<font color="#ff00ff"><span style="COLOR:rgb(0,0,0);">Mohd Nazri Mohd 
Nor</span> </font>
Sales Director, Tel-Lab International Sdn. Bhd.(<a rel="nofollow" 
target="_blank" href="http://www.tel-lab.com.my";>www.tel-lab.com.my</a>) 
ym/gtalk/msn/skype: nazriusj



----- Forwarded Message ----
From: Mohd Nazri Mohd Nor <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Sent: Tuesday, November 18, 2008 11:32:21 PM
Subject: Fwd: JANGAN LUPUSKAN unifor & kasut sekolah anak2 anda, ada golongan 
yg memerlukanny

---------- Forwarded message ----------
From: Rohana Ali <[EMAIL PROTECTED]>
Date: 2008/11/18
Subject: JANGAN LUPUSKAN unifor & kasut sekolah anak2 anda, ada
golongan yg memerlukanny
To: [EMAIL PROTECTED]


JANGAN LUPUSKAN, pakaian dan kasut sekolah anak anda yang masih elok,
pihak kami akan membuat hebahan untuk sumbangan keperluan tersebut
menjelang KEMPEN MARI KESEKOLAH nanti !!!  Kutipan akan dijalankan
bermula pada bulan Disember.  Mohon dipanjangkan emial ini kepada
kenalan2 tuan/puan.



Terdapat seramai hampir 80 orang anak-anak dari Rumah Kasih Harmoni
kini belajar di Tadika Harmoni, dan hampir 50 orang dari mereka akan
menaiki sekolah rendah pada tahun 2009.  Jesteru itu pihak kami sedang
mencari dana untuk keperluan mereka ini, pihak kami juga menerima
sumbangan dalam bentuk pakaian (lelaki dan perempuan) dan kasut
sekolah bagi anak-anak ini.  Walaubagimana pun bagi menceriakan kali
pertama mereka menduduki alam persekolahan diperingkat rendah ini,
diharapkan pakaian atau kasut sekolah yang disumbangkan adalah yang
masih elok.



Sekian, semoga usaha kita ini akan dinilai oleh ALLAH sebagai satu
AMAL TAQWA untuk bekalan kita di hari akhirat kelak.  Amin.



UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI: www.ummuain.com/rumahamal.htm



Untuk kemudahan anda menyumbang secara ONLINE sila gunakan akaun:

5121- 8313- 4032

(RUMAH KASIH HARMONI)



__________________________________________________________________________________



MEMINDAHKAN KONSEP RKH & RSK KE KAWASAN BANDAR (LEMBAH KELANG)

Hasil dari maklum balas netters terhadap Konsep Pendidikan yang
diketengahkan oleh Rumah Kasih Rarmoni (RKH)dan Rumah Siraman Kasih
(RSK) pihak kami bercadang untuk memindahkan konsep ini ke kawasan
bandar, dan kawasan yang dipilih ialah kawasan Lembah Kelang.
Maklumat untuk usaha ini telah dan sedang pihak kami kumpulkan agar
usaha amal ini dapat berjalan dengan lancar.



Rasional usaha ini dibuat ialah atas dasar berikut:



1.        Terdapat golongan miskin dan miskin tegar di bandar kerana
kos sara hidup yang tinggi.

2.       Ramai juga golongan Asnaf Zakat berada di kawasan Lembah Kelang.

3.       Terdapat juga golongan Anak Yatim dan anak-anak Ibu Tunggal
yang tidak terbela di kawasan bandar.

4.       Terdapat banyak rumah2 banglow terbiar,  daripada terbiar
elok dimenafaatkan untuk penempatan golongan-golongan di atas.  Ada
saham untuk pemilik rumah berkenaan.

5.        Warga Lembah Kelang yang berkemampuan agak sibuk untuk pergi
menzirahi rumah-rumah amal  yang terpencil.  Usaha ini memudahkan
golongan ini untuk menziarahi dan menyumbang kepada mereka.

6.       Tenaga sukarelawan yang ramai terdapat di Lembah Kelang



Bagi merealisasikan hasrat murni ini tuan/puan boleh menyumbang dalam
berbagai cara:

1.       MEMBIAYAI:

A.      Sewaan bulanan bangunan

B.      Bil-bil utiliti

C.      keperluan dapor

D.      Belanja persekolahan pelajar



2.        MEMBIAYAI ASET TETAP (TERPAKAI atau BARU):

A.  Katil dan tilam untuk asrama

B.  Keperluan dapur asrama

C.  Keperluan bilik-bilik : Dewan utama dan bilik-bilik

D.  Kerusi dan meja untuk kelas Tadika & Kafa/Tuisyen

E.  Kenderaan (van/bas) bagi pengangkutan dari asrama ke tadika/sekolah



3.       BANGUNAN UNTUK DIWAKAF-GUNA:

Mencari tuan-tuan rumah yang ingin MEWAKAF GUNA rumah yang sesuai
untuk di duduki oleh seramai 20 hingga 40 orang pelajar,  berumur di
antara 5 hingga 12 tahun.



4.        MENDAFTAR SEBAGAI SUKARELAWAN:

A.  Tenaga pengajar/tuisyen/guru agama

B.  Pengendali laman web

C.  Tenaga perhubungan bagi usaha menacari penaja dan dana

D.  Wakil perhubungan bagi kerja-kerja pendaftaran dengan JKM dan PPD



5.       DOA MENDOAKAN

Pasanglah niat yang ikhlas untuk bersama dalam usaha amal ini dan
sama-samalah kita doa mendoakan sesame kita agar segala usaha yang
kita lakukan akan dinilai oleh ALLAH sebagai satu AMAL TAQWA untuk
bekalan kita bersama di hari AKHIRAT kelak.  Amin Ya Rabbal Alamin.



Kami rasa inilah masa yang sesuai untuk kita mula bergerak, kerana
persekolahan sesi 2008 akan berakhir tidak lama lagi,  dimana
anak-anak di Tadika (RKH) yang ada sekarang akan mendaftarkan diri ke
Sekolah Kebangsaan pada sesi 2009 dan anak-anak di asrama Sekolah
Rendah (RSK) akan membuat persiapan untuk kemasukan musim persekolah
baru.



Sekiranya ada apa-apa cadangan dan sumbangan sila hubungi :

Puan Mazlina : 019-3133430

Ustaz Zahari : 013-3303430

Lamanweb: www.rumahamal.org/wakaf.htm





Sekian, semoga yang membantu akan dibantu, wassalam.



Yang berusaha,

ROHANA BT. ALI

Emal: [EMAIL PROTECTED]

Penasihat RKH & RSK



P/S:  Ingin dapatkan kuliah siri MiNDA: "BERSYUKUR ITU LEBIH BERAT
DARI BERSABAR"

           Silalayari: http://www.rumahamal.org/Syukur_Sabar.htm




-- 
Mohd Nazri Mohd Nor, Sales Director,
Tel-Lab International Sdn. Bhd,
Register for 19 Nov, mySQL events in PICC at
http://my.sun-promo.com/opensource/my/index.html



      

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke