[Attachment(s) from ahmad khairy ahmad domil included below]

Assalamu`alaikumwaRahmatULLAHIwaBarakatuh...
 
AKAD pernah suarakan perkara ini sekitar tahun 2009 keeer..., 2010 keeer...
 
AKAD AIJAdRS
 
********************************************************************
 
 
17 Surah Al-Isra’ / Surah Bani Israel;  Ayat:110
 
Maksud ayat: Say; “Call upon ALLAH, or Call upon Ar-Rahman; By whatever name ye call Upon HIM, (it is well): For to HIM belongs TheMost Beautiful Names. Neither speak thy prayer aloud, nor speak it in a low tone, but seek a middle course in between.”
 
Huraian ayat berikut: Neither speak thy prayer aloud, nor speak it in a low tone, but seek a middle course in between
 
All prayers should be pronounced with earnestness and humility, whether it is congregational prayer or the private outpouringof one’s own soul. Such an attitude is not consistent with an over-loud pronounciation of the words, though in public the standard permissible loudness is naturally higher than in the case of private prayer. In public prayer, of course, the Azan or call to prayer will be in a loud voice to be heard near and far, but the chants from the sacred book should be neither so loud as to attract the hostile notice of those who do not believe, not so low in one as not to be heard by the whole congregation. 
 
 
Dipetik dari; THE HOLY QUR-AN: English Translation of the meanings and Commentary; Mushaf Al-Madinah An-Nabawiyah.  Revised and edited by; The Presidency of ISLAMIC Researches, IFTA, CALL and Guidance, Saudi Arabia
 
 
Di Malaysia hari ini, ajk Musolla dan Masjid langgar larangan ALLAH dalam Surah dan ayat ini, dengan memperdengarkan ayat-ayat suci Al-Qur-an dengan kuat di sekeliling masjid / musolla hingga golongan kafir marah sebab terganggu…Dan mereka marahkan Azan, salahkan Azan...!  Sebab itu ALLAH larang buat yang sedemikian… Bila si kafir marah…, Azan yang takde persoalan pun tebbabit kena “bancuh- sama; lebih teruk, ALLAH dipersalahkan….
 
Ada laaa hikmahnya apa sebab ALLAH larang perkara itu… Yang segelintir besar orang Melayu menjadi ajk musolla / masjid, pergi pelantak pasang CD/kaset Al-Qur-an kuat-kuat di pembesar suara hingga satu negeri boleh dengari…, apa hal?? Memandangkan perbuatan ini melanggar perintah ALLAH dalam Al-Qur-an, siapa yang tak bertaubat dan meninggalkannya…, bukan ke menimbunkan dosa mananya tu...??!
 
Melaungkan Azan dengan lantang untuk memanggil orang muslim supaya solat berjamaah, ini syariat ISLAM dan si kafir takde masalah, InsyaALLAH. Perdengarkan satu negeri bacaan AlQur-an, ini bukan syariat ISLAM, malah ALLAH larang melalui lisan Al Qur-an itu sendiri. 
 
 
 
 
 
 
Apa ada salah kalau pasang untuk diperdengarkan dalam masjid/musolla sahaja?? Itu pun tak boleh kuat hingga ia keluar daripada ruang solat masjid/musolla.  Sesiapa yang berkenaan, kena bertaubat dan hentikan perbuatan ini segera. Si kafir tak akan hormati ISLAM sebab Muslim tak patuh kepada perintah ALLAH dalam Al Qur-an.  Kongsikan dengan ummah…
 
 
 
*** Sila tambah-baik pemberitahuan ini dengan merujuk tafsir terjemahan Melayu. JazakumULLAHU Khairan Katheeera wa Jannatul Firdaus wa Kholidi nafiiiha Abada...
 
===========================================================================


From: ab rahim abdul hamid <arah1...@yahoo.com>
To: u hartford <x-...@yahoogroups.com>; naqibnet-disk...@yahoogroups.com; bekam <be...@googlegroups.com>
Cc: silaturrahim <thesilaturra...@googlegroups.com>
Sent: Saturday, August 13, 2011 7:27 PM
Subject: [NaqibNet Diskusi] Laungan azan: Mengapa saya sokong mufti Pulau Pinang?
Laungan azan: Mengapa saya sokong mufti Pulau Pinang?
Dr Mohd Asri Zainul AbidinOgos 13, 116:06pm
 
Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat. Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;azan islam call to prayer1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.4. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nab, kata Abu Sa'id al-Khudri: “Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda. kaabah mekah islam holycity 080307 largeLalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih). Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin rh mengulas hadis ini dengan katanya: “Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).
pakistan terror school 071204 badshahi mosque"Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid... dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini...boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

azan call for prayer5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai.
Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata: “Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan.
"Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

berita harian larang pembesar suara waktu subuh 120811Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni.
Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya.
 

Attachment(s) from ahmad khairy ahmad domil

1 of 1 File(s)


__._,_.___


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke