tionghua serta nyanyiannya dalam 
>bahasa Mandarin dan Hokkien.
>Sementara itu, Sambutan Tahun Baru Cina 2013 di Pulau Pinang telah diadakan di 
>Tapak Pasar Malam, Jalan Aziz Ibrahim, Pantai Jerejak pada Sabtu 2 Mac 2013 
>lalu anjuran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan kerjasama Hidayah 
>Centre Pulau Pinang (HCPP), IKRAM Pulau Pinang dan MACMA.
>Tujuan program ini adalah untuk meraikan Sambutan Tahun Baru Cina di samping 
>berdakwah kepada masyarakat Cina yang belum Islam secara harmoni.
>  
>Pendaftaran, tarian singa dan pertandingan mewarna
>
>Kehadiran lebih 500 orang di mana separuhnya adalah masyarakat Cina dan 
>selebihnya adalah masyarakat Melayu dan India. Turut hadir ialah Exco Negeri 
>Pulau Pinang YB Chow Kon Yeow yang merasmikan sambutan, ADUN Pantai Jerejak YB 
>Sim Tze Tzin, Ahli Majlis MPPP, Hj Mohd Rashid Hasnon dan YDP IKRAM Pulau 
>Pinang, Ir Jamaluddin Abdullah.
>Antara acara-acara menarik ialah tarian singa, drum Cina, pertandingan 
>melukis, pertandingan reka cipta, program silang budaya kanak-kanak, pameran, 
>pemeriksaan kesihatan, ceramah, kuiz, angpau dan cabutan bertuah.
>  
>Ucapan Hj Mohd Rashid, ucapan perasmian YB Chow dan persembahan drum Cina
>
>Gerai pameran terdiri daripada pameran HCPP iaitu maklumat mengenai Laksamana 
>Cheng Ho, kaligrafi Cina, buku-buku percuma, al-Quran dan brosur dakwah.  
>Pameran turut diadakan MPPP mengenai kesihatan, penguatkuasaan di samping 
>pameran oleh Aqsa Syarif.  Ceramah juga disampaikan dalam majlis ini oleh Sdr 
>Jumaat, pelajar PhD di USM yang berasal dari China.
>Antara soalan kuiz ditanya pada yang bukan Islam antaranya “Berapa tuhan dalam 
>Islam?”, “Siapa Jesus dalam Islam ?”, “Bolehkan orang Islam merayakan Tahun 
>Baru Cina?” Kuiz mendapat respon yang baik daripada peserta belum Islam dan 
>pihak HCPP turut memberikan buku-buku Islam kepada mereka.
>  
>Pemeriksaan kesihatan, lawatan tempat pameran dan bersama pemenang kanak-kanak 
>berbilang kaum dalam satu kumpulan
>
>Selain pemeriksaan kesihatan, program pertandingan kanak-kanak, angpau serta 
>cabutan bertuah mencuri perhatian  peserta yang hadir semasa program. Antara 
>respon positif hadirin ialah program kali ini amat-amat baik dan ada yang 
>meminta diadakan lagi pada tahun depan.
>Semoga hasilkan keterbukaan Islam meraikan Sambutan Tahun Baru Cina 
>bersama-sama, membolehkan sinar Islam menerangi seluruh masyarakat Cina di 
>Malaysia, insya-Allah.
>Sumber foto CNYOH Pulau Pinang: CNYOH Pulau Pinang 2013
>Sumber foto CNYOH Peringkat Kebangsaan: CNYOH Peringkat Kebangsaan 2013
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>ZUN 'ARIF HAKIM B ABDUL RAHMAN
>Pengurus Dakwah, JK Dakwah 
>Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
>Timb Pengerusi, JK Dakwah IKRAM Selangor
>Lot 300.3, Lorong Selangor,
>Pusat Bandar Melawati,
>53100 Kuala Lumpur.
>zuna...@yahoo.com
>HP: 017-3667126  Office : 03-41089669  Fax : 03-41071754
>www.ikram.org.my
>www.hidayahcentre.wordpress.com
>-- 
>You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
>"IKRAM Selangor" group.
>To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an 
>email to ikram-sel+unsubscr...@googlegroups.com.
>For more options, visit https://groups.google.com/groups/opt_out.
> 
> 
>
>
>

Kirim email ke