SERBA RINGKAS TEKNIK PERNIAGAAN
PROGRAM FOUNDER - AHMAD PAIZAL MOHD UNUS
http://onemalaysia.netfirms.com

Bagaimana anda ingin berjaya di dalam perniagaan yang berasaskan
Multilevel Marketing / Network Marketing terutamanya perniagaan yang
kita jalankan ini? Disini ada sedikit tips yang dapat kami kongsikan
secara ringkas dan serba sedikit untuk tatapan anda. Kami akan
menambah lagi dari semasa ke semasa agar kita sama - sama dapat
memajukan diri kita bersama.

1. Matlamat Anda
Apa yang anda inginkan di dalam hidup anda? Apakah perkara yang anda
ingin kecapi? Apakah impian anda dan keluarga? Kami pasti, anda
mengimpikan kehidupan yang senang, bahagia dan ceria disamping
keluarga anda yang tercinta. Anda juga ingin kebebasan daripada
masalah kewangan. Setiap manusia ingin hidup senang dan mewah. Tetapi
berapa ramaikah mereka yang benar - benar berusaha kearah itu? Berapa
ramaikah di antara mereka yang benar - benar berazam untuk berusaha
dan berusaha dan berusaha tanpa mengenal erti penat lelah? Oleh itu,
tetapkan matlamat dan pendirian anda untuk mencapai apa yang anda
impikan. Jangan mudah mengalah dan putus asa jika tidak berjaya pada
awalan. Pastikan anda akan berjaya juga. Semua insan pasti akan
berjaya jika mereka tidak kenal erti kegagalan dan putus asa.

2. Sabar
Dalam perniagaan MLM ini, apa yang penting adalah kesabaran. Anda
perlu bersabar dari pelbagai segi. Bidang ini melibatkan hubungan
antara manusia dan manusia. Perkara inilah yang memerlukan tahap
kesabaran yang tinggi. Anda terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah
dan ragam manusia ketika menjalankan tugas anda sebagai Usahawan MLM.
Ada ketikanya anda akan tidak dilayan, ditolak penerangan, dimarah,
dianggap penipu dan sebagainya ketika menjalankan perniagaan ini. Oleh
itu, anda kena tabah dan sabar ketika menghadapinya. Seseorang yang
mudah mengalah dan putus asa tidak akan dapat untuk memajukan dirinya.
Pastikan anda tidak tergolong dalam golongan - golongan yang
sedemikian.

3. Yakin
Yakin bahawa anda boleh buat. Jangan fikir "aku tak boleh buat. Aku
tak ada masa. Aku tak pandai bercakap. Aku tak ada pengalaman." Dan
macam - macam lagi pemikiran negatif yang bermain - main diminda. Jika
anda sudah berfikir begitu, ini bermakna anda telah membina satu
tembok besar yang menghalang anda untuk berjaya. Anda seharusnya yakin
bahawa anda boleh melakukannya. Mengapa? Selagi anda berusaha, selagi
anda mencuba, selagi anda inginkan kejayaan, maka anda pasti boleh
melakukan. Anda perlu yakin pada diri sendiri. Anda yang menentukan
nasib diri anda sendiri. Oleh itu, majukan diri dengan meyakinkan diri
bahawa anda boleh lakukan apa - apa jua bidang terutama MLM ini.

4. Usaha
Bolehkah anda berjaya tanpa usaha? Bolehkah anda dapat sesuatu tanpa
usaha? Sudah tentu TIDAK!. Tanpa usaha, anda tidak akan dapat apa -
apa kejayaan. Kerana itulah lahirnya ungkapan "USAHA ITU TANGGA
KEJAYAAN". Jika kita tidak berusaha di dalam perniagaan ini, bagaimana
kita boleh dapat memperoleh kejayaan? Semua perkara memerlukan usaha
untuk kita mendapat kejayaan. Anda tidak boleh beranggapan, hari ni
anda sertai perniagaan MLM ini, esok atau lusa anda dah berjaya.
Sedangkan orang yang telah berjaya di dalam perniagaan seperti ini pun
mengambil masa yang lama untuk berjaya. Ingat, anda melibatkan diri
dalam perniagaan MLM. Perniagaan ini memerlukan komitmen dan ketekunan
serta usaha yang berterusan daripada anda. Ini kerana, Andalah yang
menentukan nasib anda. Anda adalah bos kepada diri anda sendiri. Tiada
siapa yang dapat mengarah anda. Jika anda ingin berjaya, maka anda
perlulah berusaha. Jika tidak, anda akan kecundang.

5. Teknik / Strategi
Menjalankan Perniagaan MLM ini memerlukan teknik dan strategi yang
baik dan betul. Anda harus memastikan bahawa anda perlu untuk sentiasa
berhubungan dengan pelanggan / downline / orang ramai dengan baik.
Anda perlu mengambil berat tentang downline - downline anda. Ini
kerana, mereka merupakan rakan perniagaan anda. Tanpa mereka, anda
tidak akan berjaya. Oleh itu, anda perlu untuk sentiasa berhubungan,
bantu dan mengambil tahu serba sedikit tentang perkembangan mereka.
Beri tunjuk ajar jika mereka memerlukan. Jangan tinggalkan mereka
begitu saja setelah anda menjadikan mereka sebagai rakan perniagaan
anda. Ini kerana, anda sedang merugikan diri anda sendiri. Seperti
yang kami perkatakan tadi, Downline anda merupakan rakan perniagaan
anda. Tanpa mereka, anda tidak akan dapat berjaya.

SIAPA LAGI YANG NAK TOLONG ORANG KITA, JIKA BUKAN KITA SENDIRI

--
http://onemalaysia.netfirms.com

PROGRAM FOUNDER
Ahmad Paizal Mohd Unus
TEL / SMS : 016 - 281 1574


///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke