Saya cukup setuju dengan tindakan PUM ini kerana nampaknya, non-Muslim di 
negara kita pada hari ini lebih suka untuk membuat pakatan dalam hal yang 
menjauhkan umat Islam dari Islam. 

Namun bila ada unsur keislaman dan memperjuangkan nasib umat Islam, merekalah 
paling jaguh menjadi penentangnya! Lihat sahaja kenyataan Lim Kit Siang dan 
Karpal Singh dalam perkara ini. 


Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah 
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis 
Ada yang menghisabnya. 

Ahmus

--- On Fri, 1/9/09, alamkia <alam...@gmail.com> wrote:
From: alamkia <alam...@gmail.com>
Subject: [suaraulama] PUM buat laporan polis terhadap Malaysiakini
To: "suaraulama" <suaraul...@yahoogroups.com>
Date: Friday, January 9, 2009, 6:05 AM










    
            PUM buat laporan polis terhadap Malaysiakini


Mohamad Hadi Ahmad Talhah (dua dari kiri) memegang salinan laporan polis 
manakala dari kiri, Wan Ahmad Faisal Wan Ahmad Kamal, Khairul Anwar Mustafa dan 
Ahmad Nazri Mohd. Noh memegang poster membantah laporan laman 
web Malaysiakinidi Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 8 Jan. - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) hari ini membuat laporan 
polis terhadap laman web Malaysiakini kerana menyiarkan satu rencana yang 
menghina pemimpin Islam serta memperlekehkan usaha rakyat di negara ini 
memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang kini ditindas rejim Israel.
Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi PUM Cawangan Wilayah 
Persekutuan, Mohamad Hadi Ahmad Talhah di Balai Polis Brickfields di sini pada 
pukul 2 petang.Turut disertakan dalam laporan tersebut, satu salinan rencana 
yang berjudul Abdullah's anti-Israel Posturing yang disiarkan dalam portal 
tersebut kelmarin.
Menurut Mohamad Hadi, rencana itu yang ternyata menyokong tindakan Israel telah 
mengguris hati serta membangkitkan kemarahan orang Islam.''Berikutan itu, PUM 
meminta Malaysiakini supaya menarik semula rencana terbabit serta-merta dan 
membuat permohonan maaf secara terbuka.
''Jika tidak, kami minta kerajaan bertindak tegas dengan menggantung atau 
menarik permit operasi portal berita berkenaan,'' katanya yang ditemui selepas 
membuat laporan polis di sini hari ini.Kandungan rencana itu antara lain 
memperlekehkan usaha semua pihak yang ingin membantu rakyat Palestin daripada 
cengkaman tentera Zionis termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan 
masyarakat awam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut disifatkan seorang yang 
hipokrit dalam memperjuangkan isu Palestin.Orang ramai termasuk NGO yang 
menyertai demonstrasi membantah kekejaman Israel turut dituduh menerima upah 
untuk tujuan tersebut.
Selain itu, ia juga mempersoalkan tindakan negara anggota Pertubuhan 
Persidangan Islam (OIC), pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 
(PBB) termasuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dalam menangani isu 
Palestin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul 
Bari Wan Abdul Khalid ketika ditemui pejabatnya di sini, mengesahkan polis 
menerima laporan berkenaan.

      

    
    
        
         
        
        








        


        
        


      

Kirim email ke