Sepatutnya yang dah pergi haji lah yang beri laluan kepada yang
belum pergi haji, walaupun mampu bayar puluhan ribu ringgit atau ratusan ribu
ringgit untuk pergi haji kali ke 2 , ke 3, ke 4 atau mungkin tiap-tiap tahun
pergi haji kerana terlalu kaya atau sedikit kaya. Pengerusi Lembaga Tabung Haji
yang baru patut menasihatkan golongan yang kaya-kaya dan sedikit kaya ini
supaya beri laluan.
 
Jemaah Haji Uzur Dinasihat Beri Laluan Kepada Jemaah Haji
Lain 
18 Julai 2013 
 
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji menasihatkan jemaah haji
yang uzur agar memberi laluan kepada jemaah lain untuk menunaikan haji
berikutan pemotongan kuota sebanyak 20 peratus tahun ini.
 
Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Abdul Azeez Abdul
Rahim berkata mereka juga dinasihatkan menangguhkan pemergian ke Tanah Suci
memandangkan kerja pembesaran Masjidil Haram di Makkah masih dijalankan.
 
Bercakap kepada pemberita pada majlis sumbangan zakat Projek
Ehsan TH di sini, Rabu, Abdul Azeez berkata kuota jemaah haji dari Malaysia
kini dikurangkan kepada 25,000 berbanding 28,000 sebelum ini.
 
Pengurangan kuota jemaah haji itu berikutan arahan terbaru
kerajaan Arab Saudi berikutan kerja pembesaran Masjidil Haram di Makkah.
 
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/17/mstar_berita/20130717183748&sec=mstar_berita
 

Kirim email ke