Seorang pekerja kilang di Senawang peringkat bawahan yang
saya kenal dahulu memandu kereta buruk ke tempat kerja serta menghantar anak ke
sekolah. Beberapa bulan lalu kerana tak mampu bayar ansuran dan senggera kereta
dia lepaskan kereta tersebut.
 
Kini dia hanya mampu guna motosikal buruknya yang lama, yang
telah bertahun tiada cukai jalan dan tiada perlindungan insuran. Motosikal
buruk inilah yang dia guna untuk ke tempat kerja dan menghantar anak ke
sekolah.
 
Ramai golongan seperti kawan saya ini memang tidak mampu
untuk memperbaharui cukai jalan yang hanya RM2, kerana insuran atau takaful
untuk motosikal buruk mencecah RM200 setahun. 
 
RM200 mungkin bagi sesetengah kita apalah sangat, tapi bagi kawan
saya ini RM200 ini lepas belanja dapur yang asas untuk sebulan.
 
Harap adalah Menteri atau Perdana Menteri sendiri turun
padang, buat kaji selidik berapa ramai mereka yang benar-benar susah, tidak
mampu memperbaharui cukai jalan yang cuma RM2.
 
Oleh itu antara mekanisma yang boleh difikirkan untuk
membantu golongan seperti ini yang tiada pilihan perlu guna motosikal ialah
mengecualikan cukai jalan dan perlindungan insuran untuk motosikal di bawah
120cc.
 
Itu belum lagi masuk berapa ramai saudara saya di kampung
yang menunggang motosikal tanpa lesen, kerana RM300-RM400 untuk kursus lesen
memandu boleh digunakan oleh orang kampung untuk belanja dapur asas selama 2
bulan.
 
Oleh itu perlu dicadangkan agar motosikal di bawah 120cc
tidak perlu lesen memandu asalkan mereka berumur 16 atau 17 tahun ke atas. 

Kirim email ke