Marilah semua umat Islam di Seremban
dari semua lapisan parti politik terutamanya dari Ahlus Sunnah Wal
Jamaah bersatu mengadakan bantahan untuk membanteras gejala minum
arak di kalangan orang Islam di sini. Saya mendapat SMS berikut
respon dari artikel di bawah ; “ Kami di Bandar Seri Putra, Bangi
bersatu atas nama persatuan penduduk dan surau-surau. Keluar surat
rasmi, beri tempoh seminggu kepada kedai-kedai yang jual arak seperti
Speedmart, 7/11 dan lain-lain. Kalau tak, banner akan dinaikkan
menggesa semua orang Islam boikot kedai tersebut. Alhamdulillah dah
12 tahun kedai di sini tak jual arak”.

Jom kita kongsi artikel ini, demi
Islam, demi bangsa.

Pantau jualan arak di kawasan majoriti
Islam 
2 Syawal 1434 H / 7 Ogos 2013

Bandar Baru UDA, Ampangan adalah sebuah
bandar kecil dipinggir kawasan Majlis Perbandaran Seremban dan
penduduknya adalah rata-ratanya orang Melayu. Kawasan ini boleh
dikatakan ialah kawasan rizab Melayu.

Yang hendak saya sampaikan ialah
bagaimana sebuah pasaraya di kawasan Melayu ini ada menjual arak
sedangkan kebanyakan orang yang datang membeli-belah adalah orang
yang beragama Islam dan  mereka yang bertugas di kaunter bayaran
serta pekerjanya yang lain adalah orang Islam.

Diharap pihak yang berwajib
berhubungkait dengan agama mengambil perhatian dan jika boleh
memberikan syarat tertentu supaya penjualan arak dipremis jualan
minuman keras di pasar raya berkenaan ditiadakan. Memandangkan ia
tidak sesuai dijual ditempat dimana majoriti penduduknya terdiri
orang Islam.

Tidak dinafikan pasaraya ini dibenarkan
menjual arak kerana setiap pusat membeli-belah yang besar dibolehkan
kerana mempunyai lesen perniagaan untuk menjual makanan ataupun
minuman yang tidak halal tetapi apabila pasar raya tersebut terletak
dikawasan penduduk majoritinya 95 peratus orang yang beragama Islam
adalah rasa agak janggal dan sangat tidak sesuai.

Walaupun nampak saperti perkara remeh
temeh dan kecil sahaja tetapi impaknya besar dari segi sudut agama
kerana apabila disesuatu kawasannya itu ada perkara haram atau
maksiat berlaku tetapi dipandang enteng oleh masyarakat Islam
sekeliling, maka keberkatan kawasan itu akan hilang dengan
sendirinya.

Syed Abdullah Syed Osman , 
Seremban

http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/21097-pantau-jualan-arak-di-kawasan-islam
 

Kirim email ke