Dalam tempoh 1 minggu pada bulan Februari 2011 dilaporkan 3 orang pelatih PLKN telah meninggal dunia dan seoang lagi koma. Ini sesuatu yang amat-amat menggusarkan dan merisaukan semua pihak terutama ibu bapa serta penjaga yang ada anak-anak mereka di kem PLKN ketika ini dan yang akan menyertai PLKN pada masa akan datang.
Kisah Dua pelatih PLKN meninggal dunia, seorang koma sebelum ini di http://amkns.blogspot.com/2011/02/dua-pelatih-plkn-meninggal-dunia.html Pelatih PLKN meninggal ketika solat Utusan Malaysia 24 Feb 2011 Jenazah Syed Rahman Wan Ahmad selepas disembahyangkan di Masjid Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Abdul Hadi Awang Kechil (belakang dua dari kiri). --------------- KUALA LUMPUR 23 Feb. - Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) meninggal dunia ketika mengerjakan solat di kem PLKN di Rimba Templer dekat sini, semalam. Syed Rahman Wan Ahmad, 18, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, meninggal dunia kira-kira pukul 1.45 petang. Allahyarham sebelum ini dikatakan tidak menghidap sebarang penyakit dan berada dalam keadaan sihat. Bapanya, Wan Ahmad Wan Yassin, 50, ketika ditemui di Kem Sungai Besi di sini berkata, dia sekeluarga terkejut sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kematian anaknya. Katanya, arwah tidak menunjukkan tanda-tanda aneh selain melahirkan rasa seronok dan selesa berada di kem berkenaan. "Kali terakhir arwah menghubungi kami sekeluarga pada Ahad lalu dan menyatakan dia berada dalam keadaan baik serta seronok tinggal di kem terbabit. "Saya tidak sangka dia akan meninggalkan kami dengan begitu cepat," katanya yang akan membawa pulang jenazah anaknya ke Sabah, hari ini. Wan Ahmad turut berpuas hati dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan berterima kasih terhadap pihak pengurusan yang sanggup menanggung perjalanan pergi dan balik keluarganya. Selain itu, rakan Allahyarham, Aminuddin Basir, 17, ketika ditemui berkata, arwah merupakan seorang yang sangat ramah dan baik hati. "Walaupun baru beberapa minggu menyertai latihan di PLKN, arwah sudah dikenali ramai kerana keramahannya dengan semua pelatih di kem," katanya ketika ditemui di Masjid Kem Sungai Besi di sini. Dalam pada itu, Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berharap tiada sesiapa yang akan menimbulkan spekulasi. Beliau berkata, berdasarkan rekod kesihatan dan perubatan arwah, dia berada dalam keadaan sihat serta tidak mempunyai sebarang penyakit. "Setiap peserta PLKN dilindungi insurans yang bernilai RM55,000, bagi melibatkan kematian biasa," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu. Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan punca kematian dipercayai akibat sawan. "Kita mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan tiada unsur-unsur jenayah dilaporkan berlaku," katanya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: islah-net-dig...@yahoogroups.com islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com <*> To unsubscribe from this group, send an email to: islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/