Nampaknya pekerja asing membawa pelbagai penyakit. Adakah undang-undang
negara ini terlalu longgar sehingga menyebabkan peningkatan kes demam malaria
dan TB (Batuk Kering) atau terdapat unsur rasuah dalam pelaksanaan
undang-undang kemasukan serta kawalan pekerja asing? Sepupu saya yang sebelum
ini dijangkiti malaria berkata berkemungkinan terdapat warga asing yang
mengambil gaharu liar dalam hutan sekitar Rembau.
 
Pekerja asing didakwa menjadi punca malaria merebak di
Kampung Sungai Rual
 
23 Jun 2013 - Kehadiran ramai pekerja asing dalam sektor
pembalakan didakwa menjadi punca berlaku wabak malaria di penempatan Orang Asli
di Kampung Sungai Rual di sini bulan lalu.
 
Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata,
jangkitan tersebut berpunca daripada pekerja asing berkenaan yang terlebih
dahulu diserang malaria ekoran terdedah pada gigitan nyamuk di dalam hutan.
 
Katanya, analisis yang dilakukan pasukan perubatan daripada
Jabatan Kesihatan negeri mendapati, beberapa pekerja balak telah menghidap
malaria sebelum merebak menjadi wabak menyebabkan 112 penduduk Orang Asli
terpaksa ditahan di Hospital Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan Pasir Mas.
 
"Sebelum ini tidak pernah berlaku malaria di sini dan
analisis yang dilakukan oleh pegawai kesihatan Jeli mendapati jangkitan asal
adalah daripada pekerja asing di sektor pembalakan," katanya.
 
Mustapa berkata, wabak malaria yang melanda kampung itu
bagaimanapun sudah pulih namun langkah-langkah pencegahan akan diteruskan
termasuk mengesan beberapa pekerja asing yang dikatakan telah melarikan diri.
 
"Saya difahamkan semua pekerja asing itu sudah
melarikan diri apabila siasatan mendapati mereka menjadi punca jangkitan.
Mereka tidak dapat dikesan lagi, malaria sudah lama tiada di Malaysia tetapi
kerana ada pekerja asing, penyakit itu muncul kembali.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130624/dn_15/Pekerja-asing-didakwa-menjadi-punca-malaria-merebak-di-Kampung-Sungai-Rual
 

Kirim email ke