[melayucyber] Fw: Mesyuarat kabinet langgar perlembangaan?          
Sunday, May 19, 2013 10:34 PM
From:              "-::eSpAcE9808::-" <riena...@yahoo.com.sg>
Add sender to Contacts
<http://us.lrd.yahoo.com/_ylc=X3oDMTBsdTZpcnZpBF9TAzM5ODMwMTAyNwRhYwNhZG\
RBQg--/SIG=1rup9m5ve/EXP=1370186168/**http%3A//address.mail.yahoo.com/ya\
b%3Fv=YM%26A=m%26simp=1%26e=rienacom%2540yahoo.com.sg%26fn=-%253A%253AeS\
pAcE9808%253A%253A-%26.done=http%253A%252F%252Fus.mc1404.mail.yahoo.com%\
252Fmc%252FshowMessage%253FsMid%253D1%2526filterBy%253D%2526.rand%253D97\
4572738%2526midIndex%253D1%2526mid%253D2_0_0_1_383278_ANDuHkgAAAwgUZjjpA\
AAAJzVx2M%2526fromId%253D%2526m%253D2_0_0_1_384736_ADd3k0UAAAt%25252FUZj\
ligAAAOp7SkA%25252C2_0_0_1_383278_ANDuHkgAAAwgUZjjpAAAAJzVx2M%25252C2_0_\
0_1_381661_AG7uHkgAAAxxUZi8ogAAAMDY5jA%25252C2_0_0_1_379438_AGDuHkgAAAsS\
UZiuhgAAAH0NZZA%25252C2_0_0_1_378076_AN3vHkgAAAstUZitlQAAALgXiyM%25252C2\
_0_0_1_376215_AEB3k0UAAAtKUZis8QAAAO9bgzU%25252C2_0_0_1_374587_AG7uHkgAA\
AwwUZisygAAAJmpu78%25252C%2526sort%253Ddate%2526order%253Ddown%2526start\
Mid%253D0%2526hash%253Df273f9909ffe4f9ec772d1aec0aeba27%2526.jsrand%253D\
990395%2526acrumb%253D.8tHxVxNLBg%2526enc%253Dauto>
To:           "zzxmelayucyber" <melayucy...@yahoogroups.com>


Panas!!!!  Mesyuarat kabinet Najib langgar perlembangaan? 
telokbakong.blogspot agendsai.blogspot.  Dicatat oleh Agen DSAI 
<http://www.blogger.com/profile/01153808244783386578>      KUALA LUMPUR:
Penasihat DAP  Lim Kit Siang mendakwa mesyuarat pertama kabinet Datuk
Seri Najib Razak semalam  adalah tidak sah malah melanggar protokol dan
juga undang-undang.

Menurut  beliau, ini kerana terdapat dua orang menteri dan tiga timbalan
menteri tidak  sah dalam kabinet Najib itu kerana mereka belum lagi
mengangkat sumpah sebagai  senator.

Dua menteri itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk  Paul
Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar manakala timbalan menteri pula
adalah  Waytha Moorthy, Dr J Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Bashah Md 
Hanipah.

"Semalam, selepas upacara mengangkat sumpah Menteri dan Timbalan 
Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam
Shah di  Istana Negara, Najib menjalankan sesi Kabinet selama dua jam di
Bilik Kabinet  Putrajaya.

"Bagaimanapun, timbul masalah membabitkan kedua-dua prosiding  –
kerana sehingga waktu ini, Datuk Paul Low dan Datuk Seri Abdul Wahid
Omar  (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) bukanlah Menteri yang sah dan
Waytha  Moorthy (Pejabat PM), Dr J Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan)
dan Datuk Ahmad  Bashah Md Hanipah (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan) bukanlah  Timbalan Menteri yang sah kerana mereka
belum lagi mengangkat sumpah sebagai  Senator," katanya dalam
kenyataan media, hari ini.

Kit Siang yang juga  Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Najib
sepatutnya menjelaskan bagaimana boleh  berlaku pelanggaran Perlembagaan
dan undang-undang yang turut memalukan Yang  di-Pertuan Agong.

"Saya difahamkan sehingga sekarang, kelima-lima mereka  belum
mengangkat sumpah untuk menyandang dua jawatan Menteri dan tiga jawatan 
Timbalan Menteri. Apakah akan ada upacara angkat sumpah
"tergesa-gesa" tengah  malam buat kelima-lima mereka sebagai
Senator?" ujarnya.

HarakahDaily         [MEMALUKAN] 5 Belum Angkat Sumpah, Mesyuarat
Kabinet Pasca PRU13 TIDAK  SAH
<http://greenboc.blogspot.com/2013/05/memalukan-5-belum-angkat-sumpah.ht\
ml>    Posted by greenboc       
<http://4.bp.blogspot.com/-5i6H4iOJXDQ/UZeN2P5CqqI/AAAAAAABfF8/Ynj_ZPEWJ\
OA/s1600/mesyuarat.jpg>
Mesyuarat Kabinet Najib semalam  dihadiri menteri, timbalan menteri
tidak sah

KUALA LUMPUR, 18  MEI: Kabinet baru dan legitimasi Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak diragui  bukan saja kerana Barisan Nasional (BN)
mendapat 47% undi popular berbanding 51%  undi diperolehi Pakatan Rakyat
(PR), tetapi kerana Pilihan Raya Umum ke-13  (PRU-13) adalah paling
tidak adil dan kotor di dalam sejarah  negara.

Ketua Parlimen  DAP, Lim Kit Siang, berkata sekiranya PRU-13 bersih,
bebas dan adil, dengan  padang sama rata untuk kedua-dua perikatan,
bukan saja undi popular PR akan  meningkat sebanyak 60 peratus atau
melebihi 65 peratus, tetapi juga memenangi  majoriti daripada 222 kerusi
Parlimen.

Katanya, sekarang ini, Kabinet pasca-PRU-13 Najib juga menjadi sandiwara
malah jenaka  kerana mempunyai dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri
tidak sah walaupun mereka  melalui upacara mengangkat sumpah yang tidak
sah di hadapan Yang Dipertuan  Agong, semalam.

"Amat sedih dan mengejutkan apabila Jabatan  Perdana Menteri dan
pelbagai jabatan kerajaan lain yang terbabit begitu cuai dan  lalai
sehingga diabai, malahan dilanggar pematuhan terhadap undang-undang, 
peraturan, adat dan protokol yang tidak sepatutnya berlaku di dalam
demokrasi  berparlimen berusia 56 tahun di bawah enam Perdana Menteri.

"Semalam, selepas upacara mengangkat sumpah Menteri dan Timbalan 
Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam
Shah di  Istana Negara, Najib menjalankan sesi Kabinet selama dua jam di
Bilik Kabinet  Putrajaya.

"Bagaimanapun, timbul masalah membabitkan kedua-dua prosiding  –
kerana sehingga waktu ini, Datuk Paul Low dan Datuk  Seri Abdul Wahid
Omar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) bukanlah Menteri yang  sah dan
Waytha Moorthy (Pejabat PM), Dr J Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan) 
dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan  Kepenggunaan) bukanlah Timbalan Menteri yang sah kerana mereka
belum lagi  mengangkat sumpah sebagai Senator," katanya dalam
kenyataan media,  hari ini.

Menurutnya, ini bermakna mesyuarat Kabinet selama dua jam  semalam
dicemari dengan penyalahan undang-undang kerana dihadiri dua Menteri 
tidak sah, Paul Low dan Abdul Wahid.

Tambahan, katanya, Paul Low sudah  pun diwawancara sebagai Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, yang mana dia tidak  berhak, memandangkan
pelantikan Kementeriannya hanya boleh berjalan apabila dia  mengangkat
sumpah sebagai Senator, jelas di dalam Perkara 43 (1)(b) dalam kes 
Menteri dan Perkara 43A(1) dalam kes Timbalan Menteri.

"Saya difahamkan  sehingga sekarang, kelima-lima mereka belum
mengangkat  sumpah untuk menyandang dua jawatan Menteri dan tiga jawatan
Timbalan Menteri.  Apakah akan ada upacara angkat sumpah
"tergesa-gesa" tengah malam buat  kelima-lima mereka sebagai
Senator?" ujarnya.

Kit Siang yang  juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Najib
sepatutnya  menjelaskan bagaimana boleh berlaku pelanggaran Perlembagaan
dan undang-undang  yang turut memalukan Yang di-Pertuan Agong dengan
penghasilan satu sandiwara  pelantikan Kabinet.

"Malah Ikrar Integriti Pilihan Raya  Transparency
International-Malaysia yang ditandatangani Najib Razak pada 20  Februari
lalu untuk mematuhi dan memerhati empat prinsip tadbir urus baik 
diabaikan iaitu:

Kebenaran, integriti, tatalaku beretika dan  akauntabiliti, termasuk
tidak menerima atau memberi rasuah atau terlibat dengan  amalan rasuah
dalam apa jua cara;

Mendukung dan memberi keutamaan kepada  kepentingan rakyat secara
keseluruhan;

Tadbir urus yang baik serta  ketelusan; dan

Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan  Malaysia. -
Roketkini        

Kirim email ke