Bahasa






Keputusan PRU13 petanda Dr M sudah tidak berpengaruh


OLEH CLARA CHOOI DAN MD IZWAN
May 09, 2013

KUALA  LUMPUR, 8 Mei — Pilihan Raya Umum 2013 adalah petanda Tun Dr
Mahathir  Mohamad sudah tidak lagi berpengaruh dalam kuasa politik,
analisis di  mana dan bagaimana beliau berkempen adalah merupakan
petanda jelas.
Bekas  perdana menteri itu berkempen tidak henti-henti namun calon
Barisan  Nasional (BN) disokong atau berkongsi cita-cita dengan beliau -
seperti  ahli politik kontroversi Zulkifli Noordin dan Ibrahim Ali,
kedua-dua  tewas.

Di  Kedah, walaupun anaknya Datuk Mukhriz telah ditabal sebagai Menteri 
Besar sebaik sahaja - ahli politik tempatan dan pemerhati telah 
menyatakan PAS telah disingkir adalah kerana tadbir urus yang lemah oleh
parti komponen Pakatan Rakyat (PR) tersebut.

Mahathir  tidak memenangi Kedah untuk BN tetapi sebaliknya adalah kerana
PAS yang  akan kehilangan negeri tersebut, kata seorang pemimpin politik
veteran  Umno di negeri Kedah kepada The Malaysian Insider.

Usaha Dr Mahathir untuk mewujudkan pertarungan di Gelang antara Melayu
dan Cina juga mengalami kegagalan teruk.

Ramai  penganalisis dan ahli politik BN berkata langkah beliau memainkan
isu  perkauman sepanjang kempen Pilihan Raya 2013 juga menyebabkan
sokongan  kepadanya semakin menurun.

"Beliau  masih mempunyai penyokong khususnya di kalangan kaum Melayu,
mereka  tidak akan merendahkan martabat pemimpin yang mereka rasa telah
lama  bersama mereka.

"Tetapi  ya... mungkin pada suatu ketika masanya sudah berakhir. Apa
yang dia  kata, bagaimana dia berkata, mungkin sudah tidak menarik di
kalangan  generasi muda, di kawasan bandar. Tapi kita jangan lupa,
beliau bukan PM  hari ini," kata setiausaha Umno Sabah, Datuk Abdul
Rahman Dahlan kepada  The Malaysian Insider.

Namun, pemimpin lain tidak memberi ruang kepada beliau dan berpendapat
Dr Mahathir yang sudah mencecah 87 tahun sewajarnya bersara dan
menjauhkan diri daripada politik semasa kerana sudah TIDAK lagi relevan.


Mereka  berpendapat di zaman politik media sosial, pengaruh Dr Mahathir 
menyusut dengan cepat kerana rakyat Malaysia lebih suka jenama yang 
lebih liberal, sederhana dan politik inklusif yang dibawa oleh Perdana 
Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sokongan  kuat ke atas Dr Mahathir di kalangan pengundi Melayu
tradisional  generasi tua dilihat tidak mencukupi untuk membantu
kemenangan BN pada  pilihan raya selepas ini.

Mereka  berkata pengundi bandar yang berkembang pesat, kelas pertengahan
dan  muda tidak lama lagi akan membentuk sebahagian pengundi yang lebih 
besar.

Berdasarkan  corak pengundi Pilihan Raya 2013, demografik pengundi ini
adalah kunci  utama yang perlu BN menangi jika mahu mendapat mandat yang
lebih kuat  pada pilihan raya mendatang.

"Saya  berharap dengan melihat analisis pilihan raya, beliau akan sedar 
masanya sudah berakhir," kata ketua eksekutif Institut Demokrasi dan Hal
Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan.

"Beliau meninggalkan pentadbiran negara ini kepada generasi baru ahli
politik yang diketuai oleh Najib.

"Beliau  sudah berada pada zamannya dan telah melakukan banyak perkara 
menakjubkan tapi masanya dalam politik sudah tamat. Sebelum beliau 
memusnahkan legasinya, sudah tiba masanya beliau bersara dengan aman," 
katanya.

Pilihan  Raya 2013 menyaksikan calon pilihan pro-Melayu Dr Mahathir
seperti  Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan naib presiden Datuk
Zulkifli  Noordin kedua-duanya gagal mendapat kemenangan.

Bercakap kepada The Malaysian Insider baru-baru  ini, ketua bahagian
Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi M. Zin mengakui  jika Dr Mahathir
tidak berkempen di Shah Alam, BN mungkin boleh mendapat  lebih banyak
undi.

"Secara  keseluruhannya, di bandar-bandar, saya rasa pengaruh Dr
Mahathir tidak  lagi relevan kerana isu yang beliau membawa dan pendapat
beliau tidak  benar-benar sesuai dengan generasi semasa, terutama dengan
sokongan  terhadap Perkasa.

"Mungkin BN perlu kaji semula perkara ini," kata beliau.

Dikala  lawan mereka Pakatan Rakyat (PR) memastikan pemimpin mereka
bekerja  keras menjauhkan diri daripada perkauman semasa berkempen, Dr
Mahathir  sebaliknya mengeluarkan ucapan-ucapan berasaskan kaum
sepanjang tempoh  berkempen 15 hari lalu.

Beliau  berkali-kali menyerang musuh parlimennya Lim Kit Siang kerana 
meninggalkan kerusi Ipoh Timur untuk bertanding di kerusi majoriti Cina 
Gelang Patah, memanggil pemimpin veteran DAP itu sebagai "sangat 
perkauman" kerana cuba untuk mempengaruhi masyarakat Cina untuk membenci
Melayu.

"Saya  akan bercakap dengan lantang. Lim Kit Siang adalah rasis. Lim Kit
Siang  adalah rasis. Lim Kit Siang adalah pelampau perkauman," kata
beliau  semasa berceramah di Shah Alam tiga hari sebelum pengundian.

Bercakap kepada The Malaysian Insider  baru-baru ini, Tan Sri Rafidah
Aziz, pemimpin Umno veteran yang  berkhidmat di bawah pentadbiran Dr
Mahathir bersetuju penggunaan  perkauman untuk mendapat sokongan perlu
ditolak.

"Hari  untuk kita menjadi juara satu-satu kaum sudah berakhir. Saya
tidak  pernah bersetuju. Kita adalah rakyat Malaysia dahulu dan itu
adalah  perkara utama.

"Saya  adalah rakyat Malaysia yang ditakdirkan berbangsa Melayu... tapi
ia  adalah kebanggaan Melayu yang kita bawa bersama semasa kita berada 
diluar sana," kata beliau.

Pengarah  kaji selidik Merdeka Center, Ibrahim Suffian walaubagaimanapun
menegaskan pengaruh Dr Mahathir di kawasan luar bandar di Malaysia masih
besar meskipun ditolak di kawasan bandar kelas pertengahan.

Tetapi  dia bersetuju pengaruh meluas seperti mana yang dijangkakan Umno
dan Dr  Mahathir kerana banyak juga pengundi Melayu yang sudah berpindah
menyokong pembangkang.

"Pengundi lebih arif. Mereka menolak jenama cauvinisme kaum," tambah
beliau.

Tetapi  Ibrahim berkata Dr Mahathir masih mempunyai pengaruh yang besar
dalam  Umno, parti utama dalam BN, ia juga dipersetujui rakan
penganalisis  politik, Wan Saiful.

"Saya  bersetuju ... tetapi beliau lebih berpengaruh di kalangan
ahli-ahli  Umno dan apabila tiba pilihan raya, apa yang kamu perlu
lakukan ialah  bukan sahaja menyokong parti anda sendiri," katanya.

Wan  Saiful menegaskan bahawa Dr Mahathir harus berundur dari arena
politik,  ia bagi memastikan imej 'bapa pemodenan" yang diberikan ke
atas bekas  perdana menteri itu tidak dicemari oleh kesilapan yang
beliau buat hari  ini.

"Najib  adalah PM hari ini dan Dr Mahathir adalah semalam. Najib
merasakan  terdapat keperluan untuk beliau bergerak ke arah yang berbeza
dan ini  adalah apa yang beliau sedang lakukan," kata beliau.

Ibrahim  juga mengingatkan perubahan drastik dalam pengaliran maklumat
di dalam  landskap politik hari ini, juga adalah salah satu faktor yang 
menjejaskan pengaruh Dr Mahathir pada Pilihan Raya kali ini.

"Terdapat  cabaran itu kerana Dr Mahathir sebelum ini mentadbir negara
semasa  tiada media sosial dan rakyat yang mudah dikawal serta lebih
kecil.

"Hari  ini, generasi muda yang membesar ketika maklumat mengalir.
Persekitaran  telah berubah, dan banyak juga pemimpin yang telah
bertukar," katanya  lagi.
    Share it with others

Kirim email ke