----- Forwarded Message ----
From: Tulang Besi <cabear...@gmail.com>
To: cabear...@yahoo.ca
Sent: Wed, July 27, 2011 1:05:42 PM
Subject: [Malaysia Waves] Manusia Mana Membiarkan Tangan Mereka Dicalit Sebelum 
Mengun...



Dalam perdebatan SPR-BERSIH semalam, wakil SPR, Wan Ahmad menyatakan dakwat 
kekal tidak dilaksanakan sebelum 2008 kerana mereka mendapat laporan bahawa 
dakwat yang sama telah diseludup masuk ke Malaysia. 


Khabarnya dakwat tersebut akan digunakan untuk mencalit tangan 
pengundi-pengundi 
sebelum pengundi dapat mengundi. 


Soalan saya kepada wakil SPR tersebut adalah: 1.0 Siapakah manusia di dalam 
Malaysia yang akan sengaja membiarkan tangan mereka dicalit dengan sebegitu 
mudah?
>2.0 Berapa ramai kah pengundi-pengundi yang dengan rela membiarkan tangan 
>mereka 
>dicalit sebelum hari mengundi?
>3.0 Kalau berlaku pemaksaan, tidakkah boleh orang yang dipaksa itu membuat 
>laporan polis sebelum hari pengundian?
>4.0 Adakah pencalit-pencalit ini akan masuk ke dalam semua rumah-rumah di 
>Malaysia di waktu orang sedang tidur dan mencalit tangan2 pengundi sebelum 
>mereka bangun dari tidur?
>5.0 Kalau sudah dapat maklumat berkaitan penyeludupan, mengapa tiada yang 
>ditangkap? Apa guna maklumat kalau tidak tangkapan? Ertinya, SPR dengan mudah 
>membatalkan dakwat kekal sebelum pilihanraya 2008 TANPA ADA ASAS YANG KUKUH.  
>Hanya khabar-khabar angin semata-mata.

Buktinya lagi, tiada seorang pun yang ditahan untuk siasatan berkaitan dengan 
penyuludupan dakwat kekal tersebut.  Kalau maklumat penyeludupan itu benar, 
nescaya telah berlaku tangkapan dan tahanan atau sekurang-kurangnya beberapa 
orang telah disoal siasat. 


Kalau tiada yang ditangkap atau disiasat, ertinya SPR bertindak atas 
khabar-khabar angin semata-mata. Saya cabar SPR membawa keluar bukti bahwa 
telah 
berlaku penyeludupan dakwat kekal sebelum pilihanraya 2008 lepas. 


Dan yang lebih menyedihkan, RM2.4 juta wang rakyat Malaysia telah hangus akibat 
SPR bertindak atas khabar2 angin semata-mata. RM2.4 juta boleh membeli 40 buah 
rumah kos sederhana untuk 40 keluarga miskin.

Janganlah Timbalan Pengerusi SPR cuba berselindung dengan alasan-alasan dangkal 
kamu. Susah bagi rakyat Malaysia untuk mempercayai SPR bukan alat kepada UMNO 
dan Barisan Nasional. 


Tulang Besi
 

--
Posted By  Tulang Besi  to Malaysia Waves at  7/27/2011 12:59:00 PM

Kirim email ke