Assalaumaualikum,

Saudara Rozmal,

 Allah SWT berfirman;
Al Baqarah 208-209
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu
ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut
langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata
bagimu.Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang
kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana. ( al- Baqarah : 208-209 ]

Menurut Imam Sayuthi dalam Lubu Nuqul Fi Asbabil Nuzul, ayat ini diturunkan 
apabila Abdullah bin Sallam dulunya Yahudi yang masuk Islam, secara emosinya 
tidak berapa selesa dengan makanan halal dalam Islam yang mana dalam agama 
Yahudi makanan tersebut adalah haram. Jadi dia berkata bahawa dalam bab makanan 
dia ingin mengikut cara Yahudi. Akhirnya turun ayat ini yang menegur sikap 
Abdullah b Sallam.

Berbalik kepada tanah Adat, hukum-hakam Islam telah menerangkan dengan jelas 
bahawa apa sahaja yang dimiliki oleh si mati, sama ada tanah, hamba, harta 
bergerak atau tidak bergerak mesti diagihkan kepada yang hidup mengikut hukum 
wirashah dalam Islam. Jadi ikutlah Islam secara keseluruhan. Jangn 
mengecualikannya walau sedikitpun termasuklah tanah adat. 

Saya melihat penulisan saudara ini bukannya berasaskan dalil tapi lebih kepada 
emosi untuk membenarkan adat pepatih berkenaan dengan tanah. Teguran Allah 
kepad Abdullah b Sallam sepatutnya saudara mengambilnya sebagai pengajaran 
untuk kes tanah adat ini

sekian wassalam

Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah 
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis 
Ada yang menghisabnya. 

Ahmus

--- On Wed, 1/7/09, Rozmal bin Malakan <roz...@yahoo.com> wrote:
From: Rozmal bin Malakan <roz...@yahoo.com>
Subject: [suaraulama] Tanah Adat Perpatih Pemecah Belah Melayu ?
To: pa...@yahoogroups.com, taman_alama...@yahoogroups.com, 
assaidiy...@yahoogroups.com, darul-khu...@yahoogroups.com, 
islah-net@yahoogroups.com, gerak-us...@yahoogroups.com, 
suaraul...@yahoogroups.com, relex...@yahoogroups.com, 
harakah_da...@yahoogroups.com, x...@yahoogroups.com, sdar...@yahoogroups.com, 
misgusalu...@yahoogroups.com, jen...@yahoogroups.com, 
cyberdig...@yahoogroups.com, hidayah...@yahoogroups.com, 
inga...@yahoogroups.com, malayc...@yahoogroups.com, maynetw...@yahoogroups.com, 
mymas...@yahoogroups.com, panoram...@yahoogroups.com, 
sahabatinterak...@yahoogroups.com, sut...@yahoogroups.com, 
umno-ref...@yahoogroups.com, usahawan_mel...@yahoogroups.com, 
cyberka...@yahoogroups.com, mengang...@yahoogroups.com, 
melayucy...@yahoogroups.com, watan_sa...@yahoogroups.com, 
parti-keadi...@yahoogroups.com, minda_umno_pas_keadi...@yahoogroups.com, 
malaysian_students_free_spe...@yahoogroups.com, 
idealis_mahasi...@yahoogroups.com
Date: Wednesday, January 7, 2009, 11:40 PM










    
            Ramai yang salah faham mengenai Adat Perpatih sehingga ramai yang 
menganggap Adat Perpatih ini tidak sesuai atau tidak relevan lagi pada zaman 
sains dan teknologi. Walhal yang menjadi masalah hanyalah pemahaman mengenai 
Tanah Pesaka Adat, sedangkan pembahagian lain-lain harta adalah mengikut 
syariat Islam.



Justeru itu penerangan mengenai status Tanah Pesaka Adat ini haruslah diberi 
penerangan kepada rakyat Negeri Sembilan agar ianya tidak menjadi penghalang 
kepada pembangunan dan menjadi perbalahan antara keluarga. 



Tanah Pesaka Adat sebenarnya adalah tanah milik Suku. Terdapat 12 Suku di 
Negeri Sembilan. Ini bermakna mana-mana keluarga dari satu suku yang membiarkan 
tanah mereka terbiar, rumah mereka terbiar maka tanah tadi boleh diambil 
kembali dan diberikan kepada keluarga lain dari suku yang sama. Tanah Pesaka 
Adat bukan milik mutlak keluarga atau peribadi (boleh diumpamakan ianya milik 
kerajaan)



Masalahnya, adakah Datuk Lembaga dan Buapak tahu tanggungjawab mereka untuk 
mempastikan tiada satu inci pun Tanah Pesaka Adat ini terbiar ? Jika ianya 
terbiar , mereka inilah akan dipertanggungjawabk an di akhirat nanti , mereka 
akan ditanya kenapa tidak menunaikan amanah mereka di dunia ini.



Saya sebagai anak Negeri Sembilan dari Suku Lela Maharaja (ibu) dan Suku Sedia 
Raja (ayah) sekadar mengingatkan semua.



Jika terdapat mana-mana elemen dalam Adat Perpatih didapati tidak lagi relevan 
maka ianya perlulah dibawa berunding agar permasalahan tanah dan rumah terbiar 
di Tanah Pesaka Adat di Negeri Sembilan ini tidak berlanjutan yang merugikan 
semua pihak.



Harus difahami Adat Perpatih telah menjalani beberapa pengubahsuaian mengikut 
perkembangan semasa seperti yang dilakukan oleh Tuanku Imam Bonjol pada abad ke 
19 yang tercetusnya pepatah adat “Syarak Mengata , Adat Menurut”.



Rozmal bin Malakan

http://waghih. blogspot. com 



************ ********* ** 

Tanah Adat Penghalang Pembangunan?



Tanah yang diteroka oleh mereka ini akan diwariskan kepada anak-anak atau 
saudara-mara mereka secara turun-temurun melalui peraturan adat yang 
ditetapkan. Tanah inilah yang dikenali sebagai tanah adat atau tanah pusaka.  

     

Justeru, dalam kes tertentu, Datuk Lembaga (setelah berbincang dengan Buapak 
dan Besar) sebagai ketua sukunya, berhak mengambil kembali tanah adat yang 
diamanahkan kepada sesebuah keluarga jika  tidak diusahakan. Datuk Lembaga juga 
bertanggungjawab untuk memastikan tanah adat ini sentiasa terpelihara dan tidak 
terlepas kepada sesiapa yang bukan daripada suku.

 

Rujukan Majalah Dewan Budaya April 2004 http://dbp.gov. my/lamandbp/ main.php? 
Content=articles &ArticleID= 151 



************ ****** 



Tanah Adat Punca Kemiskinan Di N.Sembilan ? 



Adakah tanah adat salah satu punca kemiskinan, tanah terbiar, rumah terbiar di 
N.Sembilan ? Tanah adat adalah tanah pusaka turun temurun yang hanya boleh 
diwarisi oleh anak-anak perempuan. Seterusnya di http://waghih. blogspot. 
com/2008/ 08/tanah- adat-punca- kemiskinan- di.html



************ ******** 



Generasi muda mahu adat perpatih diubahsuai



JIKA kita pergi di Negeri Sembilan di mana adat perpatih diamalkan di antaranya 
di kawasan Rembau, kita akan dapati banyak rumah-rumah lama yang asasnya masih 
kukuh ditinggalkan begitu sahaja. 



Rujukan Utusan Malaysia http://www.utusan. com.my/utusan/ arkib.asp? y=2001&dt= 
0104&pub= utusan_malaysia& sec=forum& pg=fo_04. htm&arc=hive 




      

    
    
        
         
        
        








        


        
        


      

Kirim email ke