assalamualaikum,

Saya terpanggil untuk menulis bila melihat saudara Rozmal beriya-iya 
mempertahankan 'tanah adat' macam mempertahankan Islam sahaja. Kalau saudara 
maksudakan bahawa tanah adat itu maksudnya tanah-tanah yang mana mengamalkan 
adat pepatih iaitu mengutamakan wanita dari lelaki, dan hukum-hakam ini adalah 
hukum hakam ciptaan manusia @ hukum jahiliyyah, maka saya ingin menasihatkan 
bahawa Tanah Rembau adalah sama dengan tanah merah, sama dengan tanah putra 
jaya, sama dengan tanah Kg Chodoi atau Batang Berjuntai, tidak ada istimewa di 
sisi Islam.

Kembalilah kepada hukum syarak, rujuklah Ahkamul Ard dalam Islam, tinggalah 
adat jahiliyyah.

sekian wassalam

Suara N9 <[EMAIL PROTECTED]> wrote:                               Akhbar Utusan 
Malaysia bertarikh 21 Februari 2008
 antara lain menyebut bahawa Datuk Seri Mohamad Hasan
 berkata bahawa kerajaan negeri bercadang untuk membina
 landasan pesawat kecil. Kawasannya juga telah dikenal
 pasti iaitu di Batu Hampar , Rembau. Menurutnya lagi
 kawasan itu adalah TANAH KAMPUNG.
 
 Kita tidak menolak sebarang pembangunan, buatlah
 landasan kapalterbang tak kiralah besar atau kecil.
 
 Cuma persoalannya sekarang kenapa perlu ambil TANAH
 KAMPUNG ? Adakah tanah kampung ini merupakan TANAH
 ADAT ? Sekiranya ianya Tanah Adat berapakah pampasan
 yang akan diberikan kepada pemilik tanah ? Adakah
 menurut nilaian Tanah Adat , Tanah Pertanian , Tanah
 Perumahan atau Tanah Industri ? Memang Tanah Adat di
 Rembau ini tiada nilai langsung jika hendak dijual,
 ini adalah kerana Tanah Adat hanya boleh dijual di
 kalangan adik beradik perempuan sahaja , lelaki tiada
 hak langsung untuk mendapatkan Tanah Adat. Sehinggakan
 ada yang menawarkan untuk membeli tanah adat ini
 dengan harga RM 5000 sahaja untuk suku ekar.
 
 Tapi sekiranya Tanah Adat ini ditukar status ke Tanah
 Industri , barangkali ianya boleh mencecah
 berjuta-juta ringgit untuk satu ekar.
 
 Janganlah orang kampung tergila-gilakan pampasan yang
 beberapa puluh atau beberapa ratus ribu ringgit.
 Dapatkah katakan RM 100,000 ringgit sekarang ini
 menggantikan satu ekar Tanah Adat yang sudah tergadai
 ? RM 100,000 hanya dapat membeli sebuah rumah teres 20
 kaki kali 60 kaki.
 
 Kenapa perlu ambil Tanah Adat milik orang Melayu ?
 Ambil saja Tanah Kerajaan , Tanah Swasta , Tanah Badan
 Berkanun , Tanah Estet dan sebagainya.
 
 Orang-orang Adat di Rembau ini , seharusnya
 mempertahankan Tanah Adat di Rembau ini. Ianya
 haruslah dimajukan untuk kebaikan pewaris-pewaris yang
 sah. Moyang kita bersusah payah datang dari Sumatera ,
 meneroka bumi Rembau ini , sekarang kita keturunan
 cucu cicitnya hendak menggadaikan Tanah Adat yang
 tinggal sekangkang kera ini atas nama pembangunan ?
 Kalau benar atas nama pembangunan , pastikan pampasan
 yang diberikan adalah setimpal dengan nilaian Tanah
 Komersial bukannya Tanah Adat.
 
 Mana pergi semangat perjuangan UMNO 1951 , atau orang
 UMNO Rembau ini sudah lupa sejarah perjuangan UMNO di
 bumi Rembau ini ? Sila rujuk buku “A Share of the
 Harvest - Kinship, Property, and Social History among
 the Malays of Rembau” yang ditulis oleh Michael Gates
 Peletz terbitan University of California Press pada
 tahun 1988
 http://content.cdlib.org/xtf/view?docId=ft6m3nb481&brand=eschol
 
 Dalam buku itu menyebutkan berlaku Kontoversi Adat
 yang besar pada tahun 1951. Pada tahun 1951 Biro Agama
 UMNO Bahagian Rembau telah mengeluarkan satu
 memorandum bahawa terdapat beberapa amalan Adat
 Perpatih yang bertentangan dengan hukum Islam , dan
 sesiapa yang mengamalkannya adalah berdosa. Ramai
 pihak telah menyokong memorandum tersebut. Sehingga
 mendapat sokongan Undang dan Yam Tuan Besar pada
 ketika itu dimana dalam buku itu memetik “…Yang
 diPertuan Besar then brought the matter to the Council
 of State, proposing a review of Chapter 215 of the
 Customary Tenure Enactment of 1926 on the grounds that
 it was unfair to men” (Yang Dipertuan Besar kemudian
 telah membawa perkara tersebut pada Majlis Negeri,
 mencadangkan agar dikaji Bab 215 Akta Adat 1926 atas
 alasan ianya tidak berlaku adil kepada pihak lelaki)
 
 Bagaimanapun memorandum ini tidak berjaya dilaksanakan
 kerana ianya mendapat tentangan dari orang-orang Adat
 di peringkat bawahan.
 
 Dengar sini ahli UMNO, dengar sini Puteri UMNO, dengar
 sini Putera UMNO. Ingat ! dulu lagi UMNO dah
 perjuangkan Tanah Adat ini agar diberi sedikit
 kelonggaran kepada anak lelaki untuk mendapatkan
 bahagian, agar anak lelaki dapat SOLOMPAP tanah untuk
 dibuat rumah empat tiang. Tapi sekarang UMNO atas nama
 pembangunan perjuangkan Tanah Adat untuk dibangunkan
 sebagai Tanah Komersial. Sanggupkah kita tengok adik
 beradik lelaki kita hidup menumpang tanah orang ,
 berebutkan rumah PPRT sedangkan Tanah Adat masih ada ?
 
 Jangan pertahankan UMNO , jangan pertahankan PAS ,
 jangan pertahankan PKR. Pertahankan Tanah Adat kita.
 Bawa berunding dengan orang-orang Adat, orang UMNO,
 orang PAS, orang PKR. Supaya Tanah Adat di Rembau ini
 dapat dikongsi bersama dengan adik beradik kita yang
 lelaki. InsyaALLAH Rembau ini akan maju dan akan
 mendapat rahmat ALLAH swt. 
 
 Jangan sampai kita disumpah oleh nenek moyang kita
 yang meneroka tanah Rembau ini , kerana kita
 menggadaikan Tanah Adat atau tidak mengusahakan Tanah
 Adat !
 
 __________________________________________________________
 Looking for last minute shopping deals?  
 Find them fast with Yahoo! Search.  
http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping
 
     
                               


Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah 
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis 
Ada yang menghisabnya. 

Ahmus


       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke